Monday, November 29, 2010

Naik Taraf Perkhidmatan Awam



Perkhidmatan teksi yang tidak memuaskan berbanding negara Jakarta, Singapura, Kemboja dan Bangkok terus diperkatakan. Mengapa ini harus terjadi? Adakah pihak Kerajaan tidak boleh berbuat apa-apa atau sememangnya mereka ini golongan yang 'tak makan saman'.

Amat memalukan kepada pelancong-pelancong asing yang sering melancong ke Malaysia. Sudah tentu mereka disajikan dengan keindahan yang terdapat di Malaysia. Malangnya perkhidmatan teksi telah mencacatkan tanggapan mereka.

Mungkin LPKP perlu terus memperkemaskan undang-undang yang boleh memberi kesan terhadap jatidiri dan disiplin pemandu teksi.

Ketuanan Melayu


Sultan Selangor dukacita institusi raja Melayu dipertikai

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dukacita dengan sikap orang Melayu yang mempertikaikan kerelevanan institusi raja Melayu dan peranannya dalam sistem pemerintahan negara.

Baginda mendedahkan, matlamat golongan berkenaan adalah agar sistem Raja Berperlembagaan disemak dan dikaji semula.

Sedangkan, titah baginda, alasan golongan terbabit bahawa ia perlu dilakukan kerana negara telah menjalani arus pemodenan dan sistem yang diamalkan sekarang sudah tidak bersesuaian adalah amat tidak tepat.

Ketuanan Melayu juga perlu dipertahankan dan ini perlu dipertegaskan agar tidak ada pihak sewenang-wenangnya mempertikaikannya. Yang sedihnye orang yang bercakap tu juga Melayu. Apalah nasib Melayu. Jadi tak salah le Tun Mahathir pernah mengungkap 'Melayu Mudah Lupa'.......

Thursday, November 25, 2010

MAHA



Sebanyak 25,000 produk berasaskan pertanian akan dipamerkan sempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Antarabangsa (MAHA) 2010 yang berlangsung mulai 26 Disember hingga 5 Disember 2010.

Ini menunjukkan Malaysia mampu bersaing di peringkat antarabangsa. Lantaran itu usaha itu sekaligus membuka ruang kepada rakyat Malaysia yang mahu berjinak-jinak dalam bidang pertanian. Hadir dan manfaatlah sepenuhnya peluang yang diberi dan di buka. Segala-galanya ada di sana. Hadirrrrrrrrr...........

Tuesday, November 16, 2010

Mengenali Pakatan Rakyat

Pandangan saya ...... PAS dikenali sebagai parti yang mahu memperjuangkan Islam. PKR pula sebuah parti yang liberal (pemimpin Cina, India dan Melayu), DAP pula??????. baca ini. Sekadar ingin tahu....

Monday, November 15, 2010

Wajib Baca Al-Quran


Setiap pelajar Muslim di Terengganu dikehendaki memulakan sesi persekolahan harian mereka dengan membaca al-Quran selama 10 minit mulai tahun depan.

Kenyataan itu telah dikeluarkan oleh Pengarah Jabatan Pelajaran negeri, Razali Daud. Tujuannya adalah untuk memberi penekanan serius kepada pembangunan sahsiah dan akhlak yang mantap sekaligus membendung masalah disiplin peljaar di sekolah.

Tindakan murni tersebut wajib disokong oleh semua pihak.lemah dan rapuhnya moral di kalangan pelajar kini telah mendedahkan mereka dengan anasir-anasir buruk seperti
kes buli, pelajar sekolah dicabul oleh rakan sendiri, merokok, ponteng kelas dan sebagainya

janganlah ini dianggap satu beban sebaliknya pemupukan budaya ini patut dipuji dan diperluaskan lagi penggunaanya di beberapa sesi persekolahan. Misalnya perhimpunan mingguan atau bulanan yang sering diadakan boleh dimulakan dengan bacaan Al-Quran atau hadis-hadis yang sahih untuk memberi gambaran kepada pelajar akan kebaikan dan sikap tauladan yang patut dicontohi.

