Friday, December 24, 2010

Bermakna 1Malaysia Diterima Rakyat??????




Bergantung kepada rakyat untuk menerima atau sebaliknya konsep 1Malaysia itu. Kenapa perlu melarang menggunakan logo itu. Ini bermakna mereka sudah merasai rakyat sudah menerima konsep tersebut. Seharusnya membuktikan dengan lebih baik konsep Negara kebajikan yang diilhamkan oleh mereka semasa Pilihan Raya Umum ke-12.Inilah masanya mereka membuktikan kepada rakyat bahawa mereka mampu memenangi dan menjaga kepentingan rakyat. Dengan menghalang menggunakan logo tersebut menunjukkan mereka sebenarnya tewas tanpa berjuang dan membuktikan mereka tidak mampu menyaingi Kerajaan Barisan Nasional daripada Pakatan Rakyat. Ayoh bangkitlah pemimpin-pemimpin Selangor, jangan gentar dan perlu berjuang. PRU ke-13 kelak yang sebenarnya menentukan kemampuan anda bukannya logo 1Malaysia itu.

Rujukan – BERNAMA

Thursday, December 23, 2010

Kongsi bersama..... ambik pengajaran

Buat baik berpada-pada. Buat jahat jangan sekali. Ungkapan itu perlu dilihat sebaliknya. Adakala orang berbuat baik ada maksud tertentu. manakala orang yang buat jahat belum tentu jahatnya.

Ini boleh diambik pengajaran kerana kita manusia pelu beringat dan perpada-pada.Selagi kita hidup selagi itulah perjuangan kita akan berterusan dan perlu hadapi.
Mungkin ini boleh dijadikan pengajaran.....

Rujukan - Utusan Malaysia

Tuesday, December 21, 2010

Menarik untuk dikongsi


Mahu atau tidak mahu, Malaysia perlu mengharungi arus globalisasi dan meneroka maklumat tanpa sempadan. Sungguhpun demikian, kita perlu menerima kemudahan itu menurut acuan negara kita. Jangan jadikan saluran itu untuk mengkritik, mengaib, menipu dan manakutkan orang lain. Harus digunakan sebaik mungkin kerana agama tidak melarang kita menuntut ilmu asalkan ia mendatangkan kebaikan dan tidak memberi kemudaratan kepada mana-mana pihak.

baca seterusnya di waksabblogspot

Kronologi nahas bas 2010


Sedih, menyayat hati. malang tak berbau atau salah siapa???

16 Disember – Empat kakitangan Jabatan Penjara Tawau terbunuh apabila bas jabatan itu terbabas lalu terjatuh dalam gaung di Kampung Moyog, 35 kilometer dari Penampang dekat Kota Kinabalu.

14 Disember – 14 pekerja kilang cedera apabila bas kilang terbabas dan terbalik di KM 156.2 Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Nibong Tebal, Pulau Pinang, selepas bergesel dengan sebuah treler yang turut terhumban dalam parit.

11 Disember – Tiga pelajar Institut Kemahiran Mara Jasin, Melaka parah apabila bas ekspres terbabas dan terbalik di Kilometer 304.5 Lebuh Raya Utara-Selatan, dekat Gopeng, Perak.

4 November – Seorang maut dan dua cedera parah selepas bas ekspres terbabas sebelum terbalik dalam sebuah tali air
di Kampung Sungai Miang, di Kilometer 20 Jalan Pekan-Nenasi, Pahang.

29 Oktober – Tujuh penumpang maut dan 39 cedera, termasuk 17 parah dalam kemalangan di KM36 Lebuhraya Karak ke Kuala Lumpur.

10 Oktober – 13 penumpang maut dan 40 cedera apabila bas ekspres terbabit dalam kemalangan di Km 223 Lebuh Raya Utara-Selatan menghala utara berhampiran Plaza Tol Simpang Ampat-Rembau.

2 September – Lapan belas cedera apabila bas persiaran terbabas dan terbalik di Kilometer 35.1 Lebuhraya Karak-Kuala Lumpur.

27 Ogos – Seorang pemandu bas ekspres terbunuh, manakala tiga cedera parah dan enam cedera ringan dalam kemalangan di KM306.2 Lebuh Raya Utara-Selatan.

17 April – Seorang penumpang patah tulang rusuk, manakala enam cedera ringan apabila bas ekspres dari Johor Baharu ke ibu negara terbabas di KM32 Lebuh Raya Utara-Selatan, dekat Kulai Jaya, Johor.

20 Mac – 40 penumpang sebuah bas ekspres nyaris maut apabila terbabas dan terperosok ke dalam tali air di KM42 Jalan Kuantan-Kemaman.

4 Februari – 15 penumpang bas Ekspres Konsortium dalam perjalanan ke Kuala Lumpur nyaris maut selepas bas melanggar dua kenderaan lain di Plaza Tol Sungai Dua, Pulau Pinang.

sumber : Berita Harian

ISU-ISU DI DUN N5 TENANG


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengumumkan mengenai Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Tenang pada 24 Disember 2010. Parti yang bertanding sudah tentu mula mengatur strategi untuk memenangi hati masyarakat DUN Tenang.

Kawasan DUN Tenang mempunyai 50 peratus kaum Melayu dan 50 peratus kaum bukan Melayu. Kebanyakan orang Melayu adalah peneroka yang tinggal di kawasan Felda, kaum Cina sekitar 38 peratus kebanyakan tinggal di pekan Labis. Manakala India adalah 12 peratus.

Isu utama yang dijangka akan dimainkan adalah isu Felda. Terdapat tiga buah kawasan tanah rancangan Felda di DUN Tenang iaitu Felda Chemplak, Felda Chemplak Barat dan Felda Tenang yang mempunyai 4,000 pengundi daripada 14,511 yang berdaftar.

Mazlan Aliman merupakan antara nama yang disebut sebagai calon PAS di DUN Tenang. Beliau merupakan AJK PAS Pusat, Ketua Penerangan PAS Johor dan Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK).

Mazlan Aliman merupakan individu yang dianggap banyak memperjuangkan nasib peneroka Felda. Mungkin ini dilihat akan menjadi ‘advantage’ kepada beliau untuk mempengaruhi peneroka-peneroka Felda menyokong calon PAS.

Perlu diingat dalam tahun 2010, Felda telah kalah dalam kes saman peneroka terhadap agensi tersebut. Pada bulan Ogos 2010 Felda diperintah membayar ganti rugi RM 11 juta kepada 354 peneroka Felda Kemahang Tiga, di Kelantan selepas gagal dalam permohonan semakan di Mahkamah Persekutuan. Manakala pada bulan September 2010 Mahkamah Tinggi Kuantan memutuskan peneroka Felda berhak mendapat bayaran tanam semula sebanyak RM1,700 seekar dari Felda walaupun mereka tidak menanam semula ladang mereka melalui badan berkanun. Felda turut dikatakan akan berdepan dengan banyak saman lagi setelah kejayaan yang diperoleh oleh peneroka-peneroka tersebut.

Datuk Chua Jui Meng juga disebut bakal calon bagi mendapatkan sokongan masyarakat Cina. Chua Tee Yong merupakan Ahli Parlimen Labis. Bapanya, Datuk Chua Soi Lek suatu ketika dulu berdepan dengan kes video lucah. Ini dilihat akan dijadikan modal untuk memberi undi pada Chua Jui Meng. Namun nama Chua Jui Meng tidaklah sehebat Mazlan Aliman.

