Sunday, December 6, 2009

Biar Betol.......

Nik Aziz kata UMNO sedang lemas. MIC dan MCA turut bergelut. Jadi UMNO sedang lemas. le camna ni, Nik aziz tak iktiraf ikatan PAKATAN RAKYAT ke. PKR pun dalam dilema, banyak pemimpin dok lemas, tak buat kerja, DAP pun dok rasa takut, sampai kata 'ketuanan Melayu' menghalang perpaduan. lepas tu PAS pun banyak celaru, Kerajaan perpaduan lah, kes penyelewengan kat PMBK dan macam2 le. kalau tak percaya baca sendiri le http://bicararakyat.blogspot.com/2009/10/isu-isu-selangor-di-bawah-pakatan.html , http://www.anwaraidc.com/2009/11/kisah-penyelewengan-pmbk-tamat-nasib-menantu-tok-guru.html ,http://gomalaysian.blogspot.com/2009/01/hudud-bukan-isu-dap-tapi-karpal-seorang.html , http://dialograkyat.blogspot.com/2009/12/bertikam-lidah-isu-ketuanan-melayu.html

strategi Anwar mengalih perhatian

AnDa SeTuJu DeNgAN KeNyAtAaN InI

Oleh KU SEMAN KU HUSSAIN

penglibatan pemerhati bebas dari Australia memantau perjalanan Pilihan Raya Umum Ke- 13 (PRU13) akan datang.

Anwar sengaja menimbulkan keraguan terhadap sistem pilihan raya di negara ini dengan melontarkan syor yang beliau sendiri menjangka tidak akan dilaksanakan. Tetapi keuntungan politik bagi Anwar bukanlah syor itu dilaksanakan atau tidak. Sebaliknya syor yang diharapkan boleh mencetus kontroversi itu akan mengalih perhatian pelbagai pihak dalam dan luar negara terhadap kes mahkamah yang sedang dilaluinya dan juga pergolakan luar biasa dalam PKR.

Beliau sedang mendepani tuduhan meliwat pembantu peribadinya dan kes ini sudah tentu menjadi menu penting kepada media dalam dan juga di luar negara. Beliau percaya dengan melontarkan syor yang kontroversi, tumpuan kepada kes mahkamah dan pergolakan dalam PKR yang menunjukkan kegagalan kepimpinannya akan dilupakan.

Anwar sebenarnya tidak perlu menjawab atau mengulas pun sebab meminta pemerhati bebas dari Australia. Walaupun alasannya sistem pilihan raya negara ini didakwa tidak demokratik, tetapi ini bukanlah tuduhan baru selepas Anwar dipecat dari kerajaan dan menyertai pembangkang. Jadi, kenapa mempersoalkan demokrasi selepas pembangkang berjaya menguasai lima negeri dalam PRU12 yang lalu? Ini menunjukkan tidak demokratik bukanlah isu sebenar yang mahu diketengahkan ketika kes mahkamah dan kemelut PKR diperkatakan sana sini.seterusnya http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1206&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_06.htm

Friday, November 6, 2009

TePUK DaDA TANya SELEra

Sekolah satu aliran bukan sekali diutarakan. Bila diutarakan adalah suara-suara yang tak puas hati dan menyokong. biasale mana manusia boleh satu kepala, satu suara satu nada. tapi yang penting tujuan dan matlamat. jangan ada kepentingan tertentu.
Suke lah saya dengan pandangan ini. anda baca, anda nilai.......

Polemik sekolah satu aliran UM- 5/11/09

Oleh Dr. Firdaus Abdullah


JIKA belum sedia satu aliran
Sekolah wawasan perkasakanlah dulu
Angkuh dan sombong elok elakkan
Demi keselamatan anak dan cucu


SEORANG pensyarah kanan di sebuah universiti terkemuka berkata, sekolah satu aliran itu sudah pasti akan meningkatkan tahap permuafakatan di kalangan pelajar, tetapi adakah ia dipersetujui oleh penduduk bukan Melayu?

Itulah inti polemik sekolah satu aliran yang tercetus kembali berikutan saranan Profesor Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim yang kemudian bergema pada perbahasan di Dewan Rakyat.

Isu ini telah pun ditimbulkan lebih setengah abad lalu. Ertinya, sebelum merdeka, isu ini telah jadi perdebatan.

Perbezaan pendapat tentang masalah pendidikan pernah hampir melumpuhkan UMNO apabila parti itu diboikot oleh guru-guru Melayu yang menjadi tulang belakangnya pada akhir 1950-an. Begitu juga yang dialami oleh MCA. Penyelesaian dan kesepakatan pelbagai pihak tentang isu-isu pendidikan sebenarnya dirumuskan dalam Penyata Razak (1956) dan disemak serta diperhalusi dalam Penyata Rahman Talib (1960).

Sebenarnya sejak dua tiga tahun lalu, Kay Kim dan beberapa tokoh politik UMNO telah menimbulkan kembali isu sekolah satu aliran ini.

Antaranya, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin pada penghujung tahun 2008. Polemik ini muncul kembali apabila Datuk Mukhriz Mahathir menggesa pelaksanaannya semasa kempen merebut jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO awal tahun ini. Seruan itu disambut positif oleh beberapa tokoh termasuk Kay Kim sendiri dan Ketua Pengarang Berita Publishing Sdn. Bhd, Datuk A. Kadir Jasin.

Sewaktu merasmikan “Seminar Satu Malaysia: Kesinambungan Satu Perjuangan” pada Julai lalu, Menteri Pertahanan yang juga Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berhujah tentang keperluan sistem pendidikan disatu dan dipertemukan pada peringkat lebih tinggi sebagai pra syarat untuk mencapai matlamat 1Malaysia.

Ahmad Zahid merujuk Penyata Pelajaran Razak sebagai “roh penyatuan kepelbagaian” yang wajar dihormati dan dilaksanakan demi mencapai perpaduan kebangsaan.

Saranan dan seruan agar sekolah satu aliran dilaksanakan memang banyak. Dan suara yang menentang juga tidak kurang hebatnya.

Antara yang lantang menentang ialah MCA dan sejak akhir-akhir ini, MIC juga “tumpang sekaki”.

Mereka mendakwa sekolah pelbagai aliran sekarang tidak menghalang usaha mewujudkan perpaduan nasional. Lebih dari itu mereka mahu supaya kebebasan memilih dipertahankan dalam satu masyarakat yang majmuk.

Berdiri kuat di belakang MCA menentang konsep sekolah satu aliran ini ialah Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zhong) dan Gabungan Guru-guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zhong).

Tentu Perdana Menteri sangat mafhum dengan kecenderungan Dong Zhong dan Jiao Zhong yang selalu mengintip apa MCA buat. Pada hemat saya, kerana itulah maka Datuk Seri Najib Tun Razak sangat berhati-hati agar tidak terjebak atau terperangkap dalam “polemik” sekolah aliran.

Kerana itu, mungkin lebih baik jika untuk sementara waktu, konsep Sekolah Wawasan diperkasa dan pelaksanaannya diperluaskan. Untuk masa ini, rasanya itulah yang lebih praktikal.

KeKeliRUAN....????????

Saya tertarik dengan artikel ini. mentafsirkan apa yang tersirat, tidak bermaksud untuk menyakiti mana-mana pihak, namun menzahirkan apa yang sepatutnya dilakukan. Jika tidak agama bakal dijadikan 'bahan pertikaian'. Oh tidak, tentu anda semua tidak merelakan. Akhirnya mudah orang lain memperkotak katikkan Islam yang sememangnya telah dan sedang berlaku. Baca artikel ini


'Krisis' agama rugikan umat 5/11/09

Oleh MOHD. RADZI MOHD. ZIN


MELIHAT kepada apa yang berlaku antara Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan bekas Mufti Negeri Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin, boleh disimpulkan sebagai isu yang amat membimbangkan.

Sebabnya, polemik ini menambah sengsara umat Islam atau pun orang Melayu. Episod Melayu berpecah akibat perbezaan fahaman politik belum pun selesai, kini kita berhadapan dengan 'krisis' dalam bab agama.

Entahlah, apa lagi yang boleh menjadi 'payung' kepada umat Islam, kalau dalam bab agama yang suci ini pun kita bercelaru.

Dalam hal ini, yang pastinya gawat dan keliru adalah orang awam. Demikian juga golongan yang sedang 'mencari' agama melalui pengajian bukan secara formal di masjid, surau dan sebagainya.

Apa pun isunya, kegawatan ini perlu segera diselesaikan agar umat Islam tidak keliru sehingga membawa kepada perpecahan dan menjadikan umat Islam makin lemah.

Ingatlah firman Allah SWT: "Taatlah kamu kepada Allah dan Rasulnya dan janganlah kamu berbantah-bantahan, kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati, sesungguhnya Allah berserta orang yang sabar." (al-Anfaal: 46).

Pada masa yang sama, kita harus berlaku adil kepada JAIS dalam penguatkuasaan tauliah kepada penceramah agama di Selangor.

Yang pasti, tauliah itu berniat baik. Ia bagi memastikan penceramah berlandaskan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) dan bersandarkan kepada mazhab Imam Syafie.

Ini bertepatan dengan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 20 Mac 1996, Sidang Majlis Keselamatan Negara pada 17 Oktober 1996 dan mesyuarat Jawatankuasa Kemajuan Hal Ehwal Islam Malaysia Ke 27 pada 24 Jun 1997. Kesemua itu memutuskan bahawa hanya akidah ASWJ menjadi pegangan umat Islam di Malaysia. Mana-mana ajaran yang bercanggah dengan fahaman dan amalan ASWJ dilarang dan disekat penyebarannya.

ASWJ berpegang kepada empat sumber utama hukum dalam Islam iaitu al-Quran, sunnah, ijmak ulama dan qias. Pegangan tauhid di atas jalan Imam Abu Hassan al-Asyaari atau disebut fahaman al-Asya'irah.

Walaupun mazhab utama yang diamalkan adalah mengikut Imam Syafie tetapi penggunaan mazhab lain seperti Imam Hambali, Hanafi dan Maliki turut dibenarkan dalam keadaan tertentu.

Ini terkandung dalam Perkara 54 qaul muktamad yang diikuti dalam mengeluarkan fatwa dalam Undang-undang Negeri Selangor, Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Selangor) 2003.

Dalam mengeluarkan apa-apa fatwa di bawah Seksyen 48 atau memperakukan apa-apa pendapat di bawah Seksyen 53, Jawatankuasa Fatwa hendaklah pada lazimnya mengikut qaul muktamad Mazhab Shafie.

Bagaimanapun, jika berpendapat dengan mengikut qaul muktamad Mazhab Syafie suatu keadaan yang berlawanan dengan kepentingan awam akan terhasil, Jawatankuasa Fatwa boleh mengikut qaul muktamad Mazhab Hanafi, Maliki atau Hanbali.

Perkara berkaitan tauliah ini pula adalah di bawah perkenan Duli Yang Mulia Sultan sebagai Ketua Agama atau ulil amri negeri masing-masing. Dengan kata lain, mematuhi arahan tersebut juga bermakna kita mematuhi arahan pemerintah.

Dalam aspek yang lain, kita juga tidak mahu tradisi menuntut ilmu agama secara informal ini terbantut akibat 'krisis' yang berlaku ini.

Semenangnya, pengajian agama di Malaysia terutama di bandar-bandar utama seperti Kuala Lumpur kini semakin mendapat perhatian umat Islam.

Kuliah-kuliah sama ada pada waktu zuhur, maghrib, duha dan subuh Ahad sentiasa dipenuhi oleh para jemaah yang dahagakan ilmu.

Di sinilah pentingnya penceramah yang bertauliah supaya ilmu yang disampaikan itu bertepatan dan tidak bercanggah dengan ASWJ dan mazhab Syafie yang dominan di negara kita.

Kebimbangan paling besar adalah jika berlaku penyelewengan akidah terutama di kalangan mereka yang bergelar 'ustaz dan ustazah'. Sebabnya, penyelewengan oleh golongan 'agama' lebih buruk kesannya terhadap akidah dan amalan masyarakat berbanding kerosakan yang berlaku jika ia disampaikan oleh golongan bukan agamawan.

Pada masa yang sama, sebahagian besar jemaah yang mengikuti kuliah di masjid dan surau adalah orang awam. Justeru adalah penting memastikan kuliah tersebut mematuhi ASWJ terutama dalam membicarakan hal berkaitan ilmu tauhid.

Sehubungan itu, ada baiknya diadakan muzakarah atau seminar bagi menjelaskan kepada masyarakat awam di negara kita apakah itu fahaman ASWJ dan bentuk fahaman lain yang perlu ditolak.

Jangan dibiarkan masyarakat awam terus tertanya-tanya dan keliru apakah ajaran Islam sebenarnya yang perlu mereka ikuti.