Diharapkan juga bukan sahaja di Terengganu malah di sekolah negeri-negeri lain akan turut berbuat demikian.

Bancian: 47.6% tidak yakin dengan ETP Najib


Sebahagian besar perserta undian di laman web Utusan Malaysia tidak yakin bahawa Program Transformasi Ekonomi (ETP) akan meletakkan Malaysia di landasan yang betul ke arah menjadi negara berpendapatan tinggi.

Daripada 1,611 peserta yang mengundi, sebanyak 47.6 peratus mengakui tidak yakin dengan porgram yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak

Persoalannya i) adakah dengan mengambil kira hanya 1,611 orang boleh merumuskan bahawa semua rakyat Malaysia tidak yakin dengan ETP. Mungkin beratus ribu lagi memahami ETP.ii) Golongan manakah yang menyatakan tidak tahu ETP itu. perlu ada fakta sekurangnya-kurangnya mudahlah intervensi yang boleh diambil Kerajaan.

Thursday, November 11, 2010

Dah mula.....

Di media sama ada di blog, akhbar asing dan tempatan memperkatakan isu agama :-

i) isu pelajar di rotan kerana bawa makan babi di sekolah - JAKIM diarahkan untuk siasat agama bapa pelajar tersebut; dan

ii) Kenyataan Menteri Pertahanan bahawa kaum Cina dan India dalam ATM kurang disebabkan kurangnya 'semangat patriotisme'.

Begitu juga Persidangan di Dewan Rakyat banyak berlaku kekecohan sehingga ada wakil rakyat diarahkan keluar dewan:-

i) Ahli parlimen PAS Kuala Selangor Dzulkefly Ahmad hari ini diarahkan keluar dari Dewan Rakyat kerana menimbulkan ketegangan berhubung identiti seorang pelajar lelaki yang dirotan kerana membawa nasi dengan daging khinzir goreng dan sosej yang tidak halal.
ii) Semua sepuluh ADUN BN bertindak keluar dewan sebagai sokongan kepada Datuk Roslan Saidin (BN-Pinang Tunggal) yang diarah keluar kerana berdegil enggan menarik balik perkataan "pengecut" yang ditujukan kepada Speaker.
iii) ADUN Paloh daripada BN hari ini digantung selama sehari daripada menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan kerana didakwa ingkar perintah Timbalan Speaker, Mohd Zaki Ibrahim.

Paling Panas adalah isu PKR yang mana Zaid, Anwar dan Azmin merupakan pelakon utama dalam drama tersebut.

Kesimpulannya semua isu banyak berkaitan dengan unsur politik, mana isu rakyatnya. Rakyat amat dahagakan apa yang sepatutnya mampu dimiliki oleh mereka. Antaranya kadar pengangguran masih tinggi, walaupun ada graduan yang bekerja, namun status kontrak membuatkan mereka rasa tak selamat, gaji yang rendah sedangkan kos sara diri adalah amat tinggi. semua benda nak dapat perlukan bayaran, sampai nak masuk tandas pun perlu bayar. ishhh......

Kadar Pengangguran Kelantan Paling Rendah Rendah

Tak Leh Cuit Sikit.....


Kenyataan Menteri Pertahanan, Dato' Zahid Hamidi telah dibidas dengan begitu lantang sekali oleh pemimpin-pemimpin kaum lain termasuk BN. Dah ada bibit-bibit untuk mencetuskan isu perkauman.

Kesimpulannya jelas menunjukkan bahawa sekarang ini, pemimpin tak boleh cakap sebarangan berhubung kaum, kalau nak cakap perlu sebut sama rata. Jika sebaliknya akan ada suara-suara sumbang untuk menjadi hero mana-mana kaum.

Jadi..... kesudahannnya kita tunggu........ sama ada PM masuk campur atau terus didebatkan di Dewan Rakyat ataupun akan diambil tindakan seperti pegawai kat BTN Wilayah Persekutuan.

