Sunday, March 29, 2009

Pedoman Bersama

Inti pati ucapan terakhir Pak Lah di perhimpunan Agung UMNO

- Mohon maaf atas kelemahan selama lima tahun menerajui parti
- Jamin tidak akan derhaka kepada UMNO
- Beri sokongan padu kepada Datuk Seri Najib Tun Razak
- Tetapkan syarat dan tempoh maksimum memegang jawatan parti
- Gugurkan amalan-amalan yang tidak adil kepada ahli
- Pemimpin rapatkan kembali hubungan dengan akar umbi dan rakyat
- Gilap dan pembaharu rahsia kekuatan lampau parti
- UMNO akan terkubur jika tidak ada transformasi
- Jangan rasis dan ekstremis kepada kaum-kaum lain
- Kikis imej UMNO parti korup
- Enam sumber kekuatan UMNO : Memahami dan menangani masalah Melayu, kerjasama antara kaum, menyelaraskan tuntutan-tuntutan yang bercanggah, menerima perubahan, menyerap tenaga baru dan mencari keseimbangan antara tradisi dan moden
- Lima masalah UMNO : Hubungan pemimpin dengan rakyat renggang, kurang tumpuan terhadap masalah luar bandar, gagal dekati generasi muda, perpecahan sesama ahli dan sifat utamakan kebendaan

Saturday, March 21, 2009

Kerajaan Perpaduan

Hasrat Kerajaan Perpaduan (Unity Goverment) adalah cadangan yang dikemukakan oleh Tengku Razaleigh Hamzah apabila bertemu dengan Tuan Guru Haji Hadi dan beberapa pemimpin lain termasuk di kalangan pemimpin UMNO (Siasah, 15-21 Mac 2009). Namun, dalam kenyataan balas mengenai Kerajaan Perpaduan tidak ada yang memfokuskan cadangan tersebut adalah daripada Tengku Razaleigh tetapi ia lebih menggambarkan Dato’ Seri Haji Hadi yang membawa ‘idea’ tersebut. Realitinya Dato’ Seri Haji Hadi mula mempopularkan cadangan tersebut malah beliau tidak menolak langsung kritikan dan maklum balas daripada pelbagai pihak termasuk di kalangan pemimpin Pakatan Rakyat seolah-olah idea Kerajaan Perpaduan adalah cetusan beliau.

Kerajaan Perpaduan yang diuar-uarkan itu adalah Kerajaan Gabungan antara BN dan PR yang masing-masing adalah Kerajaan dan tiada pembangkang buat seketika. Pendekatan ini diambil ekoran suasana politik yang semakin tegang dan ketidakstabilan ekonomi.

Tengku Razaleigh telah menggariskan beberapa gagasan ke arah pembentukan Kerajaan Perpaduan iaitu menstabilkan Kerajaan Pusat dan Negeri, memberikan ruang kebebasan untuk media, memperteguhkan ekonomi dengan melaksanakan projek yang boleh menggerakkan ekonomi ke arah lebih baik dan membebaskan para cendekiawan di universiti dari kongkongan Akta Universiti dan Kolej (AUKU).
Kerajaan Perpaduan yang disebut oleh Dato’ Seri Haji Hadi Awang tetapi telah dipopularkan sebagai Kerajaan Campuran (Gabungan BN dan Pakatan Rakyat) oleh pemimpin-pemimpin UMNO termasuk Pakatan Rakyat (PR) sebenarnya juga adalah inti pati pergabungan kedua-dua parti. Hakikatnya Kerajaan Perpaduan yang dimaksudkan itu juga adalah satu Kerajaan Campuran yang akan bernaung di bawah satu bumbung untuk memastikan keadilan, kesaksamaan dan titik noktah bagi mencapai satu matlamat untuk mengatasi isu-isu rakyat dan negara. Inilah juga yang dirasai oleh segelintir pemimpin-pemimpin PR dan pemimpin-pemimpin UMNO apabila memberi reaksi terus menolak idea tersebut. Realitinya adalah mustahil untuk dilakukan kerana sejarah pernah menunjukkan pembentukan tersebut amat ‘perit’ seperti mana yang dikatakan oleh Dato’ Nik Aziz Nik Mat malah Tun Dr. Mahathir menyatakan PAS bertindak untuk diri sendiri.

Dewan Pemuda PAS bersetuju dengan hasrat Dato’ Seri Haji Hadi Awang dan Tan Sri Dato’ Muhyiddin Yassin secara peribadi turut menyokong cadangan tersebut demi mengembalikan keamanan dan ketenteraman rakyat. Sebaliknya Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mahukan penjelasan daripada Dato’ Seri Haji Hadi Awang mengenai cadangan tersebut seolah-olah beliau tidak mempunyai keyakinan langsung terhadap pentadbiran yang berasaskan kestabilan dan perpaduan.