Negara mempunyai ramai ulama dan cendekiawan Islam yang mampu merungkaikan permasalahan ini supaya isu ini tidak lagi menjadi barah dalam masyarakat.

Kita tidak mahu hanya gah pada bilangan atau kuantiti umat Islam sahaja tetapi tidak ada kualiti. Lihatlah apa yang berlaku kepada umat Islam di Palestin yang diganyang oleh zionis tetapi kita hanya mampu 'memandang'.

Jumlah umat Islam yang berbilion di seluruh dunia tidak cukup menggerunkan musuh-musuh Islam. Inilah yang digambarkan melalui hadis Nabi SAW: "Hampir tiba masanya kamu akan diserbu oleh bangsa-bangsa lain, sebagaimana orang-orang lapar mengadap hidangan di dalam jamuan". Sahabat bertanya, "apakah semua itu berlaku disebabkan oleh jumlah kami yang sedikit?"

Rasulullah SAW menjawab: "Bahkan ketika itu jumlah kamu amat ramai, tetapi ramainya kamu tidak lebih dari seumpama buih di permukaan banjir. Allah akan mencabut dari hati musuh-musuh kamu rasa gerun mereka terhadap dirimu, dan dimasukkan ke hatimu penyakit al-wahan". Seorang sahabat bertanya, "Ya Rasulullah, apakah al-wahan itu?" Jawab Rasulullah SAW: "Al-wahan ialah cinta dunia dan takut menghadapi maut." (riwayat Abu Daud daripada Sauban).

PENULIS ialah Pengarang Agama Utusan Malaysia.

Wednesday, November 4, 2009

Dr. Asri Ditahan??????

Ini hanyalah satu pandangan peribadi. Penangkapan Dr. Mohd. Asri mengundang pelbagai telahan kerana ramai yang terkejut dan tidak percaya seorang tokoh agama, malah bekas Mufti ditahan kerana menyebarkan ilmu agama tanpa tauliah. Dalam hal ini, YAB Perdana Menteri melahirkan rasa terkejut dan menegaskan tidak ada kena mengena dengan perkara tersebut. Manakala Pengarah JAIS menegaskan beliau tidak mendapat surat tauliah dari Selangor seperti mana yang diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri.

Dato’ Hassan Ali yang bertanggungjawab sebagai Exco agama dilihat mengambil sikap berdiam diri. Berbeza dengan Dato’ Nik Aziz yang begitu lantang mengkritik JAIS bertindak demikian. Sementara itu, Persatuan Peguam Syarie Malaysia bersama 12 NGO lain menghantar memorandum kepada Yang DiPertua Agong menolak pelantikan Dr. Asri sebagai Yang DiPertua YADIM. Bekas Yang Dipertua YADIM pula didakwa melakukan pnyelewengan kuasa setelah pelantikan Dr. Asri dipertikaikan. Banyak persoalan yang belum terungkai dari perkembangan ini.

Timbul persoalan mengapakah Dr. Asri ditolak sebagai Yang DiPertua YADIM. Mengapa kini Dr. Asri di tangkap kerana memberi ceramah tanpa tauliah dan sijil agama beliau pula dipertikaikan dan didakwa membawa fahaman Wahabi. Adakah ia bertujuan mahu memburukkan Dr. Asri bagi menjadikan satu alasan munasabah beliau tidak boleh dilantik sebagai yang Dipertua YADIM, menonjolkan ketidakupayaan Menteri Besar Selangor di bawah kepimpinan parti Campuran (DAP-PKR-PAS) yang dilihat semakin kucar kacir ekoran pelbagai masalah dalaman parti dan pentadbiran negeri ataupun untuk menyembunyikan penyelewengan yang sememangnya sedang berlaku dalam YADIM seperti yang diperkatakan Dr. Asri.

Oleh itu, banyak persoalan yang tidak mampu dijawab kerana sebarang tindakan adalah untuk menjadi sebab mengapa sesuatu itu ditolak dan sebagainya. Oleh itu, keadaan ini perlu diperbetulkan bagi menjaga imej mana-mana tokoh agama yang sememangnya disegani dan mengelakkan orang ramai tidak memandang serong terhadap golongan agama. Akhirnya akan timbul sindrom ’orang agama pun tak boleh dipercayai’. Kalau inilah yang berlaku kelak, tidak dapat dibayangkan bagaimanakah perjalanan hidup dapat dilalui tanpa panduan dan pedoman agama.

Sunday, October 25, 2009

Bajet Rakyat

Konsep 1Malaysia di mana Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan merupakan garis panduan yang digunakan oleh YAB Perdana Menteri semasa membentangkan bajet 2010 pada 23 Oktober 2009. Tiada projek mega yang diuar-uarkan sebaliknya lebih kepada untuk meningkatkan ekonomi rakyat dan negara. Sewajarnya rakyat Malaysia menghargai dan mengecapi apa yang dirangsangkan oleh negara, jgn kita jadi insan yang mudah lupa dan kacang lupakan kulit. Namun masih ada juga yang tak puas hati. Baca seterusnya dihttp://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=22958&Itemid=1

Thursday, September 3, 2009

Usaha Menjatuhkan Imej BN

Kini laman blog telah dijadikan oleh kumpulan pro - pembangkang sebagai medium untuk memperkukuhkan kedudukan mereka sekaligus mencapai hasrat untuk melumpuhkan BN dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke13 seperti mana yang diuar-uarkan. Sungguhpun adakalanya ia berbentuk provokasi namun ia dilihat amat memberi kesan kepada golongan yang mudah terpengaruh apatah lagi jika cuba membandingkan dengan perkembangan semasa. Akhirnya mereka terpengaruh dan akan menyebarkan kepada pengikut. Dalam hal ini adakah BN tidak mampu untuk berbuat apa-apa atau terpaksa berdepan dengan keadaan ini ataupun terus mengekalkan kegemilangan melalui pendekatan dan pembaharuan untuk menyuntik hati rakyat menjelang PRU ke-13.

Berikut antara kenyataan dan pelaporan yang berbentuk provokasi. Dengan perkembangan politik yang kurang baik, pihak pro- pembangkang dilihat cuba mengambil kesempatan untuk mencetuskan ketakutan, kebimbangan, keresahan dan boleh dikatakan membuat rakyat tertanya-tanya apakah kesudahan kepimpinan negara pada masa ini.

i) http://mutaligat.blogspot.com, ’BN Lumpuh’?
ii) http://kraiutara.blogspot.com, ’Sabtu ini Igauan Ngeri Buat Bro Najib? , 600 anggota parti komponen B N di Perak akan sertai PKR’.
iii) http://payahsungguh.blogspot.com, ’Era Najib Altantunya : UMNO Makin
Parah,Parti Komponen Lari Malam’
iv) http://siyasahsyariyah.blogspot.com, ’600 Ahli MCA, UMNO, MIC & PPP Masuk
PKR’
v) http://malaysiaberih.blogspot.com, ’Zamri lawan Nizar:600 anggota BN Perak
sertai PKR’
vi) http://perakkume.blogspot.com, Selamat Tinggal Umno Terengganu...?
vii) http://chegubard.blogspot.com, ’Kapal Selkam punca kematian Altantuya sudah
sampai’
viii) http://kedaikopitepimasjid.blogspot.com, 1 Malaysia : KD Altantuya membuka
tirai sejarah
ix) http://anaksengat.blogspot.com, 1 Malaysia :Retorik Menyatukan Rakyat,
Tetapi Bn Sendiri Semakin Berpecah – Pesuruhjaya Pas Perak
x) http://muslioli.blogspot.com, Dimana Silap Najib?
xi) http://kafesantai.blogspot.com, Krisis BN Terengganu: Muhyiddin Turun Ke
Hulu Terengganu Hari Ini
xii) http://ahlifikir2.blogspot.com, Ketakutan Menyelubungi Be End....SPR
Bijak...Tapi...Akibatnya...Lagi Parah..
xiii) http://idrisahmad.wordpress.com, Dun Kota Siputeh: Keputusan SPR Bercanggah
Dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Kedah
xiv) http://suwaritimur.blogspot.com, 1 Malaysia :Retorik Menyatukan Rakyat,
Tetapi BN Sendiri Semakin Berpecah – Pesuruhjaya Pas Perak

Ini antara kenyataan yang dikenal pasti, cuba bayangkan sekiranya setiap hari kenyataan-kenyataan berbentuk sedemikian disebarkan, apakah media arus perdana masih mampu menandingi medium tersebut. Renungkanlah…….

*** Ini hanya pandangan peribadi, so fikir-fikirkanlah

Monday, August 31, 2009

Budaya Lompat Parti?

Kononnya 7 orang ahli MCA akan lompat parti. Salah seorang dikatakan anak Chua Soi Lek.

Merdeka!Merdeka!Merdeka!

31 Ogos yang disambut dalam bulan Ramadhan sungguh bermakna bagi semua kaum di Malaysia. Konsep 1 Malaysia yang kini dilaungkan, wajar terus disemarakkan. Namun adakah negara kita akan merdeka daripada jenayah, dengki kianat, tuduh menuduh, pergolakan perdebatan, kekacauan dan sebagainya. Alangkah bahagianya sekiranya masing-masing memainkan peranan tanpa menganggu gugat ketenteraman awam. Sudah tentu apa yang mahu dicapai dan digarapkan dalam Malaysia terlaksana dengan jayanya.

Di luar sana, semua rakyat hanya inginkan kesejahteraan, ketenteraman dan kedamaian. Pergolakan sama sekali ditolak kerana itu hanya menggugat kehidupan. Oleh sebab itu, konsep Rakyat DIdahulukan Pencapaian Diutamakan menjadi nadi dan tunggak negara.

Wednesday, August 19, 2009

Kutuk Mengutuk Budaya Sape tu?........

Bulan pose nak dekat tapi kutuk mengutuk terus berlanjutan. Apakah ini adab dan tata cara hidup yang mahu dipaparkan dalam masyarakat. Sebagai pemimpin yang melaungkan Islam sebagai panduan hidup sudah tahu mengetahui secara mendalam hukum hakam umpat mengumpat, kutuk mengutuk dan fitnah.http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=022164&Itemid=1

Saturday, August 1, 2009

Pertahankan ISA atau Hapuskan ISA

ISA telah ditentang hebat oleh pihak pembangkang sehingga mahu mengadakan perhimpunan pada 1 Ogos 2009. secara rasional kita fikir kalaulah ISA tak ada, alamak berlambakle demonstrasi, tunjuk perasaan, pergaduhan, fitnah, adu domba berlegar-legar dalam masyarakat. Akhirnya yang susah rakyat juga. Jadi macam mana nak kata mansuh ISA tu dapat menjamin kesejahteraan rakyat.

Kesimpulannya mereka yanng ditahan dalam ISA adalah yang memberi ancaman kepada negara dan masyarakat. Kalau tak beri ancaman bolehlah lepas. So kenapa beria-ia nak manush ISA. lagipun PM dah kata akan kaji ISA. Bagilah cadangan dan idea yang bernas. bukannya buat perhimpunan haram

So anda boleh buat kesimpulan kan.......beria-ia benar golongan tersebut buat perhimpunan

Satu Lagi Pilihan Raya Menyusul



Kematian ADUN Permatang Pasir, Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman akibat sakit jantung di IJN telah membawa satu lagi Pilihan Raya Kecil.

Perdana Menteri mengumumkan bahawa BN akan meletakkan calon. Menurutnya, pendirian parti adalah jelas iaitu sekiranya sesuatu kerusi itu kosong kerana sesuatu sebab yang berkaitan dengan keperluan Perlembagaan, maka UMNO dan BN akan bertanding.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijangka mengumumkan tarikh penamaan calon dan pengundian bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir selewat-lewatnya 10 Ogos 2009.

Walaupun gelanggang belum dibuka, PAS melahirkan rasa yakin mampu mempertahankan kerusi DUN Permatang Pasir.

Friday, July 10, 2009

Semua serba tak kena

Menteri Pelajaran yang juga Timbalan Perdana Menteri telah mengumumkan pemansuhan PPSMI yang dikuatkuasakan pada 2012. Namun masih lagi mendengar rasa tidak puas hati beberapa pihak termasuk Sasterawan Negara, Dato' A. Samad Said yang menganggap KERAJAAN HANYA MENANGGUHKAN PEMANSUHAN DASAR PENGAJARAN DAN PENGAJIAN SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS (PPSMI) BUKAN MEMANSUHKAN TERUS. (Harakahdaily, 9 Julai 2009).

Itulah betul juga kata orang tua-tua ye, bagi betis nak paha. bukan senangkan sesuatu dasar mahu dilaksanakan atau dibubarkan, banyak perkara yang hendak dibuat. macamlah bila kita bercerai, bukan senang mahu diselesaikan. hak penjagaan anaklah, pembahagian harta sepencarian lah, nafkah anak dan isterilah. semuanya ambik masa. kadang-kadang tu, meleret punya lama, sebab salah seorang tidak memberi kerjasama. So tempoh tiga tahun tu bukannya lama, pejam celik, pejam celik sampailah masanya.