Tuesday, November 9, 2010

Hayati Konsep 1 Malaysia


Bagi Saya iklan Deepavali yang dipaparkan oleh FINAS tak ada yang salahnye. Konsepnya adalah jelas untuk memaparkan konsep 1Malaysia yang memang dihayati oleh rakyat Malaysia. Sekiranya iklan itu memaparkan masyarakat India masuk dalam keluarga Islam begitu jugalah yang dipaparkan. Jangan disebabkan kepentingan tertentu konsep 1Malaysia cuba dipolitikkan Bagi saya jika pihak tertentu menyalahtafisrkan kerana berniat tertentu, maka salahle tafsiran itu. Sebaliknya jika perkara itu dihayati kebaikannanya, maka baiklah jadinya. Dengan itu saya amat bersetuju dengan maklum balas yang diberi oleh FINAS .

Baguih le - Tiada pegawai Kelantan rasuah sejak 1990


Sejak PAS menerajui Kelantan pada Oktober 1990 sehingga sekarang tidak ada pegawai kerajaan yang didapati terbabit dengan kesalahan rasuah. Tapi kalau keluarkan statistik laporan lagi baguihkan......

Tak Habis Lagi Ke........


Alkisahnye lagi UMNO didakwa menganjurkan program tidak sihat di penempatan orang Asal semasa PRK DUN Galas. Program yang dimaksudkan karaoke dan disko.

Cadangan yang baik



Saya amat menyokong usaha Kementerian Pengangkutan yang bercadang untuk melaksanakan kajian punca kenderaan terbakar selepas terbabit kemalangan jalan. Walaupun tidak ada kajian saintifik bahawa penggunaan petrol RON95 adalah punca kenderaan terbakar namun usaha itu sekurang-kurangya dapat menjawab punca yang menyebabkan insiden sedemikian. Mungkin cadangan itu sebelum ini pernah saya terbaca BANYAK KES KERETA TERBAKAR: UJI SEMULA RON95 mendorong usaha itu untuk dilakukan.

MEnARIK UntUK DibaCa?????


Sukar nak menjangka apa yang akan berlaku dalam politik. Mereka yang berada alam politik akan dapat merasakan sesuatu itu betul atau sebaliknya. Suka saya berkongsi artikel ini dengan anda Kecundang Akhirnya!

Monday, November 8, 2010

Pemandu Tak MAu Ambik Pengajaran


Pemandu bas tidak ambil tahu kes kemalangan

Dalam tempoh 24 jam di Pekan dan Kuala Lipis berlaku kemalangan melibatkan bas iaitu sebuah bas ekspres yang dinaiki 33 penumpang terbabas ke dalam tali air dekat Sungai Miang, Pekan akibat dipandu laju sehingga mengorbankan seorang penumpangnya. Manakala sebuah bas ekspres yang membawa 31 penumpang terbabas mengakibatkan tiga cedera parah termasuk seorang putus kaki kiri di Kilometer 12, Jalan Lipis-Merapoh dekat Kuala Lipis.
Sebelum ini pada 31 Oktober 2010 sebuah bas ekspres telah mengalami kemalangan ketika menuruni jalan Genting Higland ketika membawa rombongan remaja dari kampung Baru, Mukim Siong, Baling Kedah sehingga menyebabkan 6 kematian. Seterusnya pada 10Oktober 2010, bas ekspres Delima yang dipandu laju dari Melaka ke Kuala Lumpur kemalangan, menyebabkan 12 orang maut. Kajian menunjukkan pemandu membawa bas tersebut dengan kelajuan 120 km.

Dalam dua insiden tersebut dikenal pasti, pemandu memang memandu dengan laju. Jadi mengapa kumpulan ini tidak mahu mengambil pengajaran.