Isu kredibiliti Parlimen, Speaker Dewan Rakyat yang tidak adil dan APCO dijangka akan digunakan dalam kempen PRK DUNTenang ekoran empat Ahli Parlimen Pakatan Rakyat digantung selama enam bulan dari menghadiri Dewan Rakyat.

Isu-isu lain yang disebut akan dimainkan adalah isu kenaikan harga petrol, isu kenaikan harga barang keperluan dan isu kenaikan sara hidup.

Rujukan : anwaribrahim, malaysia insider dan umnoonline

Wednesday, December 8, 2010

Wanita Pertama Tokoh Maal Hijrah


Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, 63 tahun merupakan wanita pertama dipilih sebagai penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah tahun 2010. Bapa beliau, Prof Diraja Ungku Aziz,juga pernah menjadi penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah 1418H/1997.

Pengiktirafan tersebut amat dibanggakan dan menjadi pendorong kepada wanita-wanita di luar sana untuk menunjukkan kemampuan seiring dengan kaum lelaki.

Menunjukkan juga negara mengiktiraf wanita sebagai agenda pemangkin negara. Memang benar kata pepatah, 'tangan yang mengayun buaian mampu mengoncang dunia'.

Baca seterusnya di Berita Harian

Tuesday, December 7, 2010

Kerajaan tentu ada jawapan

Tun Dr. Mahathir kata rizab antarabangsa Malaysia yang besar jumlahnya boleh digerakkan.
Kita ada rizab berjumlah lebih AS$100 bilion, yang boleh menampung lapan bulan import tertangguh,” katanya.

Negara hanya memerlukan rizab bagi hingga tiga atau empat bulan import tertanggu, katanya dalam ucapannya pada acara “Revisiting Vision 2020” anjuran Institut Pemasaran Malaysia di sini hari ini.

“Daripada AS$100 bilion itu, kita sebenarnya boleh menggerakkan AS$50 bilion, yang akan membantu kerajaan. Kerajaan berkata ia tidak ada wang untuk berbuat itu dan ini, tiada wang untuk memberi subsidi. Jadi, kenapa tidak gunakan wang ini,” kata beliau.

Semasa krisis kewangan Asia 1997/98, rizab luar negara Malaysia berjumlah hanya AS$17 bilion dan semasa pemulihan jumlahnya ialah AS$30 bilion, katanya.

Baca seterusnya di Malaysiainsider

perlu jadi iktibar

Rakyat Malaysia diseru supaya tidak meruntuhkan perpaduan yang dibina hanya kerana memenuhi tuntutan segelintir pihak yang ekstrem dan rakus meraih keuntungan untuk kelompok sendiri.



Menurut baginda lagi, adalah menjadi tanggungjawab bersama bagi memastikan negara dalam keadaan aman dan berjaya untuk diwarisi oleh anak-anak kita nanti,
Bagi umat Islam, binalah ummah dan negara yang tercinta ini atas dasar iman dan ukhuwah yang erat. Ambillah pengajaran daripada peristiwa hijrah ini dengan penuh keinsafan dan mengharapkan keredaan Allah Subhanahu wata’ala
Baginda juga berharap rakyat Malaysia dapat sentiasa berusaha mengekalkan perpaduan di negara ini, dan bagi umat Islam turut menghayati tema sambutan Ma’al Hijrah tahun ini iaitu “1 Malaysia, 1 Ummah. Itulah titah dan amanat baginda pada sambutan Ma’al Hijrah 1432 peringkat kebangsaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.

Monday, November 29, 2010

Naik Taraf Perkhidmatan Awam



Perkhidmatan teksi yang tidak memuaskan berbanding negara Jakarta, Singapura, Kemboja dan Bangkok terus diperkatakan. Mengapa ini harus terjadi? Adakah pihak Kerajaan tidak boleh berbuat apa-apa atau sememangnya mereka ini golongan yang 'tak makan saman'.

Amat memalukan kepada pelancong-pelancong asing yang sering melancong ke Malaysia. Sudah tentu mereka disajikan dengan keindahan yang terdapat di Malaysia. Malangnya perkhidmatan teksi telah mencacatkan tanggapan mereka.

Mungkin LPKP perlu terus memperkemaskan undang-undang yang boleh memberi kesan terhadap jatidiri dan disiplin pemandu teksi.

Ketuanan Melayu


Sultan Selangor dukacita institusi raja Melayu dipertikai

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dukacita dengan sikap orang Melayu yang mempertikaikan kerelevanan institusi raja Melayu dan peranannya dalam sistem pemerintahan negara.

Baginda mendedahkan, matlamat golongan berkenaan adalah agar sistem Raja Berperlembagaan disemak dan dikaji semula.

Sedangkan, titah baginda, alasan golongan terbabit bahawa ia perlu dilakukan kerana negara telah menjalani arus pemodenan dan sistem yang diamalkan sekarang sudah tidak bersesuaian adalah amat tidak tepat.

Ketuanan Melayu juga perlu dipertahankan dan ini perlu dipertegaskan agar tidak ada pihak sewenang-wenangnya mempertikaikannya. Yang sedihnye orang yang bercakap tu juga Melayu. Apalah nasib Melayu. Jadi tak salah le Tun Mahathir pernah mengungkap 'Melayu Mudah Lupa'.......

Thursday, November 25, 2010

MAHA



Sebanyak 25,000 produk berasaskan pertanian akan dipamerkan sempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Antarabangsa (MAHA) 2010 yang berlangsung mulai 26 Disember hingga 5 Disember 2010.

Ini menunjukkan Malaysia mampu bersaing di peringkat antarabangsa. Lantaran itu usaha itu sekaligus membuka ruang kepada rakyat Malaysia yang mahu berjinak-jinak dalam bidang pertanian. Hadir dan manfaatlah sepenuhnya peluang yang diberi dan di buka. Segala-galanya ada di sana. Hadirrrrrrrrr...........

Tuesday, November 16, 2010

Mengenali Pakatan Rakyat

Pandangan saya ...... PAS dikenali sebagai parti yang mahu memperjuangkan Islam. PKR pula sebuah parti yang liberal (pemimpin Cina, India dan Melayu), DAP pula??????. baca ini. Sekadar ingin tahu....

Monday, November 15, 2010

Wajib Baca Al-Quran


Setiap pelajar Muslim di Terengganu dikehendaki memulakan sesi persekolahan harian mereka dengan membaca al-Quran selama 10 minit mulai tahun depan.

Kenyataan itu telah dikeluarkan oleh Pengarah Jabatan Pelajaran negeri, Razali Daud. Tujuannya adalah untuk memberi penekanan serius kepada pembangunan sahsiah dan akhlak yang mantap sekaligus membendung masalah disiplin peljaar di sekolah.

Tindakan murni tersebut wajib disokong oleh semua pihak.lemah dan rapuhnya moral di kalangan pelajar kini telah mendedahkan mereka dengan anasir-anasir buruk seperti
kes buli, pelajar sekolah dicabul oleh rakan sendiri, merokok, ponteng kelas dan sebagainya

janganlah ini dianggap satu beban sebaliknya pemupukan budaya ini patut dipuji dan diperluaskan lagi penggunaanya di beberapa sesi persekolahan. Misalnya perhimpunan mingguan atau bulanan yang sering diadakan boleh dimulakan dengan bacaan Al-Quran atau hadis-hadis yang sahih untuk memberi gambaran kepada pelajar akan kebaikan dan sikap tauladan yang patut dicontohi.