Dengan itu, janganlah kita cuba menjadi hero, kadangkala heroin pun menyampah kalau asyik nak menonjol, bukan apa, takut dikebas orang. tapi yang syoknya orang kata apa, aku pun nak gak mamat tu...... ada gaya dan stail. dah berebut plak. macam tulah kalau nak glamour, kalau kita dulu terkenal, tiba-tiba rangking dah turun, tentu kita nak cari sesuatu yang boleh menggahkan. bukan saya kata, tapi sape MAKAN CILI DIA RASA PEDAS

Friday, June 12, 2009

Siapa Yang MeMpermainkan Mandat Rakyat????

Lagi p'raya kecil? ADUN DAP serah surat letak jawatan
Athi Veerangan | Jun 11, 09 5:37pm


Rakyat Malaysia yang tidak habis-habis berdepan dengan pilihanraya kecil, mungkin menyaksikan satu lagi - kali ini DUN Jawi di Pulau Pinang.

ADUN DAP, Tan Beng Huat telah menyerahkan surat perletakan jawatannya tanpa tarikh kepada pucuk pimpinan parti itu.

Dalam surat itu, beliau berkata akan mengosongkan kerusinya jika didapati bersalah dalam siasatan rasuah terhadapnya sekarang.

Surat Tan (Kiri sekali) itu telah mencetuskan khabar angin bahawa satu lagi pilihanraya kecil akan diadakan di Pulau Pinang, selepas pilihanraya kecil di Penanti pada 31 Mei lalu.

baca seterusnya http://www.malaysiakini.com/news/106297

Monday, May 25, 2009

Benar Apa Yang Dikata

Saya menyokong penuh dengan kata-kata Perdana Menteri yang mengingatkan rakyatnya supaya tidak menyalahgunakan konsep 1Malaysia untuk mendesak kerajaan memenuhi pelbagai tuntutan keterlaluan dan tidak munasabah. Beliau berkata demikian semasa sambutan Minggu Perpaduan 2009 Peringkat Kebangsaan di IOI Mall Puchong pada 23 Mei 2009.

Sebaliknya, Perdana Menteri berharap gagasan yang diperkenalkannya itu dapat menjurus kepada perpaduan yang lebih kental dan mampu membawa penghayatannya ke tahap lebih tinggi.

Begitu besar harapan pemimpin utama kita yang mahu melihat kesejahteraan semua kaum di Malaysia, namun agak malang apabila terdapat segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab menuntut pelbagai hak,walhal tuntutan-tuntutan tersebut amat melampau dan tidak munasabah

baca seterusnya di http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/Nasional/20090524231939/Article

Sunday, May 24, 2009

Hayati Bersama

Hak rakyat terus terpelihara

Oleh YUSRI SAHAT
dan ZAMZURINA AHMAD




PEKAN 23 Mei – Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan, konsep ‘Satu Malaysia’ tidak seharusnya disalahertikan kerana ia masih berlandaskan kepada perlembagaan dengan memastikan hak-hak keistimewaan orang Melayu terus terpelihara.

Tegas Perdana Menteri, gagasan tersebut adalah selari dengan perlembagaan apabila hak-hak kaum lain terus terbela dan dihormati.

‘‘Konsep Satu Malaysia bukan bererti ia tidak berpaksi mengikut perlembagaan kerana ia bertujuan menyatupadukan rakyat menjadi satu bangsa Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan ke-15 Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia (PPKM) cawangan Pahang di Dewan Majlis Daerah Pekan (MDP) di sini hari ini.

Najib menjelaskan, gagasan tersebut bagi memastikan tiada rakyat negara ini terpinggir daripada arus pembangunan.

‘‘Setiap rakyat sama ada daripada kelompok yang kecil atau besar tidak akan terpinggir, sebaliknya mereka akan diberi bantuan secara sama rata,” katanya.

Gagasan itu, jelas beliau, bagi menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang kuat apabila rakyatnya yang berbilang kaum hidup bersatu padu sebagai satu bangsa.

‘‘Kita mahu menyatukan rakyat bagi melahirkan satu bangsa dan satu impian sekali gus menjadikan negara ini kuat dan dihormati di peringkat antarabangsa,” katanya.

Dalam pada itu, Najib berkata, ‘senjata’ paling kuat untuk memperkukuh dan menstabilkan kerajaan ialah dengan memenangi hati rakyat.

Usaha memenangi hati rakyat itu, jelas beliau, telah diamalkan sejak negara diancam gerakan pengganas komunis pada era pascamerdeka dahulu.

‘‘Pada era demokrasi moden ini, ‘senjata’ itu terus digunakan dengan memenangi hati rakyat bagi memperkukuh dan menstabilkan kerajaan,” jelasnya.

sumber - Utusan Malaysia online , 24 Mei 2009

Saturday, May 23, 2009

Sahut Cadangan Akta Baru

Saya menyambut baik kenyataan Menteri Penerangan Komunikasi Dan Kebudayaan untuk mewujudkan Akta Multimedia Tandatangan. Ia bertujuan untuk menangani masalah penyebaran maklumat palsu serta menyalahi undang-undang yang disiarkan melalui media dan komunikasi Internet. (Utusan Malaysia, 22 Mei2009, m/s 5)

Bagi saya, Akta tersebut amat perlu bagi mengekang penularan artikel yang merosakkan pemikiran rakyat seperti bersifat menghasut, menghentam dan menghina mana-mana pihak. Tanpa Akta sedemikian, golongan tersebut bebas mengukirkan ayat-ayat yang merosakkan yang kini bebas disiarkan di web, blog, telefon bimbit dan sebagainya.Ia jelas telah merosakkan minda dan pemikiran masyarakat yang buta kebenaran.

Bukanlah bersifat anti kepada pencetus-pencetus idea dan luahan perasaan, namun biarlah cetusan itu membina pemikiran, bermanfaat dan membantu memartabatkan bangsa dan negara dan bukan untuk kepentingan mana-mana pihak.

Akta tersebut bukan satu slogan tetapi satu mekanisme untuk membantu masyarakat agar lebih bertanggungjawab dan beretika dalam menzahirkan pandangan, ungkapan dan kenyataan.

Wednesday, May 20, 2009

Menarik Untuk Dibaca.....

Media tradisional lawan media baru: Siapa kalah?

ZAINI HASSAN
khir69@yahoo.com.my

MINGGU lalu saya menulis mengenai kuasa media melalui estet keempat - the fourth estate - dalam struktur pemerintahan negara. Saya menulis, media ialah kuasa. Estet keempat itu berada dalam doktrin kekuasaan bersama-sama estet pertama, eksekutif (perdana menteri dan menteri-menteri); estet kedua, legislatif (Dewan Rakyat, Dewan Negara dan DUN); dan estet ketiga, judisial (badan kehakiman).

Hanya orang yang bijak sahaja yang akan menghargai peranan media - tidak kiralah sama ada media itu menyebelahi dirinya atau pun tidak. Pas, dalam tahun-tahun 80-an dulu paling gemar membakar akhbar Utusan Malaysia apabila tidak bersetuju dengan tulisan akhbar itu. Sambil membakar mereka akan menjerit-jerit dan memaki hamun akhbar yang diasaskan pada 1939 itu. Itu dulu. Pas dan para pemimpinnya kini sudah mula membaca Utusan Malaysia kembali. DAP pula memboikot akhbar itu sampai ke hari ini apabila ia cuba mempersoalkan dasar parti itu, terutama ke atas orang-orang Melayu. (Nota: Yang lucunya para pemimpin DAP tetap membaca Utusan Malaysia secara senyap-senyap. Untuk rekod, Ahli Parlimen Kepong, Dr. Tan Seng Giaw masih baca akhbar jawi terbitan Kumpulan Utusan).

Hari ini, mereka tidak lagi membakar akhbar. Membakar akhbar adalah perbuatan kuno. Mereka kini menggunakan laman-laman blog melancarkan perang saraf ke atas akhbar-akhbar arus perdana (MSM). Istilah MSM dipopularkan oleh laman-laman blog yang rata-rata antikerajaan bagi mengapi-apikan masyarakat supaya memboikot MSM.

Seperti juga taktik parti pembangkang, matlamat mereka ialah untuk mengalihkan perhatian orang ramai daripada MSM kepada medium baru mereka itu. Mereka mahukan perhatian. Perhatian ialah kuasa. Ramai golongan muda yang terpengaruh, sudah termakan dengan taktik itu.

Kolum saya minggu lalu itu bertajuk Media tradisional lawan media baru: Siapa kalah? telah dipetik oleh laman blog The Malaysian Insider dalam ruangan Breaking Views. Kerana ia adalah laman maya, maka adalah orang yang menghantar secara pantas komen mengenai tulisan itu.

Baca dan renunglah antara komen-komen itu (nota: ejaan, bahasa dan mutu tulisan tidak diubah):

- "written by Abdul Said, May 13, 2009:

Sungguh memberangsangkan dan aku sudah lama tidak membeli akhbar arus perdana yang telah lama dibawa arus."

- "written by Mat Bodek, May 13, 2009:

Anjing Kurap umNo menyalak... woof! woof!"

- "written by harun, May 13, 2009

bagusla utusan dah sedar. bahawa dlm dunia media ni selain dari tulisan2 korg yg memutar belit fakta dan bersikap berat sebelah, masih ada media2 lain yg mampu memberi pandangan sebenar, paling kurang pon menyamai dengan persepsi masyarakat. jadi sebelom berkubur baiklah utusan berubah, tukarlah peraturan sape2 nk jd ketua editor kene sain borang keahlian umno, tulisan2 tu kritikal la sket terhdap kerajaan, kalau x, sile lah gali lubang kubur sendiri."

- "written by Nina Wansem, May 13, 2009

Akhirnya sedar jugak Utusan Malaysia ni ye.. Ingat kan dah buta hati.. Pekak dan tuli..

Anyway.. Aku pun tak ingin nak beli your newspaper.. Even when i saw someone old.. really old.. read your paper.. I feel sorry for them.. Not knowing the truth...

Kalau aku beli nasi lemak pun yang bungkus with Utusan Malaysia or Berita Harian - i will tell them I just wrap it in a plastic... No need newspaper.. Am so utterly disgust..."

- "written by amoker, May 13, 2009

he wanted to put an academic justice in his article but obviously he is just another BN dog that is doing exactly what his master wants . The mass media in malaysia just does not get it. It is not about agresiveness, evil twists of the new media. It is because the mainstream media have lost is legitimacy. Who wants to watch RTM, bernama or TV3 on Perak? The newspapers are showing BN as angels and Pakatan as devils. We just watch a simple, non edited video clip and have a different perspective ... that the mainsteam media was spinning again. Without credibility, there is no power. So, his article of blaming the new media is running away from the core issue ... that mainstream media have credibility issue. People (like me) have stop buying and watching with confidence. That is the real death."

Daripada komen-komen itu kita tahu menilai siapa mereka ini. Mereka ialah golongan muda yang menjauhkan diri daripada media arus perdana atas banyak faktor. Pertama ialah kerana mereka terlepas untuk menjiwai peranan sebenar media arus perdana akibat kemunculan mendadak medium blog sekitar beberapa tahun ini.

Jika dulu kita akan melalui proses bacaan media ringan (akhbar tabloid) di peringkat sekolah dan kolej; kepada bacaan berat (akhbar arus perdana) di peringkat pascasekolah dan kolej - kini tahap ini telah diambil alih oleh medium blog (dengan terlalu cepat).

"Golongan muda yang obses dengan media baru ini akan menjadi terlalu taksub dengan medium itu. Mereka yang terdedah secara luas kepada media baru ini akan menjadi opinion leader kepada kumpulan-kumpulan mereka pula dan keadaan ini akan bercambah dan bercambah…,'' kata Dr. Rahmat Ghazali, doktoran falsafah menerusi kajiannya mengenai kewartawanan dalam talian.

Kebanyakannya adalah disebabkan kemunculan blog-blog antikerajaan yang terlalu sensasi dan mengujakan. Tulisan-tulisan menarik yang tidak dikawal oleh undang-undang telah menyebabkan pembaca obses, taksub dan mempercayai 100 peratus apa yang mereka baca dan lihat tanpa mereka sendiri sedari.

"Hasil kajian dalam Malaysiakini, Harakah Online dan laman-laman blog yang lain, 99 peratus kandungannya terdiri daripada soal politik. Ia ditulis secara sensasi dan terlalu tebal dengan sifat antikerajaan. Lama-kelamaan golongan ini akan taksub dan obses dengan apa yang mereka baca,'' kata pensyarah Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, UiTM itu.