Persoalannya.... SIAPA LAGI NAk DIPERSALAHKAN. ORANG RAMAI TENTU MUAK DENGAN KEJADIAN SEPERTI INI SEHINGGA MENGANCAM NYAWA MANUSIA. MALANG MEMANGLAH TAK BERBAU, TAPI KALAU DAH SELALU, MACAM ADA YANG TAK KENA JE???????

Kepada pemandu yang mengamalkan pemanduan berhemah, terima kasih banyak-banyakleh. Tolongle sedarkan rakan-rakan yang dikenal pasti sering berkelakuan negatif itu...

Perluaskan Akta Anti Pemerdagangan Orang


Sindiket sasar 500,000 pekerja wanita Indonesia

Sindiket penjualan bayi negara ini dipercayai menyasarkan kira-kira 500,000 wanita warga Indonesia yang bekerja di sini dan mengandung anak luar nikah sebagai sumber untuk mengaut keuntungan.

Laporan tersebut sedikit sebanyak mencetuskan persoalan. Apakah mudah warganegara Indonesia sanggup berbuat demikian dan adakah dalang di sebalik kegiatan tersebut adalah orang kita (Malaysia).

Ini bermakna lambakan warga asing dalam negara menguntungkan sebahagian pihak. Justeru masalah ini tidak boleh dipandang enteng. Pertama sekali mencari siapakah dalam di sebalik kegiatan tersebut. Adakah mereka ini juga yang membawa masuk PATI secara haram demi menjayakan kegiatan mereka.

Pentingnya Baju Keselamatan....


Pantang maut sebelum ajal, begitulah ungkapan yang boleh dibuat pada 16 penumpang bot di Pulau Tenggol Terengganu. Selama 18 jam juga mereka bertarung maut dengan terapung di lautan dalam keadaan cuaca buruk. Itupun disebabkan adanya baju keselamatan, jika tidak wallahualam....

Dalam keadaan itu juga, mereka bersama-sama bergilir-gilir mengapungkan anak kecil Mohd Aiman yang masih tidak tahu apa-apa lagi. syahdu sungguh aku dengan kejadian itu.

Pengajaran daripada kejadian ini dapat saya simpulkan bahawa betapa pentingnya jaket keselamatan apabila kita berada dilautan. Walaupun tempat yang kita nak menyeberangi itu tidak memakan masa berjam-jam tetapi hanya 1/2 jam atau 15 minit, maka pemakaian jaket keselamatan itu perlu dititikberatkan.

Dengan itu saya menyarankan Pihak berkuasa perlu mengetatkan undang-undang pemakaian jaket keselamatan. Mana-mana bot atau kapal yang memberi perkhidmatan membawa penumpang, mereka perlu memastikan baju keselamatan dipakai sebaik perjalanan bermula sehingga sampai ke destinasi.

Saturday, November 6, 2010

Tip2 Menghadapi Banjir



Aku amat bersimpati dengan mereka yang terpaksa menghadapi banjir terutama masyarakat India yang terpaksa menyambut Deepavali dalam suasana kedinginan. Pelajar-pelajar SPM dan STPM juga mungkin terpaksa belajar dalam suasana yang tidak selesa. Sama ada peperiksaan akan ditangguhkan atau sebaliknya masih belum diketahui.

Turut dijangka banjir akan berlaku jua di Pahang. Berikut antara tips yang dapat diberikan dalam menghadapi banjir:-

i) Jauhi tempat-tempat yang dilanda banjir
ii) Pindah segera ke pusat permindahan apabila diarahkan oelh pihak berkuasa
iii)Sentiasa minum air yang dimasak
iv) Basuh tangan sebelum makan
v) Dapatkan suntikan vaksin mengikut nasihat doktor
vi) Dapatkan rawatan segera jika berlaku cirit birit atau demam panas
vii) Simpan dokumen penting di tempat selamat
viii) Jangan biarkan anak bermain air
dan banyak lagi.