Diharapkan juga bukan sahaja di Terengganu malah di sekolah negeri-negeri lain akan turut berbuat demikian.

Bancian: 47.6% tidak yakin dengan ETP Najib


Sebahagian besar perserta undian di laman web Utusan Malaysia tidak yakin bahawa Program Transformasi Ekonomi (ETP) akan meletakkan Malaysia di landasan yang betul ke arah menjadi negara berpendapatan tinggi.

Daripada 1,611 peserta yang mengundi, sebanyak 47.6 peratus mengakui tidak yakin dengan porgram yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak

Persoalannya i) adakah dengan mengambil kira hanya 1,611 orang boleh merumuskan bahawa semua rakyat Malaysia tidak yakin dengan ETP. Mungkin beratus ribu lagi memahami ETP.ii) Golongan manakah yang menyatakan tidak tahu ETP itu. perlu ada fakta sekurangnya-kurangnya mudahlah intervensi yang boleh diambil Kerajaan.

Thursday, November 11, 2010

Dah mula.....

Di media sama ada di blog, akhbar asing dan tempatan memperkatakan isu agama :-

i) isu pelajar di rotan kerana bawa makan babi di sekolah - JAKIM diarahkan untuk siasat agama bapa pelajar tersebut; dan

ii) Kenyataan Menteri Pertahanan bahawa kaum Cina dan India dalam ATM kurang disebabkan kurangnya 'semangat patriotisme'.

Begitu juga Persidangan di Dewan Rakyat banyak berlaku kekecohan sehingga ada wakil rakyat diarahkan keluar dewan:-

i) Ahli parlimen PAS Kuala Selangor Dzulkefly Ahmad hari ini diarahkan keluar dari Dewan Rakyat kerana menimbulkan ketegangan berhubung identiti seorang pelajar lelaki yang dirotan kerana membawa nasi dengan daging khinzir goreng dan sosej yang tidak halal.
ii) Semua sepuluh ADUN BN bertindak keluar dewan sebagai sokongan kepada Datuk Roslan Saidin (BN-Pinang Tunggal) yang diarah keluar kerana berdegil enggan menarik balik perkataan "pengecut" yang ditujukan kepada Speaker.
iii) ADUN Paloh daripada BN hari ini digantung selama sehari daripada menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan kerana didakwa ingkar perintah Timbalan Speaker, Mohd Zaki Ibrahim.

Paling Panas adalah isu PKR yang mana Zaid, Anwar dan Azmin merupakan pelakon utama dalam drama tersebut.

Kesimpulannya semua isu banyak berkaitan dengan unsur politik, mana isu rakyatnya. Rakyat amat dahagakan apa yang sepatutnya mampu dimiliki oleh mereka. Antaranya kadar pengangguran masih tinggi, walaupun ada graduan yang bekerja, namun status kontrak membuatkan mereka rasa tak selamat, gaji yang rendah sedangkan kos sara diri adalah amat tinggi. semua benda nak dapat perlukan bayaran, sampai nak masuk tandas pun perlu bayar. ishhh......

Kadar Pengangguran Kelantan Paling Rendah Rendah

Tak Leh Cuit Sikit.....


Kenyataan Menteri Pertahanan, Dato' Zahid Hamidi telah dibidas dengan begitu lantang sekali oleh pemimpin-pemimpin kaum lain termasuk BN. Dah ada bibit-bibit untuk mencetuskan isu perkauman.

Kesimpulannya jelas menunjukkan bahawa sekarang ini, pemimpin tak boleh cakap sebarangan berhubung kaum, kalau nak cakap perlu sebut sama rata. Jika sebaliknya akan ada suara-suara sumbang untuk menjadi hero mana-mana kaum.

Jadi..... kesudahannnya kita tunggu........ sama ada PM masuk campur atau terus didebatkan di Dewan Rakyat ataupun akan diambil tindakan seperti pegawai kat BTN Wilayah Persekutuan.

Tuesday, November 9, 2010

Hayati Konsep 1 Malaysia


Bagi Saya iklan Deepavali yang dipaparkan oleh FINAS tak ada yang salahnye. Konsepnya adalah jelas untuk memaparkan konsep 1Malaysia yang memang dihayati oleh rakyat Malaysia. Sekiranya iklan itu memaparkan masyarakat India masuk dalam keluarga Islam begitu jugalah yang dipaparkan. Jangan disebabkan kepentingan tertentu konsep 1Malaysia cuba dipolitikkan Bagi saya jika pihak tertentu menyalahtafisrkan kerana berniat tertentu, maka salahle tafsiran itu. Sebaliknya jika perkara itu dihayati kebaikannanya, maka baiklah jadinya. Dengan itu saya amat bersetuju dengan maklum balas yang diberi oleh FINAS .

Baguih le - Tiada pegawai Kelantan rasuah sejak 1990


Sejak PAS menerajui Kelantan pada Oktober 1990 sehingga sekarang tidak ada pegawai kerajaan yang didapati terbabit dengan kesalahan rasuah. Tapi kalau keluarkan statistik laporan lagi baguihkan......

Tak Habis Lagi Ke........


Alkisahnye lagi UMNO didakwa menganjurkan program tidak sihat di penempatan orang Asal semasa PRK DUN Galas. Program yang dimaksudkan karaoke dan disko.

Cadangan yang baik



Saya amat menyokong usaha Kementerian Pengangkutan yang bercadang untuk melaksanakan kajian punca kenderaan terbakar selepas terbabit kemalangan jalan. Walaupun tidak ada kajian saintifik bahawa penggunaan petrol RON95 adalah punca kenderaan terbakar namun usaha itu sekurang-kurangya dapat menjawab punca yang menyebabkan insiden sedemikian. Mungkin cadangan itu sebelum ini pernah saya terbaca BANYAK KES KERETA TERBAKAR: UJI SEMULA RON95 mendorong usaha itu untuk dilakukan.

MEnARIK UntUK DibaCa?????


Sukar nak menjangka apa yang akan berlaku dalam politik. Mereka yang berada alam politik akan dapat merasakan sesuatu itu betul atau sebaliknya. Suka saya berkongsi artikel ini dengan anda Kecundang Akhirnya!

Monday, November 8, 2010

Pemandu Tak MAu Ambik Pengajaran


Pemandu bas tidak ambil tahu kes kemalangan

Dalam tempoh 24 jam di Pekan dan Kuala Lipis berlaku kemalangan melibatkan bas iaitu sebuah bas ekspres yang dinaiki 33 penumpang terbabas ke dalam tali air dekat Sungai Miang, Pekan akibat dipandu laju sehingga mengorbankan seorang penumpangnya. Manakala sebuah bas ekspres yang membawa 31 penumpang terbabas mengakibatkan tiga cedera parah termasuk seorang putus kaki kiri di Kilometer 12, Jalan Lipis-Merapoh dekat Kuala Lipis.
Sebelum ini pada 31 Oktober 2010 sebuah bas ekspres telah mengalami kemalangan ketika menuruni jalan Genting Higland ketika membawa rombongan remaja dari kampung Baru, Mukim Siong, Baling Kedah sehingga menyebabkan 6 kematian. Seterusnya pada 10Oktober 2010, bas ekspres Delima yang dipandu laju dari Melaka ke Kuala Lumpur kemalangan, menyebabkan 12 orang maut. Kajian menunjukkan pemandu membawa bas tersebut dengan kelajuan 120 km.