Apabila sudah terpengaruh dan taksub, mereka akan melihat sesiapa yang tidak bersetuju dengan mereka sebagai musuh. "Itulah yang berlaku sekarang. Budaya blog ini sudah menguasai fizikal dan mental golongan itu. Jika kita tidak bertindak seperti apa yang dilakukan oleh Singapura, China atau Arab Saudi, kita bimbang mereka ini akan bertindak lebih daripada itu,'' katanya merujuk kepada budaya anakisme (memberontak dan merusuh).

Beliau berpendapat, tidak salah untuk mendapatkan jutaan maklumat dari sumber tidak bertapis itu, tetapi "apakah keupayaan minda kita sudah bersedia untuk menapisnya sendiri?"

Seperti yang saya katakan di permulaan tulisan ini, kita tidak sepatutnya memboikot mana-mana medium komunikasi ini, namun ia haruslah diterima secara berhemah dan matang. Masyarakat kini bukan seperti masyarakat Barat atau di Amerika Syarikat yang mempunyai tahap pemikiran yang tinggi.

Ketidaktentuan yang berlaku sekarang adalah disebabkan kerana "nafsu kita yang terlalu gelojoh mahu menerima perkara baru, tapi pemikiran kita belum bersedia, akibatnya kita begitu mudah dieksploitasi,'' jelas Dr. Rahmat.

II. Media: Dari satu sudut pandangan berbeza (Sepucuk surat yang dihantar untuk ruangan Forum baru-baru ini)

SEMASA saya aktif dalam gerakan Reformasi dan juga parti Pas, Utusan Malaysia saya gelarkan Utusan Meloya. Jika saya membeli pun saya akan membaca berita-berita yang tiada berkaitan politik Malaysia. Saya bersandarkan maklumat-maklumat dari Internet, SMS, Harakah dan beberapa media dari parti pembangkang, juga ceramah-ceramah anjuran parti pembangkang.

Selepas pilihan raya umum tahun lepas dan ketika itu kemenangan pakatan rakyat yang dikuasai DAP di Negeri Perak, saya mula membeli akhbar itu untuk saya mendapatkan maklumat-maklumat tentang perkembangan politik Malaysia terutama bagi negeri tumpah darah saya, Perak.

Ruangan Pendapat dan Forum merupakan ruangan yang menjadi kegemaran saya. Pada ruangan inilah yang banyak menyedarkan saya mengenai tanah air ini, perjuangan kemerdekaan, perjuangan datuk nenek moyang kita dahulu. Bagaimana sengsaranya kita apabila kuasa tidak ada lagi di tangan kita ketika itu. Kerap kali saya sebak, sedih, terharu dan kadang kala menangis sendirian apabila mengenangkan nasib bangsa Melayu ketika ini yang saling bersengketa, bermusuhan dan berpuak-puak.

Pada masa dulu, saya adalah salah seorang yang memboikot Utusan Malaysia dan menyokong usaha-usaha pihak tertentu untuk memburuk-burukkan akhbar keramat ini. Tapi mulai saat dan detik ini Utusan Melayu merupakan salah satu nadi perjuangan saya. Tidak saya relakan akhbar keramat ini diperlekehkan, dihina, dicaci. Ini sumpah pendekar Melayu. Membujur lalu, melintang patah.

- JAMAL LULKHIR (PASIR SALAK)

Sumber - Utusan Malaysia, 20 Mei 2009

Perlu Direnungi Bersama

Media tradisional lawan media baru: Siapa kalah?

Oleh ZAINI HASSAN
zaini.hassan@utusan.com.my

APA itu media, ramai yang tahu pengertiannya secara umum. Kecuali orang media sendiri, rata-rata umum tidak tahu media secara sebenar dan kuasa yang ada padanya. Tidak ramai yang tahu magnitud kekuasaan yang ada pada media. Tidak ramai juga yang tahu akhbar dan media juga dikenali sebagai fourth estate (estet keempat) iaitu hirarki keempat dalam sistem kuasa sesebuah negara.

Penulis satira Scotland era Victoria, Thomas Carlyle (1795-1881) ialah orang pertama yang mula merujuk istilah fourth estate sebagai pewarta, pemberita, wartawan dan orang media. Carlyle dalam bukunya On Heroes and Hero Warship mencatat: ‘‘Ahli politik British Edmond Burke berkata, terdapat Tiga Estet dalam Parlimen ini, tapi nun di sana di tempat duduk pemberita itu ialah Fourth Estate - kumpulan lebih penting, jauh lebih penting daripada kalian semua.”

Fourth Estate atau media diletakkan dalam satu estet yang tersendiri. Hari ini estet keempat itu berada dalam doktrin kekuasaan bersama-sama, estet pertama, eksekutif (perdana menteri dan menteri-menteri); estet kedua, legislatif (Dewan Rakyat, Dewan Negara dan DUN); dan estet ketiga, judisial (badan kehakiman).

Jika yang ketiga di atas mempunyai kuasanya yang tersendiri, maka media juga mempunyai kuasa, yang jika apa-apa kuasa sekali pun disalah guna maka sesuatu yang buruk boleh berlaku. Media di Malaysia pada masa ini nampaknya sudah terbahagi kepada dua yang besar. Satu ialah media yang anda saksikan di depan mata serta lazim atau konvensional dan satu lagi ialah media yang tidak lazim depan mata, tapi berlegar aktif di alam maya.

Alam maya yang dicipta atas ramalan teoris Komunikasi Massa, Herbert Marshall McLuhan 45 tahun lalu yang meramalkan akan wujudnya apa yang difahaminya sebagai ‘otak elektronik’ atau yang disebut komputer - telah memberi satu dimensi baru kepada media di Malaysia. McLuhan juga menyebut media sebagai kampung global. Jika dia masih hidup, dia akan berkata, ia adalah satu evolusi yang berjaya dan mengkagumkan. Berbeza dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad, dia acap kali menyebutnya sebagai satu kebimbangan yang mencabar apabila merujuk kepada globalisasi. Beliau betul, McLuhan pun betul.

Kuasa estet keempat di Malaysia sebenarnya sedang diuji. Media konvensional Malaysia sedang bertarung dengan media baru yang penggeraknya lebih licik, agresif, cerdik, pintar dan berkesan.

Parti politik Malaysia yang tidak mempunyai stesen televisyen kini beroperasi di alam maya menggunakan enjin yang tersedia ada. Ia beroperasi melalui tapak video percuma, YouTube atau Metacafe atau tapak-tapak yang lain. Klip video mengenai apa yang berlaku di Dewan Undangan Negeri Perak semalam dan kelmarin boleh disaksikan selari dengan Buletin Utama di TV3 atau Warta Perdana di RTM pada jam 8 malam. Siaran itu juga bukannya bisu, tapi dengan ulasan yang panas dan pedas.

Penonton - yang rata-rata (siapa ye?) melihatnya dengan penuh asyik. Mereka ini terdiri daripada eksekutif-eksekutif muda yang masih hang-up di pejabat-pejabat masing-masing sebelum pulang ke rumah, atau pun berada dalam zon Wi-Fi masing-masing. Mereka tertarik melihat sesuatu yang luar biasa. Bukan sesuatu yang menghairankan jika kumpulan ini akan menyambar notebook mereka dengan teruja apabila tercetus sesuatu ‘drama’ seperti di Perak semalam dan kelmarin bagi mendapatkan analisis dan klip video terkini. Oleh itu, tidak hairanlah, perangkaan orang yang melihat tapak-tapak sesawang ini (view) menjangkaui puluhan hingga ratusan ribu penonton.

Kumpulan yang memuat naik (upload) video-video ini ke tapak-tapak maya itu begitu agresif, dedikasi dan sistematik. Yang pasti mereka ini bekerja untuk organisasi-organisasi NGO atau parti-parti politik yang tidak sehaluan dengan kerajaan - yang tidak mempunyai saluran tapak yang sah untuk beroperasi. Yang pasti juga ulasan-ulasan mereka tidak mengambil kira soal etika atau keluhuran perlembagaan seperti yang ‘terpaksa’ diikuti media konvensional.

Kuasa estet keempat mereka ini semakin kuat. Magnitud media baru ini bukan omongan, ia adalah benar (real). Media konvensional – seperti akhbar semakin merudum dan muram. Media baru ini akan mengambil alih media kertas ini sekurang-kurangnya 10 tahun akan datang.

Jika McLuhan masih ada, dia akan meramalkan 10 tahun akan datang satu medium lain yang lebih canggih akan wujud. Ia lebih berkuasa dan tidak siapa tahu mungkin kedudukan strata kuasa media pada masa itu bukan lagi estet keempat lagi tapi akan naik tarafnya (?).

Yang pasti media konvensional sekarang kalah kepada kekuasaan media baru ini. Jika bukan kalah sekarang, masanya sudah terlalu dekat untuk kalah - kecualilah sesuatu yang drastik dilakukan untuk berubah.

sumber - Utusan Malaysia online, 13 Mei 2009

Sunday, May 17, 2009

Hidup Tidak Selalu Mendongak Langit

Rasuah dalam Pas berlaku - Dr. M
KUALA LUMPUR 16 Mei - Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan, beliau yakin rasuah turut berlaku di dalam Pas memandangkan amalan itu semakin berleluasa di negara ini.

Bekas Perdana Menteri itu memberitahu, parti Pas sama seperti parti-parti lain yang mana rasuah sering berlaku.

''Saya tidak hairan anggota parti itu buat benda yang bertentangan dengan ajaran Islam,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Ke-47 di sini hari ini.

Dr. Mahathir mengulas kenyataan Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Mohamed Daud Iraqi bahawa berlaku aktiviti memberi hadiah dan menjamu makanan kepada perwakilan oleh beberapa individu dalam Pas sebagai salah satu cara untuk melobi.

Mohamed Daud bagaimanapun tidak berhasrat mendedahkan mereka yang dikaitkan dengan permainan politik kotor dalam usaha melobi jawatan.

Tegas beliau, apa yang dinyatakan sebelum ini adalah secara umum tentang wujud keadaan seumpama itu berdasarkan gambaran yang diberikan oleh rakan-rakan menjelang pemilihan dalam parti.

Mengulas mengenai pertelagahan di dalam parti pembangkang itu mengenai kepimpinan ulama dan profesional, Dr. Mahathir meminta agar di buat tafsiran siapakah ulama.

Jelas beliau, perkataan ulama bermula dengan perkataan alim iaitu orang yang berpengetahuan. Bermakna, jelasnya, orang yang berpengetahuan sama dalam bidang lain termasuk perubatan juga boleh dianggap ulama tetapi ulama dalam bidang perubatan.

sumber : utusan Malaysia, 17 Mei 09

Saturday, May 16, 2009

Betapa Luasnya Konsep 1 Malaysia

1Belia, 1Malaysia perlu diterap dalam pergerakan

MELAKA: Datuk Seri Najib Razak berkata, pendekatan 1Belia, 1Malaysia adalah satu konsep penting yang perlu diterapkan dalam pergerakan belia di negara ini.


Perdana Menteri berkata, beliau percaya konsep 1Malaysia akan menjadi lebih bermakna sekiranya golongan muda turut mengambil konsep 1Belia, 1Malaysia.


“Langkah yang seribu itu bermula dengan yang satu, Malaysia tidak akan menjadi satu sekiranya belianya tidak berpadu.


"Dari itu, terletak di jemala golongan belia satu amanah sebagai pewaris yang sewajarnya meneruskan perjalanan mulia ini dengan memupuk dan menyuburkan perpaduan nasional. Jika tidak, segala apa yang kita bangunkan, akan hancur dan ranap begitu sahaja," katanya.


Beliau berkata demikian dalam perutusan khas sempena Hari Belia Negara 2009 yang disiarkan pada Perhimpunan Hari Belia Negara 2009 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh, dekat sini, semalam.


Perhimpunan yang dihadiri kira-kira 15,000 pemimpin dan wakil belia itu dirasmikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Hadir sama Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam; Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek serta Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Datuk Shamsul Anuar Nasarah.


Dalam perutusan kira-kira 20 minit itu, Najib juga berkata, belia perlu sedar bahawa kerukunan yang dicapai negara selama ini bukan sesuatu yang mudah tetapi, dirintis oleh mereka terdahulu dengan segala jerih dan kepayahan.


Katanya, sebagai golongan yang dilahirkan pascamerdeka, umur belia nampak paling subur untuk merealisasikan konsep 1Malaysia.


