Wednesday, October 27, 2010

Apa lagi ni......



Walaupun PM dah beri peringatan agar mana-mana pihak tidak mencetuskan kenyataan berbaur perkauman, nampaknya gagal diikuti. Sebelum ini PERKASA dikritik hebat kerana terlalu bangkitkan hak Melayu. Manakala Chua Soi Lek dikatakan mempersoalkan hak Melayu. Berlaku tuduh menuduh. PERKASA nampaknya berdiam diri. Namun CSL macam ada yang tak kena je. aduhhhh.... bengong bapak PM nak damaikan anak2 buah. Menteri Pelajaran kena jawab ni..........

Baca seterusnya
Melaka Runtuh Kerana Kaum Cina, Chua Soi Lek Jangan Putar Belit Sejarah

Thursday, October 21, 2010


Walaupun ia kadangkala sukar difahami dan tidak mahu difahami, Isu hak Melayu, kedudukan melayu, taraf melayu, politik melayu, kuasa melayu akan menjadi topik panassssss.....orang Melayu akan tetap memperkatakan hak itu selagi ada pihak terus memperkotakatikkan..........?????????????

Melayu itu, kaya falsafahnya,
Melayu itu, orang yang bijaksana,
Akal budi bersulamkan daya.

Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu,
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu.

Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu,
Mamak dan Malbari serap ke Melayu,
Malah mualaf bertakrif Melayu.


Kadazan, Bajau, India Muslim dan Siam,
Melanau, Bidayuh dan berpuluh suku kaum,
Kita bersama dalam serumpun.

Sebaik selesai membacakan puisi itu sambil tersenyum simpul, Najib menerima tepukan gemuruh daripada 2,543 anggota perwakilan yang berada di dalam Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Ucapan Presiden Umno itu, yang disiarkan melalui siaran televisyen litar tertutup, turut mendapat sorakan daripada pemerhati dan hadirin di luar Dewan Merdeka yang penuh khusyuk mengikuti ucapannya.

Najib kemudian meneruskan puisinya bagi menggambarkan perpaduan dan agama di negara ini.

Watak Melayu menolak permusuhan,
Setia dan sabar tiada sempadan.


Maruah dan agama dihina jangan,
Hebat amuknya tak kenal lawan.


Daripada perspektif kepimpinan dan amanah, Melayu dimadahkan:

Menjadi pemimpin sifatnya agung,
Syarak dipakai adat dijunjung.


Hidupnya mengabdi kepada rakyat,
Taat setia membela umat.

Di akhir petikan puisi itu, Najib membacakan rangkap yang menyimpulkan
Melayu sebagai:

Dijadikan induk kuat berdiri,
Umat sentosa bertuahlah negeri.

“Berdasarkan baris-baris yang saya lafazkan, begitu langsung memperlihatkan betapa, dalam sifat, psikologi, dan sikap atau perwatakan Melayu itu terpamer asas-asas yang membenih nilai kepimpinan murni.

“Jika digarap lagi, demikianlah orang Melayu, meletakkan martabat tinggi kemuliaan sikap pemimpin dan kepimpinan dalam masyarakat,” kata Najib.

Presiden Umno itu berkata keperibadian bangsa Melayu itulah yang menyebabkan Melayu diterima sebagai pemimpin dalam sebuah masyarakat majmuk dan sikap itu juga yang menjadi bekal sebagai bangsa yang diamanah menggalas kepimpinan negara.

Dipetik http://umno-online.com/?p=23315

Tranformasi.......Tranformasi.......Tranformasi...........

Suka saya memetik :

'Wanita UMNO harus memupuk dan memimpin negara bangsa berdisiplin, beriman dan berintegriti. Sifat-sifat inilah yang merupakan istilah kehebatan bangsa. Kita telah terlalu banyak berkorban demi perjuangan untuk tanah air. Andai kata kita sekarang memalingkan muka dari seruan ini yang asli, tulen dan benar, nescaya kita akan mengkhianati darah dan sejarah sendiri'


'Apa yang penting sekarang, segala kelemahan perlu diatasi segera dan tanggungjawab yang telah diamanahkan wajar dilaksanakan bersungguh-sungguh. Anggaplah kami sebagai harapan dan bukan ancaman, berikanlah kami peluang dan kepercayaan, upayakanlah kami untuk memegang dan menggalas tanggungjawab lebih berat'


'Ayuh semua, kuatkan barisan kita, nyahkan kepentingan diri, tolak kepentingan emosi 'yang merugikan parti, kita laksanakan program sebaik mungkin, kita baiki hidup rakyat, kita sama-sama sejahterakan bangsa kita. Kita pasti akan memenangi Pilihan raya Umum ke-13. Kita akan menggadai masa, tenaga dan jiwa untuk itu! itu janji kita kepada parti!


Maka dengan itu, lakukanlah tranformasi dengan :
i) memperjuangkan maruah bangsa, jangan hanya untuk kepentingan diri
ii) memenangi hati rakyat dan jangan memperkecilkan hak rakyat
iii)buatlah program yang bermanfaat, jangan hanya program yang syok sendiri
iv) bagilah hak rakyat dan tidak hanya besaqkan diri
v) berilah ruang kepada generasi muda dan yakinlah kemampuan mereka untuk kreatif dalam memimpin
vi) bermuafakat sesama pemimpin dan tidak menyalahkan antara satu sama lain
vii) adil dan saksama untuk bertindak dan tidak hanya 'insan terpilih'

inilah antara tranformasi yang amat diharapkan oleh Presiden UMNO dan banyak lagi tranformasi yang boleh diungkapkan asalkan sesuatu itu membawa perubahan dan mendatangkan kebaikan tanpa menggugat perpaduan negara. Persoalannya adakah tranformasi itu akan berlaku ?????? tunggu......... rakyat menghakimi semua itu dan janganlah ia hanya seperti mencurah air di daun keladi

Wednesday, October 20, 2010

Perhimpunan Agung UMNO Penuh Mesej


Hari ini Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO membahaskan usul-usul ekonomi, politik dan sosial. Banyak perkara yang disebut dan penuh makna untuk dihayati. Isu pembuangan bayi, isu remaja dan penyalahgunaan media baru yang dibawa oleh Puteri UMNO merupakan isu yang wajar dtangani secara berterusan kerana remaja merupakan generasi yang bakal memimpin negara. Seterusnya media baru sekiranya dibiarkan mendendangkan laporan yang tidak beretika akan merosakan masyarakat. Justeru remaja atau orang muda yang merupakan golongan yang 'mahir IT' mudah terpengaruh sekiranya tidak dibimbing.