Dalam dua insiden tersebut dikenal pasti, pemandu memang memandu dengan laju. Jadi mengapa kumpulan ini tidak mahu mengambil pengajaran.

Persoalannya.... SIAPA LAGI NAk DIPERSALAHKAN. ORANG RAMAI TENTU MUAK DENGAN KEJADIAN SEPERTI INI SEHINGGA MENGANCAM NYAWA MANUSIA. MALANG MEMANGLAH TAK BERBAU, TAPI KALAU DAH SELALU, MACAM ADA YANG TAK KENA JE???????

Kepada pemandu yang mengamalkan pemanduan berhemah, terima kasih banyak-banyakleh. Tolongle sedarkan rakan-rakan yang dikenal pasti sering berkelakuan negatif itu...

Perluaskan Akta Anti Pemerdagangan Orang


Sindiket sasar 500,000 pekerja wanita Indonesia

Sindiket penjualan bayi negara ini dipercayai menyasarkan kira-kira 500,000 wanita warga Indonesia yang bekerja di sini dan mengandung anak luar nikah sebagai sumber untuk mengaut keuntungan.

Laporan tersebut sedikit sebanyak mencetuskan persoalan. Apakah mudah warganegara Indonesia sanggup berbuat demikian dan adakah dalang di sebalik kegiatan tersebut adalah orang kita (Malaysia).

Ini bermakna lambakan warga asing dalam negara menguntungkan sebahagian pihak. Justeru masalah ini tidak boleh dipandang enteng. Pertama sekali mencari siapakah dalam di sebalik kegiatan tersebut. Adakah mereka ini juga yang membawa masuk PATI secara haram demi menjayakan kegiatan mereka.

Pentingnya Baju Keselamatan....


Pantang maut sebelum ajal, begitulah ungkapan yang boleh dibuat pada 16 penumpang bot di Pulau Tenggol Terengganu. Selama 18 jam juga mereka bertarung maut dengan terapung di lautan dalam keadaan cuaca buruk. Itupun disebabkan adanya baju keselamatan, jika tidak wallahualam....

Dalam keadaan itu juga, mereka bersama-sama bergilir-gilir mengapungkan anak kecil Mohd Aiman yang masih tidak tahu apa-apa lagi. syahdu sungguh aku dengan kejadian itu.

Pengajaran daripada kejadian ini dapat saya simpulkan bahawa betapa pentingnya jaket keselamatan apabila kita berada dilautan. Walaupun tempat yang kita nak menyeberangi itu tidak memakan masa berjam-jam tetapi hanya 1/2 jam atau 15 minit, maka pemakaian jaket keselamatan itu perlu dititikberatkan.

Dengan itu saya menyarankan Pihak berkuasa perlu mengetatkan undang-undang pemakaian jaket keselamatan. Mana-mana bot atau kapal yang memberi perkhidmatan membawa penumpang, mereka perlu memastikan baju keselamatan dipakai sebaik perjalanan bermula sehingga sampai ke destinasi.

Saturday, November 6, 2010

Tip2 Menghadapi Banjir



Aku amat bersimpati dengan mereka yang terpaksa menghadapi banjir terutama masyarakat India yang terpaksa menyambut Deepavali dalam suasana kedinginan. Pelajar-pelajar SPM dan STPM juga mungkin terpaksa belajar dalam suasana yang tidak selesa. Sama ada peperiksaan akan ditangguhkan atau sebaliknya masih belum diketahui.

Turut dijangka banjir akan berlaku jua di Pahang. Berikut antara tips yang dapat diberikan dalam menghadapi banjir:-

i) Jauhi tempat-tempat yang dilanda banjir
ii) Pindah segera ke pusat permindahan apabila diarahkan oelh pihak berkuasa
iii)Sentiasa minum air yang dimasak
iv) Basuh tangan sebelum makan
v) Dapatkan suntikan vaksin mengikut nasihat doktor
vi) Dapatkan rawatan segera jika berlaku cirit birit atau demam panas
vii) Simpan dokumen penting di tempat selamat
viii) Jangan biarkan anak bermain air
dan banyak lagi.

Lagi Analisis PRK di Galas

Adakah Ku Li menjadi faktor kekalahan PAS di GALAS sehingga PAS dilihat bergerak secara defensif. Baca seterusnya di...
Galas: PAS nafi sabotaj dalaman punca gagal, tapi diperangkap ‘faktor Ku Li’

Analisis PRK Galas dan batu Sapi


Pandangan berhubung PRK Galas dan Batu Sapi akan dilontarkan oleh mana-mana pihak. suka atau tidak setiap perlawanan ada kalah dan menang. Justeru pihak yang kalah akan cuba memperbaiki kelemahan mereka. Manakala yang menang sudah tentu tidak akan duduk diam kerana pihak yang kalah akan berbuat sesuatu untuk mengecapi kemenangan itu di lain masa.Kesimpulannya berpantang sebelum ajal.............


Hayati analisis ini Analisis GoMalaysian Terhadap PR Selepas Pilihanraya Kecil Galas Dan Batu Sapi

Tidak puas hati

Nampaknya PKR tidak berpuas hati dengan kemenangan BN. Baca seterusnya di Bermaruahkah Kemenangan Umno-BN Di Galas Dan Batu Sapi?

Meniti PRU ke13


Ini antara komen pemimpin tertinggi BN apabila BN menang besar dalam PRK N.45 Galas dan P.185 batu Sapi

i) Tan Sri Muhyiddin Yassin - membuktikan bahawa rakyat masih yakin dan mempercayai agenda pembangunan kerajaan dan rakyat masih yakin dengan kepimpinan Perdana Menteri.

iii) Tengku Razaleigh Hamzah - hasil pendekatan baru yang dianjurkannya dalam kempen kali ini. Tiada rapat umum yang besar dijalankan BN, dan ia juga lebih aktif menggunakan media baru, termasuk salah satu media rasminya Umno Online.

iv) Datuk Seri Mustapa Mohamed - menganggap kemenangan besar BN di kawasan DUN Galas sebagai sesuatu di luar jangkaan yang memberikan petanda kebangkitan BN di Kelantan.

v) Datuk Seri S. Samy Vellu – semangat perpaduan yang kukuh dan sebagai petunjuk kekuatan parti semakin meningkat.

vi) Datuk Seri Liow Tiong Lai – bukti masyarakat Cina yakin dengan perkhidmatan BN dan Perdana Menteri


Ini pula komen pembangkang


i) Ketua Penerangan PAS Idris Ahmad - Kekalahan Pakatan Rakyat di Galas dan Batu Sapi adalah loceng amaran supaya gabungan pembangkang terus bangkit dan bermuhasabah terhadap kerja parti bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13.

ii) Penasihat jentera di Galas, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah - masalah akses kepada masyarakat Orang Asli. Sokongan merosot sehingga 13 peratus di enam kawasan Orang Asli.
Manakala majoriti Melayu, PAS kehilangan sehingga 8 peratus, lebih tinggi daripada yang dijangka sebelumnya.


Kenyataan daripada pemimpin-pemimpin BN dilihat agak senada. Semuanya berpendapat sokongan rakyat terhadap BN sudah kembali dan rakyat semakin menerima dasar-dasar yang dianjurkan atau dibawa oleh Kerajaan pada masa ini.