"Ingatlah bahawa di mana bumi dipijak, di situlah langit dijunjung, lantaran itu saudara saudari sekalian harus melihat antara satu sama lain dengan pandangan 1Malaysia,” katanya.

sumber : Berita Harian, 16 Mei 2009

Thursday, May 7, 2009

Sidang DUN Perak tengah panas

oo banyak blog gak tengah dok update perkembangan Sidang DUN di Perak. Antaranya http://keadilangerik.blogspot.com, http://anje-online.blogspot.com, http://politikbanjar.blogspot.com, http://haninasution.blogspot.com/, http://manjongmari.blogspot.com/http://abnnasution.blogspot.com/http://www.malaysiawaves.com, http://idhamlim.blogspot.com. Ada yang mencadangkans enanag-senang bubar DUN. Agaknye dia orang ingat senang ke buat camtu, atau dia orang ni nak taste market je ke

Apa Nak jadi Ni

Apa nak jadi ni, kes ragut mula menghantui masyarakat. Perkembangan yang berlaku membuatkan apakah yang menyebabkan mereka sanggup bertindak demikian, Bertindak kejam tanpa rasa simpati dan kesihan kepada mangsa. Apakah isu di sebalik tindakan tersebut. Adakah mereka terhimpit dengan kehidupan sekarang, kos kehidupan semakin meningkat, gaji tak cukup,mak bapa tak peduli asyik mengejar duit, kerja tak ada ataupun mereka ni memang suka merompak. Adalah tidak mustahil mana ada orang nak lahir untuk merompak.

Justeru, banyak perkara yang perlu dilihat oleh pihak yang berwajib. Banyak pendekatan baru yang perlu dilihat, dikaji dan dilaksanakan. sebagai warganegara saya turut bersimpati dengan dua orang ibu mengandung telah menjadi mangsa peragut. Moga Allah mencucuri roh mereka dan diletakkan di kalangan orang yang beriman. Amin.....

Monday, April 20, 2009

Guan Eng Kurang Gembira

PULAU PINANG 19 April - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengakui secara peribadi beliau kurang gembira dengan perkembangan yang berlaku berikutan peletakan jawatan Mohammad Fairus Khairuddin sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 (TKM 1) dan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti baru-baru ini.

Bagaimanapun Guan Eng berkata, demi semangat setiakawan dalam pakatan pembangkang, beliau menyerahkan kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menyelesaikan kemelut yang berlaku.

"Saya rasa kurang gembira dengan perkembangan yang berlaku tetapi ada kekosongan bagi jawatan itu (ADUN Penanti) maka memang perlu ada pilihan raya kecil.

"Tetapi saya rasa tentang pilihan raya kecil itu biarlah tanya (pada) Anwar," katanya pada sidang akhbar media ketika diminta mengulas mengenai perkembangan terkini berhubung peletakan jawatan Mohammad Fairus sebagai TKM 1 dan ADUN Penanti.

Guan Eng sebelum itu menyampaikan ucaptama pada seminar Earth Day Dialogue : Plastic Bag: To Ban Or Not To Ban di sini hari ini.

Mengenai pemilihan calon TKM 1, Guan Eng berkata: "Kita hanya tunggu cadangan dari beliau (Anwar)...saya telah beri masa kepadanya untuk buat cadangan.

"Untuk mengelakkan lebih banyak spekulasi lebih baik serahkan kepada Anwar untuk menjawab segala persoalan ini. Ada banyak juga khabar angin mengenai barisan ADUN yang ada yang kurang layak untuk mengisi kekosongan jawatan TKM 1," katanya.

Mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa Barisan Nasional (BN) mungkin tidak meletakkan calon pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, Guan Eng berkata, terpulang kepada BN kerana Malaysia mengamalkan sistem demokrasi. - BERNAMA

sumber : Utusan Malaysia, 20 April 2009

Sunday, April 19, 2009

Lagi...............PRK

Sebagai rakyat Malaysia, saya turut bersependapat dengan analisis yang dibuat oleh pengarang Berita Harian pada 19 April 2009 bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dapat mengkaji kemungkinan hanya mengadakan pilihan raya kecil jika wakil rakyatnya meninggal dunia atau kedudukannya terbatal akibat keputusan mahkamah dan juga boleh meminda akta suruhanjaya untuk tidak perlu mengadakan pilihan raya kecil jika wakil rakyat meletak jawatan tanpa sebab munasabah.

Malah di kalangan pemimpin-pemimpin BN juga turut memberi reaksi yang berbeza sama ada wajarkah BN perlu bertanding pada PRK DUN Penanti.

Seterusnya blog http://n32.blogspot.com yang memetik laporan akhbar The Star 18 April 2009 yang menyiarkan PRK terakhir yang dikendalikan iaitu Permatang Pauh, Kuala Terengganu. Bukit Gantang, Batang Ai dan Bukit Selambau Kerajaan telah berbelanja RM33.4 juta (2.4 juta SPR, RM31 juta Polis.

Berikut merupakan pecahan belanja pihak polis

Permatang Pauh - RM2.5 juta
Kuala Terengganu - RM11.5 juta
Bukit Gantang - RM7 juta
Bukit Selambau-RM5 juta
Batang Ai - RM5 juta

Minda Pengarang:SPR wajar tegas elak 'pembaziran'Pilihan Raya
Kecil


SELEPAS Pilihan Raya Umum Mac tahun lalu, sudah lima pilihan raya kecil diadakan, dengan empat daripadanya dimenangi Pakatan Rakyat dan satu Barisan Nasional (BN). Daripada lima kekosongan kerusi itu, tiga diadakan berikutan kematian wakil rakyat kawasan terbabit, iaitu Parlimen Kuala Terengganu pada Januari lalu, Parlimen Bukit Gantang dan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Air di Sarawak, kedua-duanya baru diadakan. Namun, pilihan raya kecil kerusi DUN Bukit Selambau yang juga baru diadakan dan Parlimen Permatang Pauh pada Ogos 2008, diadakan kerana wakil rakyatnya meletak jawatan. Kebetulan dua kerusi itu disandang Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan calon pengganti, Datuk Seri Anwar Ibrahim (Permatang Pauh) dan S Manikumar (Bukit Selambau) menang dalam pilihan raya kecil berkenaan. Kelmarin, seorang lagi wakil rakyat PKR, iaitu bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin mengosongkan kerusi DUN Penanti, yang kebetulan dalam kawasan Parlimen Permatang Pauh di Pulau Pinang. Pilihan Raya Umum Ke-12 baru 13 bulan berlalu dan ini bermakna masa masih panjang, iaitu sekitar empat tahun atau kurang untuk Pilihan Raya Umum Ke-13. Jika trend sekarang berterusan, entah berapa banyak lagi pilihan raya kecil perlu diadakan sebelum pilihan raya umum akan datang. Kita boleh menerima kekosongan sesuatu kerusi Parlimen atau DUN jika wakil rakyatnya meninggal dunia, tetapi bukan kerana meletak jawatan sewenang-wenangnya.

Sudah tiba masanya bagi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengkaji kemungkinan hanya mengadakan pilihan raya kecil jika wakil rakyatnya meninggal dunia atau kedudukannya terbatal akibat keputusan mahkamah. SPR sebenarnya mempunyai kuasa untuk mengisytiharkan sama ada berlaku kekosongan bagi sesuatu kerusi tertentu dan ini bermakna, kerajaan boleh meminda akta suruhanjaya untuk tidak perlu mengadakan pilihan raya kecil jika wakil rakyat meletak jawatan tanpa sebab munasabah. Jika wakil rakyat itu dikatakan lemah atau bermasalah, biar pengurusan tertinggi partinya mengambil alih tugas wakil rakyat sehingga pilihan raya umum diadakan. Pilihan raya kecil bukan saja membuang banyak masa, tenaga dan wang ringgit, malah boleh mencetuskan ketegangan, gara-gara kempen terlalu agresif. Dalam kes Mohammad Fairus, apakah perlu beliau meletak jawatan dan apa alasannya? Sehari sebelum Ibu Pejabat PKR mengeluarkan kenyataan mengenai peletakan jawatan itu, beliau dalam satu temu ramah dengan akhbar Nanyang Siang Pau mendakwa berlaku plot untuk menjatuhkannya dan memberi parti itu dua minggu untuk membersihkan namanya atau beliau akan mendedahkan masalah dalaman PKR dan kerajaan Pulau Pinang. Malah, beliau mendakwa menjalankan tugas dengan baik, cuma tidak diberi publisiti, termasuk oleh Suara Keadilan sendiri menyebabkannya kelihatan 'tidak buat kerja.' Turut menghairankan ialah mengapa PKR tidak mahu Adun Bukit Lanjan, Elizabeth Wong meletak jawatan, sebaliknya terus menyambung tugas Exco Selangor, kelmarin selepas tercetus isu gambar separuh bogelnya. Semua ini menggambarkan amalan 'double standard' PKR. Apapun, ada juga kemungkinan pilihan raya kecil itu sengaja dirancang untuk meneruskan 'gelombang sokongan' kepada Pakatan Rakyat sehingga pilihan raya umum akan datang.

sumber - Berita Harian(Minda Pengarang - Rencana), 19 April 09

1Malaysia kesinambungan konsep dua bekas PM

KUANTAN: Datuk Seri Najib Razak berkata, konsep '1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Prestasi Diutamakan' adalah kesinambungan daripada dua konsep yang diperkenalkan Perdana Menteri terdahulu dalam agenda membangun dan memajukan negara ini.

Perdana Menteri berkata, ia juga aspirasinya untuk menterjemah dan meneruskan formula pentadbiran untuk mencapai status negara maju menerusi Wawasan 2020 oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dan menjadi lebih cemerlang, gemilang dan terbilang yang diperjuangkan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

"Konsep ini adalah ramuan dan pelengkap bagaimana kita mahu sampai kepada matlamat kita... nak sampai pada destinasi, tidak lain dan tidak bukan ialah menerusi '1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Prestasi Diutamakan'.

Sumber - Berita Harian, 19 April 2009

Friday, April 17, 2009

Rakyat Juga Sependapat

Najib says country does not need another by-election
By Debra Chong


KLANG, April 17 — Newly-minted Prime Minister Datuk Seri Najib Razak is weary of by-elections and just wants to move forward with his job: fixing the limp economy and taking Malaysia to a higher level, all in the name of taking care of the public’s best interests, he says.

“Too much time, energy and ringgit are being spent on by-elections that are actually unnecessary,” he told reporters today after opening the 63rd annual general meeting of the Associated Chinese Chambers of Commerce and Industry of Malaysia (ACCCIM).

Najib looked visibly tired when asked to comment on the likely by-election awaiting Penang voters in Penanti, a state seat within the mainland Permatang Pauh parliamentary constituency.

Permatang Pauh voters also went to the polls last August, in which Najib led the Barisan Nasional campaign that resulted in a return to Parliament of his arch-rival Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Najib noted there had been too much “politicking in our country when right now we should focus on recovering our economy and taking care of the people’s interests and to move forward for the sake of our country and take Malaysia to a higher level of success”.

“This resignation is a political decision and can be likened to a political game for certain purposes,” he said, referring to Penanti assemblyman and former Penang Deputy Chief Minister I Mohammad Fairus Khairuddin, who resigned yesterday amid a flurry of corruption allegations just over a year after being elected to the seat on a PKR ticket.

“The rakyat generally do not like by-elections that are deliberately held,” he added.