Lagi Analisis PRK di Galas

Adakah Ku Li menjadi faktor kekalahan PAS di GALAS sehingga PAS dilihat bergerak secara defensif. Baca seterusnya di...
Galas: PAS nafi sabotaj dalaman punca gagal, tapi diperangkap ‘faktor Ku Li’

Analisis PRK Galas dan batu Sapi


Pandangan berhubung PRK Galas dan Batu Sapi akan dilontarkan oleh mana-mana pihak. suka atau tidak setiap perlawanan ada kalah dan menang. Justeru pihak yang kalah akan cuba memperbaiki kelemahan mereka. Manakala yang menang sudah tentu tidak akan duduk diam kerana pihak yang kalah akan berbuat sesuatu untuk mengecapi kemenangan itu di lain masa.Kesimpulannya berpantang sebelum ajal.............


Hayati analisis ini Analisis GoMalaysian Terhadap PR Selepas Pilihanraya Kecil Galas Dan Batu Sapi

Tidak puas hati

Nampaknya PKR tidak berpuas hati dengan kemenangan BN. Baca seterusnya di Bermaruahkah Kemenangan Umno-BN Di Galas Dan Batu Sapi?

Meniti PRU ke13


Ini antara komen pemimpin tertinggi BN apabila BN menang besar dalam PRK N.45 Galas dan P.185 batu Sapi

i) Tan Sri Muhyiddin Yassin - membuktikan bahawa rakyat masih yakin dan mempercayai agenda pembangunan kerajaan dan rakyat masih yakin dengan kepimpinan Perdana Menteri.

iii) Tengku Razaleigh Hamzah - hasil pendekatan baru yang dianjurkannya dalam kempen kali ini. Tiada rapat umum yang besar dijalankan BN, dan ia juga lebih aktif menggunakan media baru, termasuk salah satu media rasminya Umno Online.

iv) Datuk Seri Mustapa Mohamed - menganggap kemenangan besar BN di kawasan DUN Galas sebagai sesuatu di luar jangkaan yang memberikan petanda kebangkitan BN di Kelantan.

v) Datuk Seri S. Samy Vellu – semangat perpaduan yang kukuh dan sebagai petunjuk kekuatan parti semakin meningkat.

vi) Datuk Seri Liow Tiong Lai – bukti masyarakat Cina yakin dengan perkhidmatan BN dan Perdana Menteri


Ini pula komen pembangkang


i) Ketua Penerangan PAS Idris Ahmad - Kekalahan Pakatan Rakyat di Galas dan Batu Sapi adalah loceng amaran supaya gabungan pembangkang terus bangkit dan bermuhasabah terhadap kerja parti bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13.

ii) Penasihat jentera di Galas, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah - masalah akses kepada masyarakat Orang Asli. Sokongan merosot sehingga 13 peratus di enam kawasan Orang Asli.
Manakala majoriti Melayu, PAS kehilangan sehingga 8 peratus, lebih tinggi daripada yang dijangka sebelumnya.


Kenyataan daripada pemimpin-pemimpin BN dilihat agak senada. Semuanya berpendapat sokongan rakyat terhadap BN sudah kembali dan rakyat semakin menerima dasar-dasar yang dianjurkan atau dibawa oleh Kerajaan pada masa ini.

Sungguhpun demikian jenetra BN jangan cepat berpuas hati dengan perkembangan yang berlaku seperti mana jua yang diperkatakan oleh Muhyidin Yasin. PAS sudah tentu tidak akan berdiam diri dengan kemenangan besar yang dikecapi oleh BN. Lebih-lebih lagi apabila mereka turut merasakan PRK kali ini banyak tidak memihak kepada PR berbanding PRK selepas berlaku PRU 12. Negeri-negeri yang berjaya ditakluki sudah tentu akan diperlihara dan usaha akan dilipat gandakan untuk mengekalkan jajahan takluk mereka. Justeru PRU ke 13 merupakan medan peperangan besar dan bukti sebenar sama ada sokongan rakyat kini benar-benar kembali kepada BN.