Sungguhpun demikian jenetra BN jangan cepat berpuas hati dengan perkembangan yang berlaku seperti mana jua yang diperkatakan oleh Muhyidin Yasin. PAS sudah tentu tidak akan berdiam diri dengan kemenangan besar yang dikecapi oleh BN. Lebih-lebih lagi apabila mereka turut merasakan PRK kali ini banyak tidak memihak kepada PR berbanding PRK selepas berlaku PRU 12. Negeri-negeri yang berjaya ditakluki sudah tentu akan diperlihara dan usaha akan dilipat gandakan untuk mengekalkan jajahan takluk mereka. Justeru PRU ke 13 merupakan medan peperangan besar dan bukti sebenar sama ada sokongan rakyat kini benar-benar kembali kepada BN.

Keputusan Penuh :-

Linda Tsen (BN-PBS) - 9,773
Yong Teck Lee (SAPP) - 2,031
Ansari Abdullah (PKR) - 3,414
Undi rosak - 372
Majoriti - 6,359

Abdul Aziz (BN-UMNO) - 5,324 undi mengalahkan calon PAS , yang mendapat 4,134 undi.
Dr Zulkefli Mohamad (PAS)- 4,134
Undi Rosak - 132
Majoriti 1,190

Wednesday, November 3, 2010

Tepuk Dada Tanya Minda ???????


Penilaian terhadap seseorang sesuatu yang kompleks. Sukar untuk menterjemahkan isi hati seseorang itu. Kita hanya boleh membaca dan menilai melalui percakapan dan tingkahlakunya. Justeru Anwar atau mana-mana pemimpin UMNO boleh diuji dan ditafsirkan dari pelbagai sudut. Sejarah tidak dilupakan, bagaimana jatuhnya Kerajaan Melaka,kejatuhan umat Islam bukanlah pada ketika jatuhnya Khilafah Uthmaniyyah pada tahun 1924, tetapi sebaliknya perlu dilihat bermula sejak kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka pada tahun 1511. Terdapat pelbagai peristiwa yang berlaku di antara 1511-1924 yang perlu dikaji dan dijadikan rujukan.

Baca seterusnya di Asri minta Anwar bersara, Pakatan perlu jadi pembangkang kualiti dan Asri: Nasihat saya untuk ‘dinosaur politik’ Umno bukan hanya Anwar, Sejarah Yang Di Gelapkan UMNO: Jatuhnya Empayar Melaka kerana pemimpin yang celaka!

Benteng Pertahan Islam dan Orang Melayu


Saya suka membaca ulasan ini dan semua warganegara Malaysia perlu menghayati pandangan ini dan jangan ingat mudah boleh bertindak dengan membelakangkan Perlembagaan Persekutuan yang telah termaktub.

Baca seterusnya di Raja benteng kebal pertahan Islam, hak orang Melayu — Zainul Rijal Abu Bakar

Apakah Sebenarnya???????


Jika difikir-fikir mengapa berlakunya penjimatan subsidi pada waktu ini. Kerajaan tidak takut ke kesannya akan dirasai dalam PRK Galas dan Batu Sapi.

Ini mungkin satu petanda bahawa Kerajaan sememangnya bertindak bukan untuk kepentingan tertentu. Anda setujuUUUUUUU . Lu fikirlah sendiri.....

Pengurangan Subsidi atau Kenaikan harga minyak?????


Rakyat digula-gulakan dengan slogan 'kenaikan harga minyak'. Namun pihak Kerajaan menyatakan 'pengurangan subsidi'. Justeru bantulah rakyat untuk memahami apa yang Kerajaan hendak buat agar impaknya tidak akan dirasai pada PRU ke 13 dan tak mustahil mungkin akan memberi kesan pada undi PRK Batu Sapi dan Galas

OOOO TIDAkKKKKKKK...... Lu fikirlah sendiri

Anda boleh baca:RON 97: 'Tahniah' kerajaan menyusahkan rakyat' , Umno-BN Mahu Jimat Dengan Selamatkan Kroni Tapi Korbankan Rakyat, No more announcements on RON 97 pricing

Hukuman Mandatori.............


Sedih, sebak, pilu, geram, marah semua perasaan bercampur aduk apabila mendengar kemalangan bas sehingga meragut ramai nyawa manusia. Sungguhpun ia satu peristiwa yang tidak diingini atau 'malang tak berbau', namun ia mungkin boleh dielakkan sekiranya semua pihak terbabit akur dengan undang-undang yang sedia termaktub.


Adakalanya pihak-pihak terbabit lebih mementingkan keuntungan daripada nyawa manusia. Justeru langkah-langkah keselamatan tidak diambil kira malah dikerah asalkan boleh saja seperti mana yang berlaku pada pemandu bas yang membawa belia dari Baling Kedah. Beliau mengakui mengendalikan bas sejak lima tahun tanpa mempunyai lesen memandu yang sah. Akhirnya, bak kata perpatah sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua.
Justeru, pihak berkuasa perlu mengenakan hukuman yang lebih ketat dan tegas agar menjadi pengajaran kepada pihak lain seperti mengenakan hukuman mandatori kepada pengusaha bas atau pemandu yang bersalah seperti mana pernah dicadangkan kepada kes pembuangan bayi. Begitu juga pihak berkuasa boleh menyita dan melelong bas-bas pengusaha syarikat agar mereka tidak boleh beroperasi lagi.

Ingatlah, mencegah lebih baik daripada merawat!!!!!!

Sekadar ingin tahu

Sejarah DAP, Kaitan Dengan PAP

DAP adalah anak atau serpihan kepada PAP di Singapura, selatan Persekutuan Tanah Melayu. Lee Kuan Yew yang tidak setuju dengan cubaan Perikatan-UMNO bertanding dalam pilihan raya di Singapura, telah membuka cawangan PAP di Semenanjung Malaysia. Apabila Singapura berpisah dari Malaysia pada 9 Ogos 1965, pendaftaran parti PAP telah dibatalkan pada 9 September 1965, tahun yang sama.

Devan Nair selaku ahli parlimen Bangsar yang ditinggalkan oleh PAP cuba menghidupkan PAP yang baru dengan nama Parti Tindakan Rakyat Malaysia. Tetapi pendaftar pertubuhan menolak penubuhan PAP kerana nama yang sama itu akan mengelirukan orang ramai.

Oleh itu Devan Nair menggunakan nama baru iaitu ‘Parti Tindakan Demokratik’ atau DAP. Pada 3 Mac 1966 Surat dari Pendaftar Pertubuhan menolak penubuhan DAP kerana perlembagaan parti itu tidak selaras dengan undang-undang Pendaftaran Persatuan....... Baca seterusnya ......

Sumber : Malaysia-instinct

Monday, November 1, 2010

Trend Politik Semasa..............


Adalah bertepatan apabila Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-222 di Istana Negara pada 13 dan 14 Oktober 2010 memandang berat berhubung trend politik semasa yang dilihat sedang meniup angin perkauman dan mencabar kedaulatan Perlembagaan Negara yang menyentuh agama Islam, kedudukan Raja-Raja Melayu, orang Melayu dan bahasa Melayu.

Kini seolah-olah negara tidak ada undang-undang yang kebal dapat mengambil tindakan terhadap mana-mana golongan yang mengeluarkan kenyataan yang 'persis' berunsur perkauman. Adakah mereka ini terlalu kebal untuk diambil tindakan????.