Cadangan Dato’ Seri Haji Hadi Awang membawa signifikan dan maksud tersendiri. Bukan usaha ini tidak pernah cuba diusahakan iaitu konsep muqabalah antara PAS dan UMNO. Tetapi agak hairan mengapa PAS sahaja yang begitu beria-ia menunjukkan keikhlasan dan kesungguhan untuk mewujudkan penyatuan dengan UMNO tidak PKR dan DAP. Apakah PAS sebenarnya tidak mampu bekerjasama dengan DAP dan PKR kerana prinsip perjuangan berbeza seperti mana golongan tersebut menyatakan kejatuhan Perak adalah sama dengan idea ‘Pencerahan’ dan ‘Revolusioner’ di Eropah (Malaysiakini-25 Februari 2009 – Hishamuddin Rais). Penulis ini dikatakan adalah pengikut setia Anwar Ibrahim, dan Anwar adalah pemimpin yang ingin menyambung ideanya.

Dipetik kenyataan penulis blog http://pochongmenulis.blogspot.com bahawa “membandingkan idea pencerahan dengan apa yang berlaku di Perak adalah tidak wajar sama sekali, kerana pencerahan di Eropah lebih kepada usaha Martin Luther yang ingin mereformasi agama Kristian setelah berlakunya penyalahgunaan gereja di kalangan golongan bangsawan. Adakah situasi di Malaysia penyalahgunaan agama setara dengan apa yang dialami oleh orang Kristian sewaktu zaman Renaisance, hingga perlu kepada pentafsiran semua kitab Al-Quran ini yang menjadi tanda tanya kita”.
“Soalnya adakah kesemua orang dalam PKR mempunyai pandangan yang sama dengan pandangan penulis tersebut? jika benar maka tidak mustahil sekali lagi para ulama akan diperlekehkan dan kitab Al-Quran akan terpaksa dikaji semula seperti yang dialami oleh agama Kristian sewaktu zaman Renaisance. Adakah sebegitu hina teruk ulama dan kita pada golongan ini, sedangkan dalam Islam para ulama/umara' mempunyai kedudukan yang penting. Begitu juga dengan Al-Quran kekal relevan sepanjang hayat dan tidak perlu pentafsiran semula”.
“Pada saya tidak seharusnya apa yang berlaku di Perak dibandingkan dengan apa yang berlaku di zaman Renaisance Eropah. Tidak adakah lagi contoh yang paling baik dalam dunia Islam untuk diambil contoh? sedangkan sejarah mengatakan Islam terlebih dahulu mencipta Tamadun berbanding dunia barat”.

Ironisnya bagaimanakah Kerajaan Perpaduan yang bakal wujud mampu menyatukan Kabinet di kalangan pemimpin PR dan BN. Adakah tiada jaminan berlaku perebutan kedua-dua pihak?. Yang jelasnya unsur tersebut tetap berlaku. Misalnya di Perak – perebutan jawatan Menteri Besar di Perak (PAS vs DAP) dan Terengganu(UMNO vs UMNO) dan Karpal Singh pula lantang menyuarakan bahawa DSAI tidak layak memimpin PR kerana mempromosi budaya lompat parti dan meminta agar PAS tidak memasang angan-angan untuk menunjangi Pakatan Rakyat kerana khuatir akan menegakkan negara Islam.

Hakikatnya idea Kerajaan Perpaduan masih lagi samar di kalangan pemimpin UMNO dan Pakatan Rakyat sehingga ada pihak yang menggesa Dato’ Seri Haji Hadi Awang untuk memberi penjelasan. Sekiranya

Tuesday, March 17, 2009

Kalau orang Melayu Pun Sokong Macam mana?

Pada 17 Mac 2009, Karpal Singh (Pengerusi DAP) didakwa mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan berhubung ancamannya untuk menyaman Sultan Perak. Macam biasa, Karpal tetap dengan egonya. Karpal berkata "Saya telah menceburi politik selama 40 tahun dan saya juga pernah dihadap ke mahkamah sebelum ini. Ini adalah sebahagian daripada tugas seorang ahli Parlimen untuk bercakap tanpa rasa takut," . baca seterusnya http://anginperubahan.blogspot.com/

Mesti ada sebab musabab

Bapa tak mengaku salah campak bayi hingga mati
Oleh Amin Ridzuan Ishak
aminridzuan@bharian.com.my

