Friday, September 26, 2008

Jangan ganggu lalu lalang

kebetulan saya ada hal kat masjid jamek tu, bila saya melintas nak ke seberang dalam kul 12.30 camtu, tengok ramai orang, polis pun ada, orang ramai duk bersidai kat stesen STAR tu, saya ingat ada kes kecemasan, rupa-rupanya adalah hamba Allah tu kata 'diaorang bantah pasai ISA'.

Le macam tu ke, dalam hati duk fikir, apele depa ni, ni kan suasana perayaan, bagile orang ramai nak shoping dengan selesa, nak beri tumpuan pada sambutan hari raya, buat ape nak buat bantahan sekarang, kat tenpat orang ramai plak tu, tempat jem pulak tu, masyaallah ganggu orang lalu lalang, ganggu kenderaan nak lalu. terfikir lagi aku kalau tak buat kat tempat orang ramai macam mana nak pengaruh orang, bijak!, bijak!.

hai rakan-rakan fikir-fikirkanlah, soryle tak boleh nak cite panjang nanti kena saman plak, lagipun saya tak ade masa depa mula2 dok buat bantahan

Wednesday, September 24, 2008

Rakyat Perlu Tahu

BADAN SAJA PAS - BAJU KEADILAN

-Azizi Hj Abdullah

Memang muakpun melihat ramai ahli-ahli Pas, terutama kalangan anak-anak muda, apabila berbadan Pas tetapi berbaju Keadilan. Sesekali semacam hendak menyindir betapa aqidah kepartian mereka sangat senang digoncang hinggut oleh pengaruh apa yang dianggap ‘reformasi’. Bagaimanapun maksud sedemikian tidak jadi apabila berpegang kepada seruan pemimpin tentang perlunya menafikan 2/3 BN. Pembangkang perlu disokong.Termasuklah saya pun, selalu tergila-gila menyertai ceramah KeAdilan, menyumbang sesuatu tetapi kerana badan sudah tua, kerja seperti Unit Amal saya tidak lakukan.

Jika mahu mengimbau kembali Pilihanraya Permatang Pauh 26hb Ogos 2008, sebenarnya telah kelihatan ramai ahli-ahli Pas semacam sudah menjadi ahli Keadilan, malah mereka lebih Keadilan dari Pas, mabuk rasa mabuk nama. Mereka seperti Mat Rempit menaiki motosikal dengan baju KeAdilan, lambang dan bendera KeAdilan lalu singgah di markas-markas KeAdilan dan Pas. Lagak mereka, mereka telah merengkuh habis berbakti kepada KeAdilan.Ketika berselisih dengan rakan-rakan (ketika ini sudah tidak ketahuan lagi yang mana Pas yang mana KeAdilan) sangat payah hendak membeza yang mana orang KeAdilan dan yang mana orang Pas. Mereka akan melaung dan menjerit ‘Reformasi’ dan bukan lagi ‘Allahu Akbar.’

Yang lebih mendukacitakan, ketika Pilihanraya ke 12 pada 8 Mac yang lalu, ada ahli-ahli Pas lebih menumpukan kerja buat, gerak amal, mencula undi dan tercongok di Pondok Panas KeAdilan lebih dari Pas, jika kawasannya calon Pas tetapi kawasan sempadannya calon KeAdilan.Yang lebih malang pula apabila seorang YB KeAdilan yang cuba memperjuangkan maruah Islam atas nama sebagai individu Islam, membantah kepada kumpulan yang hendak merosakkan perjalanan undang-undang Islam, lalu Parti KeAdilannya hendak mengambil tindakan, orang-orang Pas ini juga marah-marahkan kepada calon tersebut.Terakhir, dari mulut ke mulut mereka impikan peralihan kuasa melalui KeAdilan (PKR) dan apabila ada pemimpin Pas berceramah, mereka akan merungut dan membeber mulut jika pemimpin Pas mengupas soal Peperangan Kubra atau Nuzul Qur`an dalam kontek politik kini, kerana pemimpin Pas itu tidak mengulas dengan penuh semangat bagaimana peralihan kuasa dan kewibawaan Dato’ Seri Anwar menjadi pemimpin......seterusnya http://aziziabdullah.blogspot.com

Friday, September 19, 2008

Akta-Hasutan -Akta Hubungan Kaum - beri penjelasan

PUTRAJAYA 18 Sept. – Akta Hubungan Kaum akan diwujudkan dalam waktu terdekat dengan matlamat lebih menyeluruh untuk mengukuhkan perpaduan dan kesepakatan antara kaum di negara ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata, skop akta berkenaan lebih meluas berbanding Akta Hasutan sedia ada yang lebih bertujuan mengekang huru-hara dan ancaman ketenteraman awam.

Katanya, akta itu sedang dirangka oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KPKKW).

“Kita akan bawa perkara ini ke Kabinet. Saya fikir idea kewujudan akta ini adalah baik untuk mewujudkan suasana hubungan baik antara kaum berasaskan agama dan budaya yang berbeza-beza.