Kaum Melayu merasa terancam, begitu juga kaum Cina dan tidak terlepas kaum India kerana gagal untuk memahami Perlembagaan Negara dan kontrak sosial. Apabila mata pelajaran sejarah diumumkan sebagai subjek wajib lulus SPM, terdengarlah suara-suara tidak puas hati dan mempersoalkan tindakan itu.

Jika dilihat pelajar-pelajar sekolah tidak kira mana-mana kaum tidak mengetahui dan tidak ambil kisah dengan 'gong' oleh orang-orang dewasa. Justeru 'bapak-bapak' ini janganlah terlalu beremosi dikhuatiri anak-anak muda ni jadi keliru sape yang betul dan sapa yang salah. Akhirnya mereka ikut kata hati tanpa dibimbing. Oleh sebab itu, tidak mustahillah mengapa media baru kini menjadi pilihan utama anak-anak remaja untuk mendapatkan maklumat. Jika yang disalurkan itu baik, maka baiklah, jika sebaliknya, lu fikirlah sendiri...............

Justeru seruan Majlis Raja-Raja Melayu bukanlah sebagai satu 'omongan' kosong, sebaliknya satu peringatan penting untuk semua bangsa. Selagi kita berpijak di bumi Malaysia patuhilah Perlembagaan Negara yang menjadi tonggak utama negara.

Wednesday, October 27, 2010

Apa lagi ni......



Walaupun PM dah beri peringatan agar mana-mana pihak tidak mencetuskan kenyataan berbaur perkauman, nampaknya gagal diikuti. Sebelum ini PERKASA dikritik hebat kerana terlalu bangkitkan hak Melayu. Manakala Chua Soi Lek dikatakan mempersoalkan hak Melayu. Berlaku tuduh menuduh. PERKASA nampaknya berdiam diri. Namun CSL macam ada yang tak kena je. aduhhhh.... bengong bapak PM nak damaikan anak2 buah. Menteri Pelajaran kena jawab ni..........

Baca seterusnya
Melaka Runtuh Kerana Kaum Cina, Chua Soi Lek Jangan Putar Belit Sejarah

Thursday, October 21, 2010


Walaupun ia kadangkala sukar difahami dan tidak mahu difahami, Isu hak Melayu, kedudukan melayu, taraf melayu, politik melayu, kuasa melayu akan menjadi topik panassssss.....orang Melayu akan tetap memperkatakan hak itu selagi ada pihak terus memperkotakatikkan..........?????????????

Melayu itu, kaya falsafahnya,
Melayu itu, orang yang bijaksana,
Akal budi bersulamkan daya.

Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu,
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu.

Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu,
Mamak dan Malbari serap ke Melayu,
Malah mualaf bertakrif Melayu.


Kadazan, Bajau, India Muslim dan Siam,
Melanau, Bidayuh dan berpuluh suku kaum,
Kita bersama dalam serumpun.

Sebaik selesai membacakan puisi itu sambil tersenyum simpul, Najib menerima tepukan gemuruh daripada 2,543 anggota perwakilan yang berada di dalam Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Ucapan Presiden Umno itu, yang disiarkan melalui siaran televisyen litar tertutup, turut mendapat sorakan daripada pemerhati dan hadirin di luar Dewan Merdeka yang penuh khusyuk mengikuti ucapannya.

Najib kemudian meneruskan puisinya bagi menggambarkan perpaduan dan agama di negara ini.

Watak Melayu menolak permusuhan,
Setia dan sabar tiada sempadan.


Maruah dan agama dihina jangan,
Hebat amuknya tak kenal lawan.


Daripada perspektif kepimpinan dan amanah, Melayu dimadahkan:

Menjadi pemimpin sifatnya agung,
Syarak dipakai adat dijunjung.


Hidupnya mengabdi kepada rakyat,
Taat setia membela umat.

Di akhir petikan puisi itu, Najib membacakan rangkap yang menyimpulkan
Melayu sebagai:

Dijadikan induk kuat berdiri,
Umat sentosa bertuahlah negeri.

“Berdasarkan baris-baris yang saya lafazkan, begitu langsung memperlihatkan betapa, dalam sifat, psikologi, dan sikap atau perwatakan Melayu itu terpamer asas-asas yang membenih nilai kepimpinan murni.

“Jika digarap lagi, demikianlah orang Melayu, meletakkan martabat tinggi kemuliaan sikap pemimpin dan kepimpinan dalam masyarakat,” kata Najib.

Presiden Umno itu berkata keperibadian bangsa Melayu itulah yang menyebabkan Melayu diterima sebagai pemimpin dalam sebuah masyarakat majmuk dan sikap itu juga yang menjadi bekal sebagai bangsa yang diamanah menggalas kepimpinan negara.

Dipetik http://umno-online.com/?p=23315

Tranformasi.......Tranformasi.......Tranformasi...........

Suka saya memetik :

'Wanita UMNO harus memupuk dan memimpin negara bangsa berdisiplin, beriman dan berintegriti. Sifat-sifat inilah yang merupakan istilah kehebatan bangsa. Kita telah terlalu banyak berkorban demi perjuangan untuk tanah air. Andai kata kita sekarang memalingkan muka dari seruan ini yang asli, tulen dan benar, nescaya kita akan mengkhianati darah dan sejarah sendiri'


'Apa yang penting sekarang, segala kelemahan perlu diatasi segera dan tanggungjawab yang telah diamanahkan wajar dilaksanakan bersungguh-sungguh. Anggaplah kami sebagai harapan dan bukan ancaman, berikanlah kami peluang dan kepercayaan, upayakanlah kami untuk memegang dan menggalas tanggungjawab lebih berat'


'Ayuh semua, kuatkan barisan kita, nyahkan kepentingan diri, tolak kepentingan emosi 'yang merugikan parti, kita laksanakan program sebaik mungkin, kita baiki hidup rakyat, kita sama-sama sejahterakan bangsa kita. Kita pasti akan memenangi Pilihan raya Umum ke-13. Kita akan menggadai masa, tenaga dan jiwa untuk itu! itu janji kita kepada parti!


Maka dengan itu, lakukanlah tranformasi dengan :
i) memperjuangkan maruah bangsa, jangan hanya untuk kepentingan diri
ii) memenangi hati rakyat dan jangan memperkecilkan hak rakyat
iii)buatlah program yang bermanfaat, jangan hanya program yang syok sendiri
iv) bagilah hak rakyat dan tidak hanya besaqkan diri
v) berilah ruang kepada generasi muda dan yakinlah kemampuan mereka untuk kreatif dalam memimpin
vi) bermuafakat sesama pemimpin dan tidak menyalahkan antara satu sama lain
vii) adil dan saksama untuk bertindak dan tidak hanya 'insan terpilih'

inilah antara tranformasi yang amat diharapkan oleh Presiden UMNO dan banyak lagi tranformasi yang boleh diungkapkan asalkan sesuatu itu membawa perubahan dan mendatangkan kebaikan tanpa menggugat perpaduan negara. Persoalannya adakah tranformasi itu akan berlaku ?????? tunggu......... rakyat menghakimi semua itu dan janganlah ia hanya seperti mencurah air di daun keladi

Wednesday, October 20, 2010

Perhimpunan Agung UMNO Penuh Mesej


Hari ini Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO membahaskan usul-usul ekonomi, politik dan sosial. Banyak perkara yang disebut dan penuh makna untuk dihayati. Isu pembuangan bayi, isu remaja dan penyalahgunaan media baru yang dibawa oleh Puteri UMNO merupakan isu yang wajar dtangani secara berterusan kerana remaja merupakan generasi yang bakal memimpin negara. Seterusnya media baru sekiranya dibiarkan mendendangkan laporan yang tidak beretika akan merosakan masyarakat. Justeru remaja atau orang muda yang merupakan golongan yang 'mahir IT' mudah terpengaruh sekiranya tidak dibimbing.