Keputusan Penuh :-

Linda Tsen (BN-PBS) - 9,773
Yong Teck Lee (SAPP) - 2,031
Ansari Abdullah (PKR) - 3,414
Undi rosak - 372
Majoriti - 6,359

Abdul Aziz (BN-UMNO) - 5,324 undi mengalahkan calon PAS , yang mendapat 4,134 undi.
Dr Zulkefli Mohamad (PAS)- 4,134
Undi Rosak - 132
Majoriti 1,190

Wednesday, November 3, 2010

Tepuk Dada Tanya Minda ???????


Penilaian terhadap seseorang sesuatu yang kompleks. Sukar untuk menterjemahkan isi hati seseorang itu. Kita hanya boleh membaca dan menilai melalui percakapan dan tingkahlakunya. Justeru Anwar atau mana-mana pemimpin UMNO boleh diuji dan ditafsirkan dari pelbagai sudut. Sejarah tidak dilupakan, bagaimana jatuhnya Kerajaan Melaka,kejatuhan umat Islam bukanlah pada ketika jatuhnya Khilafah Uthmaniyyah pada tahun 1924, tetapi sebaliknya perlu dilihat bermula sejak kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka pada tahun 1511. Terdapat pelbagai peristiwa yang berlaku di antara 1511-1924 yang perlu dikaji dan dijadikan rujukan.

Baca seterusnya di Asri minta Anwar bersara, Pakatan perlu jadi pembangkang kualiti dan Asri: Nasihat saya untuk ‘dinosaur politik’ Umno bukan hanya Anwar, Sejarah Yang Di Gelapkan UMNO: Jatuhnya Empayar Melaka kerana pemimpin yang celaka!

Benteng Pertahan Islam dan Orang Melayu


Saya suka membaca ulasan ini dan semua warganegara Malaysia perlu menghayati pandangan ini dan jangan ingat mudah boleh bertindak dengan membelakangkan Perlembagaan Persekutuan yang telah termaktub.

Baca seterusnya di Raja benteng kebal pertahan Islam, hak orang Melayu — Zainul Rijal Abu Bakar

Apakah Sebenarnya???????


Jika difikir-fikir mengapa berlakunya penjimatan subsidi pada waktu ini. Kerajaan tidak takut ke kesannya akan dirasai dalam PRK Galas dan Batu Sapi.

Ini mungkin satu petanda bahawa Kerajaan sememangnya bertindak bukan untuk kepentingan tertentu. Anda setujuUUUUUUU . Lu fikirlah sendiri.....

Pengurangan Subsidi atau Kenaikan harga minyak?????


Rakyat digula-gulakan dengan slogan 'kenaikan harga minyak'. Namun pihak Kerajaan menyatakan 'pengurangan subsidi'. Justeru bantulah rakyat untuk memahami apa yang Kerajaan hendak buat agar impaknya tidak akan dirasai pada PRU ke 13 dan tak mustahil mungkin akan memberi kesan pada undi PRK Batu Sapi dan Galas

OOOO TIDAkKKKKKKK...... Lu fikirlah sendiri

Anda boleh baca:RON 97: 'Tahniah' kerajaan menyusahkan rakyat' , Umno-BN Mahu Jimat Dengan Selamatkan Kroni Tapi Korbankan Rakyat, No more announcements on RON 97 pricing

Hukuman Mandatori.............


Sedih, sebak, pilu, geram, marah semua perasaan bercampur aduk apabila mendengar kemalangan bas sehingga meragut ramai nyawa manusia. Sungguhpun ia satu peristiwa yang tidak diingini atau 'malang tak berbau', namun ia mungkin boleh dielakkan sekiranya semua pihak terbabit akur dengan undang-undang yang sedia termaktub.