“Dua kementerian ini boleh bekerjasama dan KPKKW akan berperanan untuk memantapkan perpaduan dalam negara manakala KDN akan memastikan keselamatan dan kesejahteraan terjamin,” kata Syed Hamid selepas menghadiri majlis perhimpunan bulanan kementeriannya di sini hari ini.

Pada majlis itu, kementerian tersebut turut menerima anugerah pensijilan ISO 9001:2000 daripada SIRIM QAS International Sdn. Bhd. serta pensijilan tambahan daripada International Certification Network (QNet) yang diperoleh pada 15 Ogos lalu.

Mengulas lanjut, Syed Hamid berkata, skop pelaksanaan Akta Hubungan Kaum itu lebih terarah untuk membentuk sebuah masyarakat berbilang kaum dengan mengambil kira keadilan dan kesamarataan.

seterusnya http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0919&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm

bukan ape, tengokle nanti ada je orang nak condem............................

yang pasti kita menyokong apa sahaja yang boleh bawa kebaikan pada rakyat. HIDUP MALAYSIAAAAAAA




Macam-macam dah berlaku.............

SAPP dah keluaq BN?

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Dato' Seri Najib dah tukaq portfolio?

Teresa Kok dah dibebaskan dari tahanan ISA?

yang syoknya 16 Septemper tak muncul-muncul?

kita tunggu babak seterusnya yo..yo..yo...yo...

Wednesday, September 17, 2008

Apa Anwar Mahu Sebenarnya

Apa yang Anwar mahukan sebenarnya, beliau dilihat berjaya mencetuskan kerisauan malah kekeliruan terhadap rakyat tentang masa depan politik negara. Sehingga hari ini beliau dan orang-orang kanannya terus mendendangkan 'perubahan Kerajaan pasti berlaku'.

Kenapa tak umumkan lagi sape ahli-ahli Parlimen yang telah berpaling tadah. Sebagai Ahli Parlimen kita perlu bersikap profesional, jangan takut, berdepanlah dengan rakyat, sanggup terima apa saja kemungkinan yang berlaku dan yang pasti berpijaklah di bumi yang nyata kerana rakyat cukup letih dan terseksa dengan mainan politik.

Ya Allah, selamatkanlah Malaysia dari mereka yang mahu merosakkan kesejahteraan dan keamanan rakyat. Amin

Monday, September 15, 2008

Jangan kelirukan Rakyat.......Contohilah sikap ini

Polis harus memberi penjelasan mengenai rasional penahanan wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng, di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kelmarin, kata Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery.
Beliau dipetik Bernama sebagai berkata, adalah lebih baik sekiranya polis dapat memberi penjelasan mengenai penahanan Tan itu, dan bukannya ahli politik yang memberikan pelbagai ulasan mengenainya. “Adalah lebih baik dan sesuai sekiranya polis dapat memberi penjelasan (mengenai perkara itu),” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Karnival Tanglung di ibunegara malam tadi.Beliau mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar semalam bahawa penahanan Tan adalah sebahagian daripada langkah pantas polis bagi memastikan keselamatanya selepas wartawan itu menerima panggilan berbentuk ugutan. Syed Hamid berkata risikan polis mendapati nyawa wartawan itu terancam selepas beliau membuat laporan mengenai kenyataan ketua Umno Bukit Bendera Datuk Ahmad Ismail - yang telah digantung dan dilucutkan jawatannya - yang dikatakan mengandungi kenyataan berbentuk perkauman.
Bagaimanapun Tan dibebaskan oleh Ibu pejabat Polis kontinjen Pulau Pinang pada kira-kira jam 2.30 petang ini. Shabery yang menyuarakan rasa lega dengan pembebasan Tan berkata tindakan itu jelas menggambarkan bahawa penahanan di bawah ISA bukan berbentuk hukuman jangka panjang, dan menambah bahawa ia hanya bertujuan menghalang pihak tertentu daripada membuat kenyataan-kenyataan yang boleh mengancam keselamatan nasional.

Tuesday, September 9, 2008

Macam-macam aje.........

Baru je PM kita nak panggil bersemuka .........

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan memanggil Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail esok bagi mendapatkan penjelasan mengenai kenyataan terbarunya yang mendesak Gerakan keluar daripada Barisan Nasional (BN).
Malah, kata Perdana Menteri, beliau akan membuat pendirian tegas esok berhubung kemelut yang berlaku antara Ahmad dan Pemangku Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon .... (Utusan Malaysia, 9September 2008)

Le Ini Apa Hal Plak............