Tuesday, May 11, 2010

Sukan, Judi dan Rasis


• Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussein, 6 Mei 2010 menyatakan Kerajaan sedang menimbang secara serius cadangan meluluskan lesen judi pertaruhan sukan (sports betting licenses).
Pemimpin pembangkang khususnya PAS mengkritik hebat. Mufti diminta nyatakan hukum judi bola sepak, Lesen Judi, Sukan Dan Wardah, Malaysia Bukan Masyarakat Judi. Bukan Islam minta had judi, Umno mahu tambah

Mereka menggunakan sentimen orang Islam dan Agama Islam. Tetapi pemimpin pakatan rakyat DAP dan PKR masih membisu.

Kenapa pemimpin pembangkang tak guna isu ini dalam PRK Sibu,tapi isu kalimah Allah digunakan pulak. Jadi sape yg sebenarnya main sentiment rasis ni? Rasis: Umno cuba rosakkan perpaduan kaum

Saturday, May 8, 2010

Pelihara Institusi Diraja


Kenyataan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan pada 6 Mei 2010 mengenai imej institusi raja agar dipelihara wajar dititip dan diikuti. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0507&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_11.htm

Sultan menjadi Ketua Negara dan Ketua Agama Islam. Justeru hakikat tersebut perlu diterima dan jangan ada pihak cuba menjadi juara untuk mengikis peranan tersebut. Sudah tentu rakyat Malaysia yang menghormati Perlembagaan Negara sebaik mungkin akan menjaga wadah tersebut sebagai nadi dalam mewujudkan perpaduan, kepercayaan, penghormatan dan menyanjung tugu tersebut.

Lantaran itu prinsip rukun negara perlu diamati dengan sebaik mungkin.

Sunday, April 18, 2010

Gobind Singh Deo kata BN tak tunai janji dalam meletakkan calon PRK Hulu Selangor. Itu bukan isunya http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=26095:pilih-calon-pun-bn-sudah-tak-tunai-janji-gobind&catid=111:p094-hulu-selangor. Isunya
• PKR takut dengan calon BN yang berupaya mampu memberi yang terbaik kepada negara.
Dalam masa setahun Najib lakukan banyak pembaharuan.
• Zaid pernah tentang hukum hudud;
• Zaid didapati minum arak;
• Kepimpinan PKR semakin merosot;
• Kes liwat DSAI asyik tertangguh;
• DSAI malu 16 September gagal setelah diuar-uarkan secara besar-besaran.

Ikutlah Perasaan

Kita Perlu menjadi rakyat Malaysia yang bersyukur. Pertama sekali kita perlu bermuhasabah diri. Sekarang kita boleh makan sedap-sedap, nak makan apa sediakan ongkosnye saje. Rasa-rasa nak bercuti, pilih ajelah kat Malaysia ni banyak tempat yang menarik. Nak beribadat buatlah dari pagi sampai kemalam, dari malam hingga ke pagi. Nak sekolah, sekolah ajelah, pilih mana sekolah yang anda suka. Atau universiti mana yang anda layak. Apa lagi yang kita mahu. Insyaallah kalau kena pada tempatnya semua apa yang kita inginkan akan dapat. Tapi klu dok berperang sini sana, kecoh sini kecoh sana, reformasi sini reformasi sana, mana boleh lalui semua di atas itu dengan tenang. So perpaduan amat penting. Jangan kita pentingkan diri sampai nak buat ape pun tak leh. Jadi kalau nak undi tu jangan ikut perasaan ikutlah fikiran.

Tuesday, April 6, 2010

1Malaysia 1Jiwa 1Harapan

Bidalan yang penuh bermakna, menyentuh jiwa dan boleh dirasai sekiranya dimanfaatkan dalam 1 JIWA.

Model Ekonomi Baru (MEB) merupakan tunjang penting kepada Malaysia yang sedang dibentuk, struktur yang akan berkhidmat kepada masyarakat kita pada masa akan datang. Sebagai metafora,
fikirkan sebuah rumah yang disinari mentari Malaysia. Kita memerlukan bumbung – falsafah yang merangkumi kesemua bahagian binaan ini. Dalam situasi ini, 1Malaysia merupakan bumbung tempat kita sama berteduh. Program Transformasi Kerajaan (GTP) – satu program penyampaian dalam enam Bidang Keberhasilan Utama – merupakan satu tiang asas kepada rumah ini. Tiang asas kedua ialah Pelan Transformasi Ekonomi yang akan membangunkan MEB. Dan lantainya, asas di mana kesemua rakyat Malaysia terus bergerak ke hadapan adalah Rancangan Malaysia Ke-10 dan Ke-11.
Realitinya 1MEB untuk 1Malaysia,

Teks ucapan penuh PM mengenai MEB http://www.malaysiakini.com/news/127858

PRK Hulu Selangor

Kini menjelangnya PRK P.094 Hulu Selangor banyak isu dimainkan untuk menjatuhkan pihak lawan. Apabila kita terlalu mengkritik seseorang itu, apa sahaja yang dilakukan semuanya ada udang di sebalik mee. Begitu juga apabila ia berkata-kata dianggap satu ugutan. Semua ini hanya mainan politik untuk mempengaruhi rakyat menolak menyokong musuh mereka http://biaqpila.blogspot.com/2010/04/hulu-selangor-pas-kesal-najib-ugut-dan.html .

Isu sensitiviti kaum turut dibangkitkan. Ini memandangkan isu perkauman merupakan isu yang begitu dekat dengan semua rakyat. Walau pun kita bermusuh tapi kalau yang dibangkitkan melibatkan maruah kaum, dah tak ingat dah apa yang pernah didakwa dakwi sebelum ini tentang musuhnya. Cuba tengok semasa peristiwa 13 Mei 1969. Masa tu UMNO dan PAS bercakaran, tapi apabila tercetusnya peristiwa 13 mei , maka semua bersatu. Cuba tengok sekarang ini Karpal singh memperkatakan tentang Melayu Malay first, Malaysian second’. Ada PAS mempersoalkan kata-kata Karpal tu. Tak ada kan, kalau ada sape yg baca ni cuba nyatakan, sape di kalangan pemimpin tersebut beri reaksi tentang itu. Tapi isu APCO pemimpin PAS begitu lantang mengkritik, lain plak DAP tak bising-bising pun. Kenapa ye. Lu fikirle sendiri.......................................

Saturday, April 3, 2010

PRK HuLU SElangor....

SPR dah tetapkan penamaan calon 17 April dan mengundi 25 April
kini bermulalah adegan kutuk mengutuk, ancam mengancam, perli memperli dakwa mendakwi

semua pihak perlu maintain, steady biar menang secara terhormat tapi klu menang pun dok kata kat orang tak yah le.

buat pembaharuan sikit kat negeri tu, dah kecoh kata gula-gula pilihan raya.habis dok uar-uarkan anwar diancam bunuh tu dianggap ape ye ???????????????? href="'http://www.facebook.com/pages/Anwar-Ibrahim/16194831839?v=feed&story_fbid=380685266839">pun''http://www.facebook.com/pages/Anwar-Ibrahim/16194831839?v=feed&story_fbid=380685266839

klu betulle ada ancaman buat report takut jd apa-apa kn susah.

so yg nak berkempen kat hulu selangor tu buat secara terhormat baru orang respect

bab calon gak satu hal, jangan kecoh-kecoh, ape-ape pun biar kepimpinan parti buat keputusan baik PR or BN. Baru cool n steady kannnnnn

Friday, March 19, 2010

TERHARU...............