Adakalanya pihak-pihak terbabit lebih mementingkan keuntungan daripada nyawa manusia. Justeru langkah-langkah keselamatan tidak diambil kira malah dikerah asalkan boleh saja seperti mana yang berlaku pada pemandu bas yang membawa belia dari Baling Kedah. Beliau mengakui mengendalikan bas sejak lima tahun tanpa mempunyai lesen memandu yang sah. Akhirnya, bak kata perpatah sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua.
Justeru, pihak berkuasa perlu mengenakan hukuman yang lebih ketat dan tegas agar menjadi pengajaran kepada pihak lain seperti mengenakan hukuman mandatori kepada pengusaha bas atau pemandu yang bersalah seperti mana pernah dicadangkan kepada kes pembuangan bayi. Begitu juga pihak berkuasa boleh menyita dan melelong bas-bas pengusaha syarikat agar mereka tidak boleh beroperasi lagi.

Ingatlah, mencegah lebih baik daripada merawat!!!!!!

Sekadar ingin tahu

Sejarah DAP, Kaitan Dengan PAP

DAP adalah anak atau serpihan kepada PAP di Singapura, selatan Persekutuan Tanah Melayu. Lee Kuan Yew yang tidak setuju dengan cubaan Perikatan-UMNO bertanding dalam pilihan raya di Singapura, telah membuka cawangan PAP di Semenanjung Malaysia. Apabila Singapura berpisah dari Malaysia pada 9 Ogos 1965, pendaftaran parti PAP telah dibatalkan pada 9 September 1965, tahun yang sama.

Devan Nair selaku ahli parlimen Bangsar yang ditinggalkan oleh PAP cuba menghidupkan PAP yang baru dengan nama Parti Tindakan Rakyat Malaysia. Tetapi pendaftar pertubuhan menolak penubuhan PAP kerana nama yang sama itu akan mengelirukan orang ramai.

Oleh itu Devan Nair menggunakan nama baru iaitu ‘Parti Tindakan Demokratik’ atau DAP. Pada 3 Mac 1966 Surat dari Pendaftar Pertubuhan menolak penubuhan DAP kerana perlembagaan parti itu tidak selaras dengan undang-undang Pendaftaran Persatuan....... Baca seterusnya ......

Sumber : Malaysia-instinct

Monday, November 1, 2010

Trend Politik Semasa..............


Adalah bertepatan apabila Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-222 di Istana Negara pada 13 dan 14 Oktober 2010 memandang berat berhubung trend politik semasa yang dilihat sedang meniup angin perkauman dan mencabar kedaulatan Perlembagaan Negara yang menyentuh agama Islam, kedudukan Raja-Raja Melayu, orang Melayu dan bahasa Melayu.

Kini seolah-olah negara tidak ada undang-undang yang kebal dapat mengambil tindakan terhadap mana-mana golongan yang mengeluarkan kenyataan yang 'persis' berunsur perkauman. Adakah mereka ini terlalu kebal untuk diambil tindakan????.

Kaum Melayu merasa terancam, begitu juga kaum Cina dan tidak terlepas kaum India kerana gagal untuk memahami Perlembagaan Negara dan kontrak sosial. Apabila mata pelajaran sejarah diumumkan sebagai subjek wajib lulus SPM, terdengarlah suara-suara tidak puas hati dan mempersoalkan tindakan itu.

Jika dilihat pelajar-pelajar sekolah tidak kira mana-mana kaum tidak mengetahui dan tidak ambil kisah dengan 'gong' oleh orang-orang dewasa. Justeru 'bapak-bapak' ini janganlah terlalu beremosi dikhuatiri anak-anak muda ni jadi keliru sape yang betul dan sapa yang salah. Akhirnya mereka ikut kata hati tanpa dibimbing. Oleh sebab itu, tidak mustahillah mengapa media baru kini menjadi pilihan utama anak-anak remaja untuk mendapatkan maklumat. Jika yang disalurkan itu baik, maka baiklah, jika sebaliknya, lu fikirlah sendiri...............

Justeru seruan Majlis Raja-Raja Melayu bukanlah sebagai satu 'omongan' kosong, sebaliknya satu peringatan penting untuk semua bangsa. Selagi kita berpijak di bumi Malaysia patuhilah Perlembagaan Negara yang menjadi tonggak utama negara.