Wednesday, December 24, 2008

Kita Tengok Sape Yang Kena

Karpal minta Anwar jelaskan pendirian mengenai hudud

KUALA LUMPUR: Pengerusi DAP Karpal Singh berkata ketua umum Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu menjelaskan pendirian parti itu mengenai hukum hudud yang ingin dilaksanakan oleh PAS jika pembangkang memerintah negara ini.
Katanya Anwar tidak boleh berdiam diri terhadap kata putus Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat bahawa hukum itu akan tetap dilaksanakan di negara ini.
"PAS akan rugi jika ia berkeras untuk melaksanakan hukum hudud kerana DAP akan menentangnya," kata Karpal dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata PAS tidak boleh mengetepikan keputusan sebulat suara Mahkamah Agung pada 1988 bahawa malaysia bukannya sebuah negara Islam. BERNAMA

Thursday, December 4, 2008

Milik Siapakah Diri Ini???????

Jadilah milikku....................

Zaid dipelawa sertai DAP
Mohd Sabri Said Thu Dec 04, 08 9:01:32 am MYT
PULAU PINANG, 4 Dis (Hrkh)- Setiausaha Agung Parti Tindakan Demokratik (DAP), Lim Guan Eng memberitahu bahawa DAP membuka pintu seluas-luasnya kepada bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Zaid Ibrahim seandainya beliau berminat menyertai parti itu....baca seterusnya http://www.harakahdaily.com
I
Sudi-sudikanlah........................

Pemecatan Zaid sudah dijangka - Nuridah
Saidah Hairan Wed Dec 03, 08 12:33:44 pm MYT
"Pihak Umno memang menunggu saat untuk memecat Zaid, manakala Zaid pula mungkin sudah bersedia untuk dipecat," katanya.
Sehubungan itu, Nuridah mengajak Zaid menyertai PAS kerana PAS tidak pernah berganjak menentang ISA dan akan terus menentang sehingga hukuman rimba itu dimansuhkan. - mns _ http://www.harakahdaily.com

Tuesday, December 2, 2008

Macam Ada Yang Tak Kena Je?????????

Amat-amatilah

PAS ingatkan kerajaan Pakatan Rakyat tunaikan manifesto
Saidah Hairan Mon Dec 01, 08 4:26:23 pm MYT


KUALA LUMPUR, 1 Dis (Hrkh) - Ketua Muslimat PAS Negeri Selangor, Wan Hasrina Wan Hassan menyeru pimpinan Pakatan Rakyat supaya menunaikan manifesto terhadap rakyat sebagaimana yang dijanjikan ketika kempen pilihan raya dahulu.
Jika pimpinan Pakatan Rakyat tidak dapat melaksanakan segala janji dalam manifesto beliau yakin rakyat akan menyamakan kerajaan Pakatan Rakyat dengan Umno-BN.
Ini kerana katanya, selama ini Umno-BN hanya pandai menabur janji terutama dalam setiap kali kempen pilihan raya dengan tujuan memancing undi.
Memandangkan pimpinan Pakatan Rakyat masih baru dan belum sampai setahun mentadbir kerajaan mereka perlu jelaskan kepada rakyat mengapa manifesto tersebut masih belum dapat ditunaikan.
"Rakyat sudah fobia dengan pimpinan Umno-BN, jika pimpinan Pakatan Rakyat menempuh jalan yang sama dengan BN sudah tentu rakyat hilang kepercayaan terhadap kerajaan Pakatan Rakyat," tegasnya.
Beliau berkata, jika dalam setahun kerajaan Pakatan Rakyat masih belum dapat menunaikan manifesto PAS akan menegur dengan memberi pandangan dan kritikan walaupun dalam kerajaan sendiri...selanjutnya di http://www.harakahdaily.net