MUNGKIN ADA LAGI YG BLM DIDEDAHKAN

Seorang ibu tunggal bertekad untuk meneruskan kehidupan dengan tabah walaupun menghadapi segala kepayahan dan kedaifan bersama empat anaknya yang terencat akal.

Habshah Said, 82, yang kematian suaminya sejak 20 tahun lalu kini terpaksa bergantung kepada ihsan jiran-jiran di Kampung Belakang Masjid Sungai Kob, Karangan, dekat sini.

Lebih menyedihkan, beliau yang kabur penglihatan juga terpaksa menguruskan empat anaknya dalam keadaan serba kekurangan.

Habshah memberitahu, dia tidak dapat bekerja kerana faktor usia, di samping penyakit rabun mata yang dihadapinya sejak beberapa tahun lalu.

Katanya, kesempitan hidupnya juga menyebabkan dia tidak mampu membeli makanan dan ubat-ubatan untuk merawat diri sendiri.

"Bantuan kewangan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) hanyalah RM300 sebulan.

Namun ia tidak cukup kerana terpaksa menanggung makan minum.

"Kadang-kadang kena minta dari jiran sekampung. Walaupun malu tapi saya bersyukurlah kerana mereka semua sudi membantu," katanya.

Habshah berkata, selepas mendirikan rumah tangga dengan suaminya, Abu Bakar Din, kira-kira 60 tahun lalu, mereka dikurniakan enam anak.

Bagaimanapun katanya, seorang daripada anaknya meninggal dunia manakala seorang lagi telah mendirikan rumah tangga.

"Sementara empat lagi anak saya iaitu Mat Nayan Abu Bakar 62; Othman, 57; Ahmad, 55 dan Rahimin, 50, terencat akal sejak mereka diserang penyakit sawan masa kecil," katanya.

Tambah Habshah, selepas kematian suaminya, dia terpaksa hidup berpindah-randah dengan bekerja mengambil upah sekitar ladang kelapa sawit di Karangan.

Bagaimanapun, disebabkan usia lanjut dan keadaan kurang mengizinkan, dia kemudian mengambil keputusan pulang ke kampung suaminya di Kampung Belakang Masjid Sungai Kob.

"Walaupun terencat akal, dengan bantuan anak-anak saya yang bekerja sambilan mengambil upah daripada penduduk kampung, saya dapat bina rumah ini untuk dijadikan tempat berteduh," katanya.

SUMBER http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0319&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_06.htm

Thursday, March 18, 2010

Dimana berakhirnya generasi kita

Sedih, sebak ,geram, meluat, menyampah dah tak tahu apa lagi perasaan dan kata-kata hendak digambarkan.

Kes pembuangan bayi, kes penderaan, kes kahwin di bawah umur dan apa lagi yang mampu di buat terhadap generasi kita ini.

JADI kembalilah kepada pengajaran agama. Unsur perikemanusiaan, kasih sayang, menghormati, semua dah dinyatakan. tetapi kini unsur-unsur tersebut seolah-olah sudah tidak ada lagi dalam masyarakat kita sekarang.

NAK SALAHKAN siapa? Ibu bapa, masyarakat, Kerajaan, persekitaran, NGO, jiran tertangga, adik, kakak, abang. Kita bukan zaman jahiliah nak bunuh-bunuh atau bakar-bakar anak. nak pukul anak-anak sesuka hati atau nak berkahwin hanya bersandarkan nafsu.

Menyedari betapa pentingnya generasi ini dipelihara maka Akta Kanak-Kanak 2001 merupakan antara undang-undang yang diguna pakai sekiranya berlaku pengabaian, penganiayaan, penderaan atau apa-apa sahaja yang menggugat kesejahteraan dan kebajikan generasi tersebut. http://www.law.yale.edu/rcw/rcw/jurisdictions/asse/malaysia/Malay_Child_Act.htm

Adakah GST Akan berAkhir??????

Kerajaan bercadang melaksanakan cukai tersebut seawal 2007 tetapi disebabkan penentangan dan protes oleh parti politik dan juga badan bukan kerajaan sejak 2004, ia terpaksa ditangguhkan.

kerajaan sekali lagi cuba mahu melaksanakan GST apabila membentang Rang Undang-Undang untuk bacaan pertama.Ia diluluskan semasa sidang Parlimen pada Disember 2009 dan pembentangan untuk bacaan kedua dijangka dilakukan pada sidang bermula 15 Mac 2010.
Namun diumumkan ditangguhkan lagi.

Pembangkang sudah merasakan momentum mereka mula menyengat apabila apa sahaja desakan mereka seolah-olah dituruti walaupun dinafikan oleh Kerajaan. pelaksanaan PPSMI, pengambilan mata pelajaran 10+2, menarik balik keputusan kenderaan berusia 15 tahun ke atas wajib membuat pemeriksaan tahunan di Puspakom sebagai syarat memperbaharui cukai jalan dan penstrukturan semula subsidi.

Jadi fikir-fikirkan lah..............

Wednesday, February 10, 2010

GST Menguntungkan ?

SeKaDaR BeRkOnGsI MaKlUmAt

Cadangan untuk mengganti sistem cukai jualan dan perkhidmatan kepada cukai konsumpsi yang digelar sebagai GST telah diumumkan pada pembentangan bajet 2005 oleh Perdana Menteri ketika itu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.


Awalnya ia dicadang untuk dikuatkuasakan bermula 1 hb Januari 2007. Dalam usaha untuk meningkatkan keberkesanan pengurusan kewangan kerajaan, Bajet 2005 mencadangkan penyusunan semula sistem percukaian negara termasuk mengkaji peruntukan yang disediakan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967. Ini katanya bertujuan untuk menjadikan sistem percukaian negara lebih berkesan dan berupaya menjana hasil negara.

GST akan menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan yang sedia ada. Pada masa ini cukai jualan dikenakan ke atas barangan ketika diimport atau di peringkat perkilangan. Cukai perkhidmatan pula dikenakan ke atas perkhidmatan tertentu termasuk profesional, hotel dan restoran.

GST didakwa sebagai sistem cukai yang lebih komprehensif , efisyen , telus dan efektif. Ia juga diduga akan menambahkan pendapatan cukai tahunan untuk kerajaan. Dalam sebuah reaksi seorang pensyarah perakaunan dari UiTM berpendapat GST tidak membebankan dan akan menambahkan hasil negara.

Pada 29 November 2009 Menteri Kewangan Kedua , Datuk Ahmad Husni Hanadzlah dalam kenyataannya telah mendakwa kerajaan akan memperoleh pendapatan cukai tahunan sebanyak RM 1 bilion dari GST. Beliau berkata sebanyak 143 buah negara telah melaksanakan GST. Dalam Asean hanya Malaysia, Brunei dan Myanmar yang belum memperkenalkannya.

Ditambah lagi , dikatakan GST akan dapat mengurangkan cukai korporat dan cukai pendapatan individual.

baca seterusnya http://kerabubersuara.blogspot.com/2010/02/gst-kesan-keatas-pengguna-dan-rakyat.html