Wednesday, November 26, 2008

Kenapa kita nak kelirukan rakyat

Ketua Pembangkang Pakatan Rakyat Anwar Ibrahim mahu Kerajaan BN menjelaskan mengapa pelaburan di negara ini semakin berkurangan berbanding dengan negara Asia lain.
Anwar, yang juga Ketua Umum KeADILan berkata Kerajaan dan kementerian terbabit perlu memberikan penjelasan kepada rakyat mengapa kesan kemasukan pelaburan asing di negara ini begitu parah terutamnya di kalangan antara negara Asean.
Beliau berkata, mengikut laporan terbaru United Nations Conference on Trade and Development World Investment Report 2008 (UNCTAD)mengenai pengaliran keluar pelaburan langsung asing (FDI) yang mencecah RM38 bilion berbanding kemasukan hanya RM29 bilion untuk 2007 menyebabkan negara mengalami negatif sebanyak RM9 bilion.
baca selanjutnya di http://www.suarakeadilan.com/sk/

Sebaliknya

Tiada pelabur asing keluar ekoran krisis kewangan

KUALA LUMPUR 26 Nov. - Orang ramai diminta tidak terpengaruh dengan dakyah pembangkang yang mendakwa kononnya, banyak pelabur asing telah meninggalkan negara ini berikutan krisis kewangan dunia.
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Liew Vui Keong berkata, dakwaan pembangkang itu berikutan mereka tersalah tafsir Laporan Persidangan Pembangunan Pelaburan Dagang Dunia 2008 yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) baru-baru ini.
``Pembangkang mendakwa pelaburan RM38 bilion telah mengalir keluar pada tahun 2007 dan ini tidak benar kerana angka berkenaan merujuk kepada jumlah pelaburan yang dibuat syarikat Malaysia di luar negara.
``Saya anggap pihak pembangkang tidak faham laporan agensi PBB. Ini kerana pelaburan syarikat Malaysia yang melangkaui sempadan adalah satu perkembangan positif kepada negara,'' katanya menjawab soalan Teo Nie Ching (DAP-Serdang) pada sidang Dewan Rakyat hari ini. - Utusan.

Friday, November 21, 2008

Pandangan orang biasa-biasa.......

Dok komplain harga minyak semakin turun tapi Kerajaaan turun sikit-sikit, so saya nak bagi pandanganle, pada saya masa nak naik harga, bila minyak melambung tinggi, kenaikan harga minyak takle di buat serta merta sangat, misalnya hari ni harga minyak naik, esok harga minyak terus naik sebaliknya makan masa berbulan-bulan untuk naik.

walaupun 0.70 sen tu memangle sukar diterima tapi kalau nak dikira dengan rebet yang dibagi tu terus, okle tu, lepas tu, minyak dah turun sikit-sikit, kira dah ok le, sebab kita laksanakan sistem subsidi, bukannya pasaran terbuka, nantikan bila buat pasaran terbuka, harga melambungkan kita tak mampu plak, marah lagi.......

lagipun jika kita tengok, harga minyak sekitar US50 setong, itu duit US, duit kita tengok plak tera mana nilainya, oklah tu turun sikit-sikit tu, asalkan Kerajaan turun,
syukur alhamdulilah dengan apa yang ada

Thursday, November 20, 2008

Congratulation PLUS & ELITE

Tolongle Jangan Hanya Mengkritik, Sewajarnya Menghargai keprihatinan mereka

  • caj tol di lebuhraya PLUS dan Elite akan dikurangkan sebanyak 10 peratus bagi pengguna yang menggunakannya antara tengahmalam sehingga jam 7 pagi:
  • pengguna yang berbelanja RM200 sebulan melalui sistem pembayaran elektronik (EPS) akan menerima rebat 5 peratus
  • tambahan 10 peratus diskaun juga bagi pengguna lebuhraya semasa perayaan Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri, Deepavali dan Krismas di luar waktu sesak

Baca seterusnya di http://n32.blogspot.com/ - moga-moga dapat menyejukkan hati