sumber : http://m.themalaysianinsider.com

Wednesday, April 15, 2009

Renungan Bersama

Satu Malaysia: Perspektif orang muda
Oleh KHAIRUDDIN MOHD ZAIN


TERDAPAT ramai di kalangan rakan penulis, yang masih lagi ragu dan belum berasa tuntas dengan konsep sebenar 'Satu Malaysia' yang diangkat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak minggu lalu.
Sebagai sekumpulan anak muda, spektrum pandangan adalah pelbagai dan rencam, sekali gus banyak bergantung kepada 'proses sosialisasi dan pendidikan' yang diterima sebagai latar belakang pandangan masing-masing.
Penulis sendiri disapa oleh rakan sekolah rendah yang kini berada nun jauh di bumi Amerika Syarikat. Ina (bukan nama sebenar) adalah seorang anak kampung biasa, yang berjaya melanjutkan pelajaran sehingga ke AS melalui biaya siswa kerajaan.
Keprihatinan Ina berkenaan suasana ekonomi negara pada ketika ini amat melegakan. Jika ramai anak muda, tidak kira di dalam atau luar negara, punya fikrah sedemikian rupa, kita mungkin berada di landasan yang tepat.
Ina cukup teruja dengan konsep 'Satu Malaysia'. Sebagai seorang anak muda yang jauh di perantauan sana, membaca akhbar online sudah cukup memberikannya 'gambaran' yang tidak terlalu positif; sekiranya kita terus-terusan berada dalam arus ekstremisme dan politik dendam. Keprihatinan Ina punya asas yang bukan remeh.
'Satu Malaysia' - bukanlah suatu 'nyanyian perang' (battle cry). Ia juga bukannya suatu pernyataan slogan politik yang kosong. Kita mesti sama-sama menghayati kepentingan 'Satu Malaysia' dalam keadaan dan perkaitannya dengan suasana sedia ada.
Tidak ada, waima satu bangsa hebat di dunia pun yang mampu mencapai klimaks kehebatan, dengan bangsanya yang terpecah-pecah dan tidak ampuh. Ini fakta sejarah yang tidak mungkin mampu dinafi. Susur sahaja kehebatan tamadun dunia apa sekalipun, ia bermula dengan 'cita-cita kebernegaraan' yang dikongsi bersama.
Hakikatnya, akhir-akhir ini 'cita-cita negara' seakan-akan diganti dengan pengaruh politik persepsi dan penting diri.
Ada kecenderungan untuk melakukan apa sahaja atas nama demokrasi total. Ada kecenderungan untuk meruntuhkan segala 'asas binaan sosial' lama - kononnya atas nama politik baru yang lebih adil dan saksama.
'Satu Malaysia' - menilai soal kebersamaan dalam wajah dan acuan yang jujur. Benar, kita mahukan suasana baru yang lebih 'adil' terhadap semua rakyat. Namun, nilai baru ini juga tidak menolak 'asas kemasyarakatan' yang sedia ada ampuh dalam Perlembagaan negara dan amalan berkerajaan selama ini. Hakikat ini jangan ditolak sama sekali.
Justeru, generasi muda Malaysia khususnya perlu membina 'fikrah Satu Malaysia' yang sejujur-jujurnya. Kita perlu banyak meninggalkan syak wasangka. Kita perlu meruntuh faham prejudis yang merosakkan. Kita perlu bersangka baik antara satu sama lain. Kita perlu mempunyai yakin diri bahawa tempat dan langit mereka juga ada di bumi bertuah Malaysia ini.
Yang penting, perasaan ini mestilah bersifat 'timbal balas'. Ia mestilah perasaan yang bersifat reciprocal dan berkait. Fikrah Satu Malaysia tidak akan wujud dengan pemahaman bahawa anda lebih perlu berkorban daripada saya atau sebaliknya. Satu Malaysia - sudah mengangkat parameter baru dalam kita hidup bermasyarakat.
Entah mengapa, filem Talentime, arahan Yasmin Ahmad amat bertepatan dengan cita-cita 'Satu Malaysia' ini. Yasmin mengupas isu kaum dan syak wasangka kemasyarakatan dalam ruang yang bersahaja tetapi mampu memukul emosi dan rasional.
Apakah perlu kita punya pelbagai ruang tanggap dan prejudis terhadap kaum lain? Sampai bila kita perlu punya persepsi yang begini? Apakah tidak ada pendekatan 'langkau politik' yang membolehkan kita hidup sebagai bangsa Malaysia?
Seorang rakan penulis juga, seorang aktivis kesatuan niaga - sama sekali menolak kemungkinan 'Satu Malaysia' itu sebagai 'Malaysian Malaysia'. Penulis bersetuju. Niatnya tidak sama. Hasratnya tidak sama. Cita asalnya juga tidak serupa. Beza antara kedua-duanya bagaikan langit dan bumi.
Malaysian Malaysia mahu menanggalkan terus 'asas binaan kemasyarakatan' yang wujud buat sekian lama. Takrif - keadilan diambil secara membuta tuli dengan menggunakan konsep kesamarataan versi total. Sedangkan, 'Satu Malaysia' lebih mampu mengharmoni cita-cita ini dalam ruang lingkup yang berbeza.
Ironinya, 'nyanyian kesamarataan' ini pun tidak berlaku seperti yang diharapkan dahulu. Waima di atas landasan 'meritokrasi' sekalipun, ada pihak yang dipinggir secara sistematik dan nyata.
Meritokrasi tidak menanggap, tidak menilai dan tidak 'peka' soal ketidakadilan sosial dan marginalisasi. Apakah ini model yang diharapkan?
Kita mestilah menjadi kalangan mereka yang ikhlas dan jujur, mengerti dan memahami bahawa perjalanan 'hebat' kita sebagai bangsa Malaysia masih jauh. Perlu banyak pemulihan dan intervensi dasar yang diperlukan bagi memastikan kita menuju ke destinasi kembara yang sama. Sikap saling tidak percaya, cepat berkecil hati dan tidak berjiwa besar mungkin menjadi hambatan nyata kepada 'Satu Malaysia'.
'Satu Malaysia' memerlukan pengamalan politik yang matang dan luar biasa. Matang dalam menilai isu dan suasana. Matang dalam mewujudkan penyesuaian dengan 'faktor semasa' dan tidak meminta-minta di atas garis lama yang semakin kabur.
Kita juga tidak perlu terbuai dengan 'persona kuasa' yang semakin menjadi liabiliti, waima kepada bangsa yang kita sendiri wakili.
'Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan, Prestasi Diutamakan' - yang pastinya lebih daripada sebuah pernyataan polisi. Walaupun ia membuka ruang pendefinisian yang tidak habis, hakikatnya ini menjadi perlambangan penting seorang pemimpin yang berhemah dengan keperluan perubahan dan transformasi.
Ya, mungkin Najib meletakkan 'standard' atau piawaian yang amat tinggi kepada jentera kerajaan yang ada; ia juga menjadi amanah kepada rakyat untuk membina parameter 'politik matang' yang sebenar. Politik yang tidak bersandarkan pada dendam kesumat. Politik yang tidak berteraskan kepada 'persepsi'. Politik yang tidak berlandaskan 'faktor sejarah dan nilai akal budi'.
'Satu Malaysia' adalah suatu wacana rakyat yang menuntut pengorbanan semua pihak. Rakyat dan masyarakat umum juga perlu adil dalam membuat penilaian dan tidak terlalu pantas dalam melambakkan semua isu kepada lingkungan penyelesaian kerajaan. 'Satu Malaysia' juga menuntut kita meletakkan setiap individu dalam 'lingkungan capaian' penyelesaian masalah.
Jika asas statistik adalah benar, maka konsep 'Satu Malaysia' sangat menarik kepada golongan muda. Tarikan utamanya adalah kemungkinan mereka mengisi sendiri takrif yang mereka mahu - bersesuaian dengan wajah 'Malaysia' yang mereka mahu lihat, sedasawarsa dari sekarang.
Generasi muda profesional misalnya, sudah terbiasa dengan amalan nilaian berprestasi tinggi. Ini juga ditulis oleh Bruce Tulgan di dalam bukunya Not Everyone Gets a Trophy. Generasi Y dan Z, menjadi tidak karuan tanpa wujudnya Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang jelas.
Enam bulan akan datang, generasi muda Malaysia mampu 'menilai' para Menteri dengan nyata dan jelas. Ini ruang yang tidak pernah ada - saat segalanya begitu centralized sifatnya.
'Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan, Prestasi Diutamakan' - adalah suatu amalan berfikir dan bertindak yang perlu dimiliki oleh setiap rakyat Malaysia. Penulis tidak fikir, 'Satu Malaysia' sebagai gimik politik yang kosong dan tidak berisi. Hakikatnya, kitalah juga yang perlu mengisi tuntutan dan amanah ini. Jangan melihat kepada orang lain - kerana faham itu perlu wujud dalam benak fikir kita sendiri.
Generasi muda perlu menerima hakikat bahawa pandangan dan pendapat mereka sudah menjadi lebih 'inklusif' dengan Satu Malaysia ini. Kali ini, mereka boleh menjadi rakan kepada pembangunan; dan tidak lagi hanya menjadi pemegang saham jauh yang idealist dan revisionist. Sikap ideal itu perlu diberikan pengertian dalam kerangka - 'Satu Malaysia'.

sumber : Utusan Malaysia, 15 April 2009

Thursday, April 9, 2009

SENARAI KABINET BARU

PERDANA MENTERI : Datuk Seri Najib Tun Razak
TIMBALAN PERDANA MENTERI: Tan Sri Muhyiddin Yassin

PERDANA MENTERI:
Menteri:
1. Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (Hal Ehwal Perpaduan & Pengurusan Prestasi)
2. Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (Hal Ehwal Perundangan dan Parlimen)
3. Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (Unit Perancang Ekonomi)
4. Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom (Hal Ehwal Agama Islam)
Timbalan Menteri:
1. Datuk Liew Vui Keong
2. Datuk Dr. Mashitah Ibrahim
3. Datuk S.K. Devamany
4. Ahmad Maslan
5. T. Murugiah

KEMENTERIAN KEWANGAN:
Menteri
: Datuk Seri Najib Tun Razak
Menteri II: Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah
Timbalan Menteri:
1. Datuk Chor Chee Heung
2. Datuk Dr. Awang Adek Hussin

KEMENTERIAN PELAJARAN:
Menteri:
Tan Sri Muhyiddin Yassin
Timbalan Menteri:
1. Datuk Dr Wee Ka Siong
2. Dr. Mohd Puad Zarkashi

KEMENTERIAN PENGANGKUTAN:
Menteri:
Datuk Ong Tee Keat
Timbalan Menteri:
1. Datuk Abdul Rahim Bakri
2. Datuk Robert Lau Hoi Chew

KEMENTERIAN PERUSAHAAN, PERLADANGAN DAN KOMODITI:
Menteri:
Tan Sri Bernard Dompok
Timbalan Menteri: Datuk Hamzah Zainudin

KEMENTERIAN DALAM NEGERI:
Menteri
: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Timbalan Menteri:
1. Datuk Wira Abu Seman Yusop
2. Jelaing anak Mersat

KEMENTERIAN PENERANGAN, KOMUNIKASI, KESENIAN DAN KEBUDAYAAN:
Menteri:
Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim
Timbalan Menteri:
1. Datuk Joseph Salang Gandum
2. Senator Heng Seai Kie

KEMENTERIAN TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR:
Menteri:
Datuk Peter Chin Fah Kui
Timbalan Menteri: Noriah Kasnon

KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH:
Menteri: Datuk Seri Shafie Apdal
Timbalan Menteri:
1. Datuk Hassan Malek
2. Datuk Joseph Entulu anak Belaun

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI:
Menteri: Datuk Seri Mohd Khaled Nordin
Timbalan Menteri:
1. Datuk Dr. Hou Kok Chung
2. Datuk Saifuddin Abdullah

KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI:
Menteri:
Datuk Mustapa Mohamed
Timbalan Menteri:
1. Datuk Mukhriz Mahathir
2. Datuk Jacob Dungau Sagan

KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INNOVASI:
Menteri: Datuk Dr. Maximus Ongkili
Timbalan Menteri: Fadillah Yusof

KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR:
Menteri:
Datuk Douglas Uggah Embas
Timbalan Menteri: Tan Sri Joseph Kurup

KEMENTERIAN PELANCONGAN:
Menteri:
Datuk Ng Yen Yen
Timbalan Menteri: Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib

KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI:
Menteri: Datuk Noh Omar
Timbalan Menteri:
1. Datuk Johari Baharum
2. Datuk Rohani Abdul Karim

KEMENTERIAN PERTAHANAN:
Menteri: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan Menteri: Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad

KEMENTERIAN KERJA RAYA:
Menteri: Datuk Shaziman Abu Mansor
Timbalan Menteri: Datuk Yong Khoon Seng

KEMENTERIAN KESIHATAN:
Menteri:
Datuk Liow Tiong Lai
Timbalan Menteri: Datuk Rosnah Rashid Shirlin

KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN:
Menteri:
Datuk Ahmad Shabery Cheek
Timbalan Menteri:
1. Datuk Razali Ibrahim
2. Wee Jeck Seng

KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA:
Menteri:
Datuk Dr S.Subramaniam
Timbalan Menteri: Datuk Maznah Mazlan

KEMENTEIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA:
Menteri:
Datuk Ismail Sabri Yaakob
Timbalan Menteri: Datuk Tan Lian Hoe

KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN:
Menteri:
Datuk Kong Cho Ha
Timbalan Menteri: Datuk Lajim Ukin

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT:
Menteri
: Datuk Seri Sharizat Jalil
Timbalan Menteri: Datin Paduka Chew Mei Fun

KEMENTERIAN LUAR:
Menteri: Datuk Anifah Aman
Timbalan Menteri:
1. A. Kohilan Pillay
2. Datuk Lee Chee Leong

KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN:
Menteri: Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
Timbalan Menteri: Datuk M. Saravanan

Tuesday, April 7, 2009

Persenda Ayat Al-Quran

Kenapa biarkan ayat suci diperalat?

