Friday, March 19, 2010

TERHARU...............



MUNGKIN ADA LAGI YG BLM DIDEDAHKAN

Seorang ibu tunggal bertekad untuk meneruskan kehidupan dengan tabah walaupun menghadapi segala kepayahan dan kedaifan bersama empat anaknya yang terencat akal.

Habshah Said, 82, yang kematian suaminya sejak 20 tahun lalu kini terpaksa bergantung kepada ihsan jiran-jiran di Kampung Belakang Masjid Sungai Kob, Karangan, dekat sini.

Lebih menyedihkan, beliau yang kabur penglihatan juga terpaksa menguruskan empat anaknya dalam keadaan serba kekurangan.

Habshah memberitahu, dia tidak dapat bekerja kerana faktor usia, di samping penyakit rabun mata yang dihadapinya sejak beberapa tahun lalu.

Katanya, kesempitan hidupnya juga menyebabkan dia tidak mampu membeli makanan dan ubat-ubatan untuk merawat diri sendiri.

"Bantuan kewangan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) hanyalah RM300 sebulan.

Namun ia tidak cukup kerana terpaksa menanggung makan minum.

"Kadang-kadang kena minta dari jiran sekampung. Walaupun malu tapi saya bersyukurlah kerana mereka semua sudi membantu," katanya.

Habshah berkata, selepas mendirikan rumah tangga dengan suaminya, Abu Bakar Din, kira-kira 60 tahun lalu, mereka dikurniakan enam anak.

Bagaimanapun katanya, seorang daripada anaknya meninggal dunia manakala seorang lagi telah mendirikan rumah tangga.

"Sementara empat lagi anak saya iaitu Mat Nayan Abu Bakar 62; Othman, 57; Ahmad, 55 dan Rahimin, 50, terencat akal sejak mereka diserang penyakit sawan masa kecil," katanya.

Tambah Habshah, selepas kematian suaminya, dia terpaksa hidup berpindah-randah dengan bekerja mengambil upah sekitar ladang kelapa sawit di Karangan.

Bagaimanapun, disebabkan usia lanjut dan keadaan kurang mengizinkan, dia kemudian mengambil keputusan pulang ke kampung suaminya di Kampung Belakang Masjid Sungai Kob.

"Walaupun terencat akal, dengan bantuan anak-anak saya yang bekerja sambilan mengambil upah daripada penduduk kampung, saya dapat bina rumah ini untuk dijadikan tempat berteduh," katanya.

SUMBER http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0319&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_06.htm

Thursday, March 18, 2010

Dimana berakhirnya generasi kita

Sedih, sebak ,geram, meluat, menyampah dah tak tahu apa lagi perasaan dan kata-kata hendak digambarkan.

Kes pembuangan bayi, kes penderaan, kes kahwin di bawah umur dan apa lagi yang mampu di buat terhadap generasi kita ini.

JADI kembalilah kepada pengajaran agama. Unsur perikemanusiaan, kasih sayang, menghormati, semua dah dinyatakan. tetapi kini unsur-unsur tersebut seolah-olah sudah tidak ada lagi dalam masyarakat kita sekarang.

NAK SALAHKAN siapa? Ibu bapa, masyarakat, Kerajaan, persekitaran, NGO, jiran tertangga, adik, kakak, abang. Kita bukan zaman jahiliah nak bunuh-bunuh atau bakar-bakar anak. nak pukul anak-anak sesuka hati atau nak berkahwin hanya bersandarkan nafsu.

Menyedari betapa pentingnya generasi ini dipelihara maka Akta Kanak-Kanak 2001 merupakan antara undang-undang yang diguna pakai sekiranya berlaku pengabaian, penganiayaan, penderaan atau apa-apa sahaja yang menggugat kesejahteraan dan kebajikan generasi tersebut. http://www.law.yale.edu/rcw/rcw/jurisdictions/asse/malaysia/Malay_Child_Act.htm

Adakah GST Akan berAkhir??????

Kerajaan bercadang melaksanakan cukai tersebut seawal 2007 tetapi disebabkan penentangan dan protes oleh parti politik dan juga badan bukan kerajaan sejak 2004, ia terpaksa ditangguhkan.

kerajaan sekali lagi cuba mahu melaksanakan GST apabila membentang Rang Undang-Undang untuk bacaan pertama.Ia diluluskan semasa sidang Parlimen pada Disember 2009 dan pembentangan untuk bacaan kedua dijangka dilakukan pada sidang bermula 15 Mac 2010.
Namun diumumkan ditangguhkan lagi.

Pembangkang sudah merasakan momentum mereka mula menyengat apabila apa sahaja desakan mereka seolah-olah dituruti walaupun dinafikan oleh Kerajaan. pelaksanaan PPSMI, pengambilan mata pelajaran 10+2, menarik balik keputusan kenderaan berusia 15 tahun ke atas wajib membuat pemeriksaan tahunan di Puspakom sebagai syarat memperbaharui cukai jalan dan penstrukturan semula subsidi.

Jadi fikir-fikirkan lah..............