GEORGETOWN: Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Syesen di sini, semalam atas tuduhan menyebabkan kematian dan mendera bayinya, Nurul Ain Amirah yang berusia empat bulan, baru-baru ini.Mohamad Nasir Sulaiman, 34, didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di No 100A, Blok D Mukim 12, Kampung Masjid, Sungai Ara, Bayan Lepas dekat sini, jam 9 malam, pada 7 Mac lalu.Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa mencampak Nurul Ain Amirah ke atas tilam sehingga menyebabkan pendarahan pada selaput otak dan mengakibatkan kematiannya.Bagi pertuduhan itu, Mohammad Nasir didakwa mengikut Seksyen 304 (a) Kanun keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan denda jika disabitkan kesalahan.Bagi tuduhan kedua pula, dia didakwa melakukan penderaan dengan memegang kaki di atas dan kepala di bawah ke atas Nurul Ain Amirah pada tarikh, tempat serta masa sama.Dia didakwa mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali.Tertuduh mengangguk faham dan meminta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di depan Hakim Roslan Hamid.Pendakwaan dilakukan Pendakwa Raya, Shariza Ismail, yang memohon mahkamah tidak memberikan ikat jamin ke atas tertuduh berikutan kesalahan dilakukan membabitkan hukuman berat. Bagaimanapun, Mohamad Nasir yang belum melantik peguam merayu kepada mahkamah supaya membenarkan dia diikat jamin.Roslan menetapkan 23 Mac ini untuk sebutan semula kes bagi menentukan sama ada tertuduh boleh diikat jamin atau tidak.

Wednesday, March 11, 2009

Tidak Ada Yang Mustahil

Nilai bajet mini satu kejutan: Guan Eng
KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menyifatkan pakej rangsangan kedua berjumlah RM60 bilion yang diumumkan hari ini sebagai 'satu kejutan' kerana nilainya jauh melebihi jangkaan awal berjumlah RM10 bilion."Nilai pakej ransangan yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak), iaitu RM60 bilion ternyata memberi kejutan kepada kami. Sebelum ini, kita hanya mendengar perkhabaran yang mengatakan nilai pakej berkenaan mungkin hanya RM10 bilion."Saya sendiri secara peribadi pernah menyatakan kepada TPM nilai RM10 bilion seperti khabar angin berkenaan sebagai tidak mencukupi dan ia perlu ditambah lagi bagi mengelakkan negara terjerumus dalam kemelesetan ekonomi," katanya ditemui di lobi Perlimen petang ini.Beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berharap kerajaan mampu menunaikan janji seperti yang diumumkan dalam bejet mini berkenaan demi manfaat rakyat.

Monday, March 9, 2009

generasi akan datang

waduh sedihnye bila wak tengok gelagat-gelagat peserta perhimpunan PPSMI tu. yang banyak dok ikut korum tu golongan muda, anak-anak dan remaja. waduh macam mana generasi akan datang kalau kumpulan itu sudah bertindak sedemikian. Kalu direnungkan anak-anak kecil sudah dibawa ke tempat-tempat camtu, jadi tidak mustahillah bila mereka meningkat remaja seterusnya dewasa itulah budaya yang dibawa. Seharusnya sebagai ibu bapa bawalah anak-anak kita ke tempat yang boleh membina ilmu, mencambah pemikiran bukannya menyempitkan pemikiran. Sebab itulah bila orang kata Melayu ni mundur dan sukar maju, nilah puncanya, bangsa lain dok sibuk mengejar ilmu kita dikejar polis.

wak pun pelik gak, yang mahasiswa dan mahasiswi kita dok jadi pak congok tu pasai apa. dok ikut bontot orang buat demonstrasi tu. sepatutnya mereka ini boleh berfikiran waras, tapi sebaliknya, sanggup turun padang, kononnya menyokong bantahan tersebut. cuba cik-cik dan tuan-tuan kat universiti tu pikiaq, bila nak cari buku mentelaah mesti nak bahasa Melayu, bukannya ape tak faham, bila di alam pekerjaan plak nak deal dengan clien banyak guna bahasa ilmu, bila buat business mesti guna bahasa ilmu, jadi tak bersyukur ke kalau dari awai kita kenalkan bahasa ilmu, akan datang takle menyusahkan.

kesimpulannya generasi sekarang banyak dipergunakan untuk pihak-pihak tertentu. , Mereka mengambil kesempatan di atas perkara ini kononnya memperjuangkan bahasa sebaliknya untuk menarik sokongan terhadap perjuangan politik mereka. Secara logiknya kenapa mesti ada orang politik, kalu diikutkan biarlah orang yang nak pejuangkan bahasa sahaja buat bantahan? satu lagi kenapa dulu masa orang sibuk-sibuk nak tukar nama dengan pelbagai bahasa tak bantah pula, buat demonstrasi dan sebagainya, sebaliknya ambik sikap berdiam diri. kalau tak salah Pak ungku kata ape--- bukan isu penggunaan Bahasa Inggeris dalam Matematik dan sains, isunya ialah sejauhmana nak mantapkan penggunaan Bahasa Inggeris dalam kedua-dua matapelajaran tersebut. So tak reti-reti lagi!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!lu fikirle sendiri!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!