Utusan Malaysia - 7 April 2009

Oleh AMIZUL TUNIZAR AHMAD TERMIZIpengarang@utusan.com.my

TAIPING 6 April - Seperti dijangka, Pas yang mengamalkan fahaman 'halalku wa harammu' merelakan orang bukan Islam berkempen menggunakan ayat suci al-Quran walaupun perbuatan tersebut disifatkan sebagai satu penghinaan kepada umat dan ajaran Islam oleh Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria.
Sikap Pas yang kononnya memperjuangkan Islam itu memang sudah dijangka kerana individu yang memperalatkan ayat suci al-Quran untuk meraih undi orang Melayu itu ialah di kalangan pemimpin DAP yang menjadi rakan kepada parti itu.
''Baguslah kalau dia boleh baca ayat al-Quran, itu menunjukkan dia menghormati agama Islam." Itulah pandangan Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Datuk Mustafa Ali terhadap tindakan Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming dan beberapa lagi pemimpin DAP yang kini dilihat semakin 'seronok' berkempen menggunakan ayat-ayat al-Quran walaupun sebutannya tunggang-langgang.
Malah, Mustafa dengan bangganya menyatakan apa yang berlaku itu merupakan kejayaan Pas mendedahkan Islam kepada DAP dalam tempoh singkat dua parti itu bergabung dalam pakatan pembangkang.
Katanya, walaupun BN sudah lama ditubuhkan, belum pernah ada seorang pun pemimpin bukan Islam dalam MCA dan MIC menggunakan ayat al-Quran apatah lagi memberikan ucapan salam 'assalamualaikum' kepada orang Islam.
Walaupun bunyinya macam menyokong, Pas enggan menyatakan sama ada parti itu menyokong trend baru yang digunakan oleh DAP untuk berkempen itu.
''Soal sokong atau tidak itu tidak timbul. Kita tidak arah mereka berkempen guna ayat al-Quran tetapi mereka (bukan Islam) mungkin rasa mereka faham tentang Islam." Itulah jawapan 'selamat' yang diberikan oleh Mustafa.
Keengganan Pas menyatakan sokongannya secara terang-terangan kepada tindakan pemimpin DAP itu memang difahami kerana mereka tidak mahu isu itu menjejaskan sokongan pengundi Melayu kepada parti itu.
Namun demikian, dengan berdiam diri dan menganggap apa yang dilakukan oleh Kor Ming itu bagus, ia merupakan satu mesej yang jelas bahawa Pas menyokong tindakan memperalatkan agama untuk kepentingan politik seperti yang dilakukan oleh Pas selama ini walaupun oleh golongan kafir.
Memang diakui dengan membaca petikan ayat suci al-Quran, ia satu taktik berpolitik yang sangat berkesan untuk orang bukan Islam menambat hati orang Islam untuk menyokong mereka.
Pendekatan seumpama itu pernah digunakan oleh Inggeris untuk menambat hati orang Melayu dengan petah bercakap dalam bahasa Melayu sehingga tanpa disedari negeri mereka sudah dijajah. Bagaimanapun, apa yang dilakukan oleh pemimpin DAP ini lebih teruk kerana menggunakan ayat al-Quran sedangkan mereka tidak beriman dengan kitab suci itu, apatah lagi mengakui Allah sebagai Tuhan Yang Esa.
Apa yang berlaku ini sangat menyedihkan kerana belum pernah ada orang bukan Islam di negara ini berani mempersendakan Islam selama ini tetapi banyak berlaku sekarang termasuk penggunaan istilah Allah untuk merujuk kepada Tuhan penganut Kristian serta penghinaan ke atas Sultan dan Mufti Perak.
Itulah pendekatan yang digunakan oleh Pas untuk meracuni pemikiran orang Islam untuk 'menghalalkan' apa saja yang dilakukan oleh parti itu dan rakannya demi survival politik mereka

Sunday, March 29, 2009

Pedoman Bersama

Inti pati ucapan terakhir Pak Lah di perhimpunan Agung UMNO

- Mohon maaf atas kelemahan selama lima tahun menerajui parti
- Jamin tidak akan derhaka kepada UMNO
- Beri sokongan padu kepada Datuk Seri Najib Tun Razak
- Tetapkan syarat dan tempoh maksimum memegang jawatan parti
- Gugurkan amalan-amalan yang tidak adil kepada ahli
- Pemimpin rapatkan kembali hubungan dengan akar umbi dan rakyat
- Gilap dan pembaharu rahsia kekuatan lampau parti
- UMNO akan terkubur jika tidak ada transformasi
- Jangan rasis dan ekstremis kepada kaum-kaum lain
- Kikis imej UMNO parti korup
- Enam sumber kekuatan UMNO : Memahami dan menangani masalah Melayu, kerjasama antara kaum, menyelaraskan tuntutan-tuntutan yang bercanggah, menerima perubahan, menyerap tenaga baru dan mencari keseimbangan antara tradisi dan moden
- Lima masalah UMNO : Hubungan pemimpin dengan rakyat renggang, kurang tumpuan terhadap masalah luar bandar, gagal dekati generasi muda, perpecahan sesama ahli dan sifat utamakan kebendaan

Saturday, March 21, 2009

Kerajaan Perpaduan

Hasrat Kerajaan Perpaduan (Unity Goverment) adalah cadangan yang dikemukakan oleh Tengku Razaleigh Hamzah apabila bertemu dengan Tuan Guru Haji Hadi dan beberapa pemimpin lain termasuk di kalangan pemimpin UMNO (Siasah, 15-21 Mac 2009). Namun, dalam kenyataan balas mengenai Kerajaan Perpaduan tidak ada yang memfokuskan cadangan tersebut adalah daripada Tengku Razaleigh tetapi ia lebih menggambarkan Dato’ Seri Haji Hadi yang membawa ‘idea’ tersebut. Realitinya Dato’ Seri Haji Hadi mula mempopularkan cadangan tersebut malah beliau tidak menolak langsung kritikan dan maklum balas daripada pelbagai pihak termasuk di kalangan pemimpin Pakatan Rakyat seolah-olah idea Kerajaan Perpaduan adalah cetusan beliau.

Kerajaan Perpaduan yang diuar-uarkan itu adalah Kerajaan Gabungan antara BN dan PR yang masing-masing adalah Kerajaan dan tiada pembangkang buat seketika. Pendekatan ini diambil ekoran suasana politik yang semakin tegang dan ketidakstabilan ekonomi.

Tengku Razaleigh telah menggariskan beberapa gagasan ke arah pembentukan Kerajaan Perpaduan iaitu menstabilkan Kerajaan Pusat dan Negeri, memberikan ruang kebebasan untuk media, memperteguhkan ekonomi dengan melaksanakan projek yang boleh menggerakkan ekonomi ke arah lebih baik dan membebaskan para cendekiawan di universiti dari kongkongan Akta Universiti dan Kolej (AUKU).
Kerajaan Perpaduan yang disebut oleh Dato’ Seri Haji Hadi Awang tetapi telah dipopularkan sebagai Kerajaan Campuran (Gabungan BN dan Pakatan Rakyat) oleh pemimpin-pemimpin UMNO termasuk Pakatan Rakyat (PR) sebenarnya juga adalah inti pati pergabungan kedua-dua parti. Hakikatnya Kerajaan Perpaduan yang dimaksudkan itu juga adalah satu Kerajaan Campuran yang akan bernaung di bawah satu bumbung untuk memastikan keadilan, kesaksamaan dan titik noktah bagi mencapai satu matlamat untuk mengatasi isu-isu rakyat dan negara. Inilah juga yang dirasai oleh segelintir pemimpin-pemimpin PR dan pemimpin-pemimpin UMNO apabila memberi reaksi terus menolak idea tersebut. Realitinya adalah mustahil untuk dilakukan kerana sejarah pernah menunjukkan pembentukan tersebut amat ‘perit’ seperti mana yang dikatakan oleh Dato’ Nik Aziz Nik Mat malah Tun Dr. Mahathir menyatakan PAS bertindak untuk diri sendiri.

Dewan Pemuda PAS bersetuju dengan hasrat Dato’ Seri Haji Hadi Awang dan Tan Sri Dato’ Muhyiddin Yassin secara peribadi turut menyokong cadangan tersebut demi mengembalikan keamanan dan ketenteraman rakyat. Sebaliknya Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mahukan penjelasan daripada Dato’ Seri Haji Hadi Awang mengenai cadangan tersebut seolah-olah beliau tidak mempunyai keyakinan langsung terhadap pentadbiran yang berasaskan kestabilan dan perpaduan.

Cadangan Dato’ Seri Haji Hadi Awang membawa signifikan dan maksud tersendiri. Bukan usaha ini tidak pernah cuba diusahakan iaitu konsep muqabalah antara PAS dan UMNO. Tetapi agak hairan mengapa PAS sahaja yang begitu beria-ia menunjukkan keikhlasan dan kesungguhan untuk mewujudkan penyatuan dengan UMNO tidak PKR dan DAP. Apakah PAS sebenarnya tidak mampu bekerjasama dengan DAP dan PKR kerana prinsip perjuangan berbeza seperti mana golongan tersebut menyatakan kejatuhan Perak adalah sama dengan idea ‘Pencerahan’ dan ‘Revolusioner’ di Eropah (Malaysiakini-25 Februari 2009 – Hishamuddin Rais). Penulis ini dikatakan adalah pengikut setia Anwar Ibrahim, dan Anwar adalah pemimpin yang ingin menyambung ideanya.

Dipetik kenyataan penulis blog http://pochongmenulis.blogspot.com bahawa “membandingkan idea pencerahan dengan apa yang berlaku di Perak adalah tidak wajar sama sekali, kerana pencerahan di Eropah lebih kepada usaha Martin Luther yang ingin mereformasi agama Kristian setelah berlakunya penyalahgunaan gereja di kalangan golongan bangsawan. Adakah situasi di Malaysia penyalahgunaan agama setara dengan apa yang dialami oleh orang Kristian sewaktu zaman Renaisance, hingga perlu kepada pentafsiran semua kitab Al-Quran ini yang menjadi tanda tanya kita”.
“Soalnya adakah kesemua orang dalam PKR mempunyai pandangan yang sama dengan pandangan penulis tersebut? jika benar maka tidak mustahil sekali lagi para ulama akan diperlekehkan dan kitab Al-Quran akan terpaksa dikaji semula seperti yang dialami oleh agama Kristian sewaktu zaman Renaisance. Adakah sebegitu hina teruk ulama dan kita pada golongan ini, sedangkan dalam Islam para ulama/umara' mempunyai kedudukan yang penting. Begitu juga dengan Al-Quran kekal relevan sepanjang hayat dan tidak perlu pentafsiran semula”.
“Pada saya tidak seharusnya apa yang berlaku di Perak dibandingkan dengan apa yang berlaku di zaman Renaisance Eropah. Tidak adakah lagi contoh yang paling baik dalam dunia Islam untuk diambil contoh? sedangkan sejarah mengatakan Islam terlebih dahulu mencipta Tamadun berbanding dunia barat”.

Ironisnya bagaimanakah Kerajaan Perpaduan yang bakal wujud mampu menyatukan Kabinet di kalangan pemimpin PR dan BN. Adakah tiada jaminan berlaku perebutan kedua-dua pihak?. Yang jelasnya unsur tersebut tetap berlaku. Misalnya di Perak – perebutan jawatan Menteri Besar di Perak (PAS vs DAP) dan Terengganu(UMNO vs UMNO) dan Karpal Singh pula lantang menyuarakan bahawa DSAI tidak layak memimpin PR kerana mempromosi budaya lompat parti dan meminta agar PAS tidak memasang angan-angan untuk menunjangi Pakatan Rakyat kerana khuatir akan menegakkan negara Islam.

Hakikatnya idea Kerajaan Perpaduan masih lagi samar di kalangan pemimpin UMNO dan Pakatan Rakyat sehingga ada pihak yang menggesa Dato’ Seri Haji Hadi Awang untuk memberi penjelasan. Sekiranya

Tuesday, March 17, 2009

Kalau orang Melayu Pun Sokong Macam mana?

Pada 17 Mac 2009, Karpal Singh (Pengerusi DAP) didakwa mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan berhubung ancamannya untuk menyaman Sultan Perak. Macam biasa, Karpal tetap dengan egonya. Karpal berkata "Saya telah menceburi politik selama 40 tahun dan saya juga pernah dihadap ke mahkamah sebelum ini. Ini adalah sebahagian daripada tugas seorang ahli Parlimen untuk bercakap tanpa rasa takut," . baca seterusnya http://anginperubahan.blogspot.com/

Mesti ada sebab musabab

Bapa tak mengaku salah campak bayi hingga mati
Oleh Amin Ridzuan Ishak
aminridzuan@bharian.com.my

GEORGETOWN: Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Syesen di sini, semalam atas tuduhan menyebabkan kematian dan mendera bayinya, Nurul Ain Amirah yang berusia empat bulan, baru-baru ini.Mohamad Nasir Sulaiman, 34, didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di No 100A, Blok D Mukim 12, Kampung Masjid, Sungai Ara, Bayan Lepas dekat sini, jam 9 malam, pada 7 Mac lalu.Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa mencampak Nurul Ain Amirah ke atas tilam sehingga menyebabkan pendarahan pada selaput otak dan mengakibatkan kematiannya.Bagi pertuduhan itu, Mohammad Nasir didakwa mengikut Seksyen 304 (a) Kanun keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan denda jika disabitkan kesalahan.Bagi tuduhan kedua pula, dia didakwa melakukan penderaan dengan memegang kaki di atas dan kepala di bawah ke atas Nurul Ain Amirah pada tarikh, tempat serta masa sama.Dia didakwa mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali.Tertuduh mengangguk faham dan meminta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di depan Hakim Roslan Hamid.Pendakwaan dilakukan Pendakwa Raya, Shariza Ismail, yang memohon mahkamah tidak memberikan ikat jamin ke atas tertuduh berikutan kesalahan dilakukan membabitkan hukuman berat. Bagaimanapun, Mohamad Nasir yang belum melantik peguam merayu kepada mahkamah supaya membenarkan dia diikat jamin.Roslan menetapkan 23 Mac ini untuk sebutan semula kes bagi menentukan sama ada tertuduh boleh diikat jamin atau tidak.