Gerakan Pulau Pinang mengadakan mesyuarat tergempar ekoran sidang akhbar yang diadakan oleh ketua Umno Bukit Bendera, Dato' Ahmad Ismail di mana seorang pemimpin Umno bertindak mengoyak gambar bekas ketua menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon. (http://www.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2008/9/9/nation/1982094&sec=nation

Dato' tan Lian Hoe dalam Malaysiakini(9 Sept. 08)menyatakan PM mesti memastikan Dato' Ahmad ditahan segera di bawah ISA kerana memainkan isu perkauman.
Katanya, perbuatan Ahmad yang berterusan mengecam masyarakat Cina, menjadi ancaman kepada keselamatan negara.
Beliau bimbang ia boleh mencetuskan rusuhan kaum sepertimana yang berlaku pada 13 Mei 1969.
Beliau juga berkata, ahli-ahli Gerakan kecewa dan marah dengan tindak tanduk penyokong Ahmad semalam yang bertindak mengoyak gambar pemangku Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

Monday, September 8, 2008

Sejarah Tetap Sejarah

Punca 300,000 Cina terkorban

KUALA LUMPUR 7 Sept. - Sebanyak 300,000 orang Cina yang terkorban di negara ini sebelum kemerdekaan 1957 sebenarnya mempertahankan British yang menjajah Tanah Melayu, menurut ahli-ahli sejarah.
Menurut kajian sejarah, 300,000 orang Cina terkorban semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu kerana Jepun dan China berperang sejak tahun 1937 dan pertelingkahan antara dua bangsa itu merebak ke Tanah Melayu.
Profesor Sejarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Datuk Nik Anwar Nik Mahmud berkata, kenyataan Setiausaha Agung MCA, Ong Ka Chuan kononnya 300,000 orang Cina mati mempertahankan negara ini adalah tidak benar, sebaliknya mereka mempertahankan kerajaan British ketika itu.
Katanya, orang Cina yang mati semasa pendudukan Jepun kebanyakannya adalah penyokong Parti Komunis Malaya (PKM) yang telah membuat pakatan dengan British.
"Perlu dijelaskan bahawa matlamat PKM bukan untuk mempertahankan negara ini tetapi untuk menjaga kepentingan dan keselamatan mereka.
"British dan PKM telah membuat perjanjian bahawa orang Cina akan diberikan kerakyatan Tanah Melayu jika mereka membantu menentang Jepun dan tentera Jepun pula membunuh orang Cina kerana mereka dianggap sebagai tali barut British,'' katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Nik Anwar berkata demikian untuk membetulkan kenyataan Ka Chuan yang mendakwa orang Cina di Malaysia mendapat kerakyatan kerana berkorban nyawa mempertahankan negara ini.
Ka Chuan mendakwa, 300,000 orang Cina mati kerana mempertahankan negara ini semasa pendudukan Jepun pada 1940-an.
Pensyarah Pembangunan Sosial Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Dr. Ahmad Atory Hussain berkata, dua fakta sejarah yang tidak boleh diubah ialah orang Cina yang mati semasa pendudukan Jepun berjuang untuk diri sendiri.
"Orang Cina semasa pendudukan Jepun merupakan penduduk Tanah Melayu yang paling banyak diseksa dan dibunuh oleh tentera Jepun.
"Tentera Jepun menganggap orang Cina sebagai tali barut British dan mereka juga dibunuh kerana memberi sumbangan kepada Tanah Besar China semasa peperangan Cina-Jepun," katanya.
Menurut beliau, orang Cina di Tanah Melayu ketika itu kebanyakannya melarikan diri ke hutan dan menyertai PKM yang mempunyai perjanjian dengan British untuk menentang tentera Jepun.
Ahmad Atory menegaskan fakta itu tidak boleh diubah dan sebarang tindakan untuk mengubah sejarah dengan menyatakan 300,000 orang Cina mati mempertahankan negara ini adalah tidak benar sama sekali.
"Jangan buat kenyataan yang menyalahi fakta sejarah. Sejarah tetap sejarah dan tidak boleh diubah," katanya.

Utusan Malaysia

Pilihan Raya Kecil Pulak Ke.......??????


Kemenangan Joseph Kurup di Parlimen Pensiangan dibatalkan
08/09/2008 11:27am

KOTA KINABALU 8 Sept – Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu di sini hari ini mengisytiharkan kemenangan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah, Tan Sri Joseph Kurup yang mewakili Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Pensiangan pada pilihan raya umum 8 Mac lepas batal dan tidak sah. - Bernama

Friday, September 5, 2008

Oh......... Mungkinkah

"Antara 5 Sept – 16 Sept : Klimex Reformasi !


"Jadi jangan tak jadi... orang kampung semua dah tau..."

Rahsia terbongkar akhirnya. Bersiap sedia menghadapi perubahan TOTAL.

Harap semua cekal menghadapinya SEKIRANYA aturcara di bawah menjadi kenyataan.



5 September
Semua komponen parti BN dari Sabah dan Sarawak isytihar keluar dari BN.

6 September
Semua komponen BN diSemenanjung keluar dari BN kecuali MCA dan MIC.

7 September
10 Ahli Parlimen BN umum pindah kerusi Parlimen ke Pakatan Rakyat.

8 September
5 Menteri dan Timbalan Menteri umum letak jawatan.

9 September
Sidang tergempar Parlimen.

10 September
Perdana Menteri mengumumkan perletakan jawatan.

12 september
Sidang tergempar mengusulkan DSAI membentuk ‘Caretaker Government’.

15 September
DSAI mengisytiharkan Pakatan Rakyat sebagai Kerajaan baru.

15 September 9.20 malam
DSAI mengadap DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong.

16 September
DSAI mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri.

http://www.tranungkite.net

Credit to Brader MSK PerakExpress."