Wednesday, March 11, 2009

Tidak Ada Yang Mustahil

Nilai bajet mini satu kejutan: Guan Eng
KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menyifatkan pakej rangsangan kedua berjumlah RM60 bilion yang diumumkan hari ini sebagai 'satu kejutan' kerana nilainya jauh melebihi jangkaan awal berjumlah RM10 bilion."Nilai pakej ransangan yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak), iaitu RM60 bilion ternyata memberi kejutan kepada kami. Sebelum ini, kita hanya mendengar perkhabaran yang mengatakan nilai pakej berkenaan mungkin hanya RM10 bilion."Saya sendiri secara peribadi pernah menyatakan kepada TPM nilai RM10 bilion seperti khabar angin berkenaan sebagai tidak mencukupi dan ia perlu ditambah lagi bagi mengelakkan negara terjerumus dalam kemelesetan ekonomi," katanya ditemui di lobi Perlimen petang ini.Beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berharap kerajaan mampu menunaikan janji seperti yang diumumkan dalam bejet mini berkenaan demi manfaat rakyat.

Monday, March 9, 2009

generasi akan datang

waduh sedihnye bila wak tengok gelagat-gelagat peserta perhimpunan PPSMI tu. yang banyak dok ikut korum tu golongan muda, anak-anak dan remaja. waduh macam mana generasi akan datang kalau kumpulan itu sudah bertindak sedemikian. Kalu direnungkan anak-anak kecil sudah dibawa ke tempat-tempat camtu, jadi tidak mustahillah bila mereka meningkat remaja seterusnya dewasa itulah budaya yang dibawa. Seharusnya sebagai ibu bapa bawalah anak-anak kita ke tempat yang boleh membina ilmu, mencambah pemikiran bukannya menyempitkan pemikiran. Sebab itulah bila orang kata Melayu ni mundur dan sukar maju, nilah puncanya, bangsa lain dok sibuk mengejar ilmu kita dikejar polis.

wak pun pelik gak, yang mahasiswa dan mahasiswi kita dok jadi pak congok tu pasai apa. dok ikut bontot orang buat demonstrasi tu. sepatutnya mereka ini boleh berfikiran waras, tapi sebaliknya, sanggup turun padang, kononnya menyokong bantahan tersebut. cuba cik-cik dan tuan-tuan kat universiti tu pikiaq, bila nak cari buku mentelaah mesti nak bahasa Melayu, bukannya ape tak faham, bila di alam pekerjaan plak nak deal dengan clien banyak guna bahasa ilmu, bila buat business mesti guna bahasa ilmu, jadi tak bersyukur ke kalau dari awai kita kenalkan bahasa ilmu, akan datang takle menyusahkan.

kesimpulannya generasi sekarang banyak dipergunakan untuk pihak-pihak tertentu. , Mereka mengambil kesempatan di atas perkara ini kononnya memperjuangkan bahasa sebaliknya untuk menarik sokongan terhadap perjuangan politik mereka. Secara logiknya kenapa mesti ada orang politik, kalu diikutkan biarlah orang yang nak pejuangkan bahasa sahaja buat bantahan? satu lagi kenapa dulu masa orang sibuk-sibuk nak tukar nama dengan pelbagai bahasa tak bantah pula, buat demonstrasi dan sebagainya, sebaliknya ambik sikap berdiam diri. kalau tak salah Pak ungku kata ape--- bukan isu penggunaan Bahasa Inggeris dalam Matematik dan sains, isunya ialah sejauhmana nak mantapkan penggunaan Bahasa Inggeris dalam kedua-dua matapelajaran tersebut. So tak reti-reti lagi!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!lu fikirle sendiri!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Friday, February 27, 2009

Kuasa Speaker Siapa boleh sangkal?

Perak Speaker calls emergency session next Tuesday
UPDATED

IPOH, Feb 27 — Perak legislative Speaker V. Sivakumar has called for an emergency sitting of the state assembly next Tuesday in a move that could see the Barisan Nasional (BN) government voted out of power and further complicate the constitutional impasse.
Sivakumar is invoking the assembly’s standing orders 8 and 11 to call for the emergency sitting to vote on two motions in relation to the state’s constitutional impasse.
The two standing orders give him the powers to call for an emergency sitting of the assembly.
The first motion to be voted on will be for the assembly to reaffirm its support for Pakatan Rakyat’s (PR) Datuk Seri Nizar Jamaluddin as the rightful mentri besar. The motion will be tabled by Titi Serong Pas assemblyman Khalil Idham Lim Abdullah.
If passed, the motion will contradict Sultan Azlan Shah’s decision to appoint BN’s Datuk Zambry Kadir as MB after rejecting Nizar’s request for the state assembly to be dissolved.
The second motion up for a vote will be to seek for dissolution of the state assembly and pave the way for fresh polls. The motion will be tabled by PKR assemblyman Chang Lih Kang.
If passed, this motion will throw up the question once again of whether the state ruler will even grant Nizar an audience as he now recognises Zambry as the MB.
Under the state constitution, the Sultan can use his discretion to decide whether to consent to dissolution of the state assembly.
Notices have been sent out to all assemblymen except for the mentri besar Datuk Zambry Kadir and the six BN state executive councillors. The seven BN members were recently suspended from the assembly for between 12 and 18 months.
Notices were also not sent to the three former Pakatan Rakyat (PR) assemblymen who are “friendly” to BN.
This means that if all PR assemblymen vote in favour, the two motions will be passed.
But Zambry has already stated he intends to attend any sitting of the assembly. This could turn the sitting into chaos as Sivakumar could order the BN man out of the assembly.

Dipetik http://www.themalaysianinsider.com/index.php/malaysia/19321-perak-speaker-calls-emergency-session-next-tuesday

Sunday, February 22, 2009

PPSMI terus diburu

Aduh susah payah pemimpin kita cuba memartabatkan pendidikan negara, namun kerana kepentingan tertentu dasar tersebut terus diburu dan dieksploitasi demi kepentingan tertentu. apale malang nasib bangsa kita asyik disekat untuk memajukan diri. kalau dok fikir, tak de pun bangsa kita tak pandai nak cakap bahasa ibunda kalau dah keluarga selalu berinterasksi dengan bahasa ibunda. apelah salahnya kalau di sekolah anak-anak terdedah dengan pembelajaran bahasa Inggeris. kenapa kita nak fokuskan kelemahan PPSMI, kenapa tak highlight kan kebaikan PPSMI, kalau dok asyik nampak yang buruk memang le buruk jadinya, cuba kita fokus yang baik tentu baiknye. tengokle mereka-mereka yang mahu menyempitkan pemikiran bangsa sendiri. aduh kesian kita dan keluarga kita:-

-Program Jelajah Anti PPSMI Peringkat Negeri Pahang dan Ceramah Isu2 Semasa
Tarikh : 21hb Februari 2009 (Sabtu) Masa : Jam 9.00 Malam Tempat : Peramu Jaya, Pekan Penceramah : YB Saifuddin Nasution (Ahli Parlimen Machang)
YH Dato Tuan Ibrahim Tuan Man (Pesuruhjaya PAS Pahang)
YH Dato Hasan Ahmad (Bekas Ketua Pengarah DBP)
Ustaz Kamal Shaari (Exco Dewan Pemuda PAS Pusat)
Anjuran : Jabatan Penerangan PAS Negeri Pahang & Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang Dengan Kerjasama Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP).

-Ceramah perdana ‘Mansuhkan PPSMI’ dilaporkan akan diadakan di Dewan Kompleks Sukan PKNS, di Kelana Jaya Selangor pada 24 Februari 2009.
Penceramah-penceramah yang akan hadir ialah Menteri Besar Selangor, Profesor Dr. Ir Wan Abu Bakar dari Universiti Malaya, Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, YB Nik Nazmi Nik Ahmad dan Syed Shahir Syed Mohamed dari MTUC.

-Jurucakap Lajnah Pendidikan PAS Pusat akan menganjurkan ‘Himpunan dan Ikrar: mansuhkan PPSMI pada 23 Februari di Dewan Perhimpunan Cina Selangor. Himpunan tersebut dikatakan sebagai usaha untuk mengajak semua ahli-ahli PAS dan orang ramai bagi menyatakan solidariti dan sokong membantah penggunaan Bahasa Inggeris dalam pengajaran mata pelajaran Sains dan Matematik (PPSMI).

Monday, February 9, 2009

Mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih

sama-samale kita tengok gelagat pemimpin-pemimpin pembangkang yang tak sebulu, PAS kata camni, DAP kata camni, PKR kata cam tu, habis tu, sape yang gua mau caya lu fikirle sendiri.......

The Sun report on Fong Po Kuan statement below:
DAP leadership must deal with internal conflictsby Kong See Hoh, newsdesk@thesundaily.comFeb 6th, 2009, The Sun


IPOH (Feb 5, 2009) : While accusing fingers are being pointed at DAP assemblyman for Jelapang Hee Yit Foong for deserting the party, DAP MP for Batu Gajah Fong Po Kuan(pix) says Hee's departure underlines the need for the party's central as well as state leadership to take a serious view of its internal conflicts.She told Sin Chew Daily on Wednesday the party must deal with the internal problems of Perak DAP head-on, understand what has gone wrong and look for solutions..........

The Star report on Karpal Singh press conference at his Georgetown, Penang office below:
Karpal asks Anwar to step down By MANJIT KAURThe Star, Feb 8th, 2009


GEORGE TOWN: Pakatan Rakyat de facto leader Datuk Seri Anwar Ibrahim should step down for causing trouble in the coalition, DAP national chairman Karpal Singh said.The Bukit Gelugor MP is blaming Anwar for “creating trouble,” and said that the former deputy prime minister “needed to repent without further betraying the people and their trust.”He said Pakatan Rakyat needed another leader, a good leader, and lashed out at PKR and DAP leaders who had fallen sway to Anwar’s rhetoric in supporting crossovers of elected representatives..........

Tindakan Karpal bersifat peribadi, Umno 'berselindung' atas nama istana
Azamin Amin Mon Feb 09, 09 9:59:53 am MYT

KUALA LUMPUR, 9 Feb (Hrkh) - PAS berpendapat bahawa cadangan tindakan yang sedang diambil oleh Peguam Karpal Singh untuk menyaman Baginda Sultan Perak adalah tindakan peribadi beliau dan tidak pernah dibincangkan, serta tidak pernah juga dipersetujui oleh mana-mana pimpinan parti politik dalam Pakatan Rakyat........baca seterusnya di harakahdaily
will not sue Sultan as Nizar prepares to take his message to the people

Monday, 09 February 2009 10:06
window.google_render_ad();
By Shannon Teoh, The Malaysian Insider Pakatan will not sue Sultan as Nizar prepares to take his message to the people


Datuk Seri Nizar Jamaluddin will travel the length and breadth of Perak to hold a series of ceramah to convince the people he is still the legitimate menteri besar.
The Pakatan Rakyat (PR) alliance has also decided against naming Sultan Azlan Shah in a legal suit it is planning, as it attempts to deflect attacks from Barisan Nasional (BN) over the question of loyalty to the state’s ruler.


sumber - The Sun 6 Februari 2009, The Star, 8 Februari 2009 dan http://anotherbrickinwall.blogspot.com, harakahdaily, 9 Februari 2009. Malaysiatoday dan Malaysia insider, 9 Februari 2009.

heboh!!!!!!!!

hebohle blog-blog ni dok khabaq, ADUN Bukit Selambau, V Arumugam telah meletak jawatan kononnya ada ancaman beliau keluar PKR dan masuk BN. Oi jangan buat main nanti kalau salah info kena..............katanya belum sahih lagi, alamak kes berat ni.

sumber - http://www.malaysiakini.com, http://tukartiub.blogspot,http;;kedahlanie.blogspot.com, http://pemudabesut.blogspot.com,http://perisik-rakyat.com, http://aminiskandar.wordpress.com, http://notumno.blogspot.com,