Monday, April 20, 2009

Guan Eng Kurang Gembira

PULAU PINANG 19 April - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengakui secara peribadi beliau kurang gembira dengan perkembangan yang berlaku berikutan peletakan jawatan Mohammad Fairus Khairuddin sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 (TKM 1) dan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti baru-baru ini.

Bagaimanapun Guan Eng berkata, demi semangat setiakawan dalam pakatan pembangkang, beliau menyerahkan kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menyelesaikan kemelut yang berlaku.

"Saya rasa kurang gembira dengan perkembangan yang berlaku tetapi ada kekosongan bagi jawatan itu (ADUN Penanti) maka memang perlu ada pilihan raya kecil.

"Tetapi saya rasa tentang pilihan raya kecil itu biarlah tanya (pada) Anwar," katanya pada sidang akhbar media ketika diminta mengulas mengenai perkembangan terkini berhubung peletakan jawatan Mohammad Fairus sebagai TKM 1 dan ADUN Penanti.

Guan Eng sebelum itu menyampaikan ucaptama pada seminar Earth Day Dialogue : Plastic Bag: To Ban Or Not To Ban di sini hari ini.

Mengenai pemilihan calon TKM 1, Guan Eng berkata: "Kita hanya tunggu cadangan dari beliau (Anwar)...saya telah beri masa kepadanya untuk buat cadangan.

"Untuk mengelakkan lebih banyak spekulasi lebih baik serahkan kepada Anwar untuk menjawab segala persoalan ini. Ada banyak juga khabar angin mengenai barisan ADUN yang ada yang kurang layak untuk mengisi kekosongan jawatan TKM 1," katanya.

Mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa Barisan Nasional (BN) mungkin tidak meletakkan calon pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, Guan Eng berkata, terpulang kepada BN kerana Malaysia mengamalkan sistem demokrasi. - BERNAMA

sumber : Utusan Malaysia, 20 April 2009

Sunday, April 19, 2009

Lagi...............PRK

Sebagai rakyat Malaysia, saya turut bersependapat dengan analisis yang dibuat oleh pengarang Berita Harian pada 19 April 2009 bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dapat mengkaji kemungkinan hanya mengadakan pilihan raya kecil jika wakil rakyatnya meninggal dunia atau kedudukannya terbatal akibat keputusan mahkamah dan juga boleh meminda akta suruhanjaya untuk tidak perlu mengadakan pilihan raya kecil jika wakil rakyat meletak jawatan tanpa sebab munasabah.

Malah di kalangan pemimpin-pemimpin BN juga turut memberi reaksi yang berbeza sama ada wajarkah BN perlu bertanding pada PRK DUN Penanti.

Seterusnya blog http://n32.blogspot.com yang memetik laporan akhbar The Star 18 April 2009 yang menyiarkan PRK terakhir yang dikendalikan iaitu Permatang Pauh, Kuala Terengganu. Bukit Gantang, Batang Ai dan Bukit Selambau Kerajaan telah berbelanja RM33.4 juta (2.4 juta SPR, RM31 juta Polis.

Berikut merupakan pecahan belanja pihak polis

Permatang Pauh - RM2.5 juta
Kuala Terengganu - RM11.5 juta
Bukit Gantang - RM7 juta
Bukit Selambau-RM5 juta
Batang Ai - RM5 juta

Minda Pengarang:SPR wajar tegas elak 'pembaziran'Pilihan Raya
Kecil


SELEPAS Pilihan Raya Umum Mac tahun lalu, sudah lima pilihan raya kecil diadakan, dengan empat daripadanya dimenangi Pakatan Rakyat dan satu Barisan Nasional (BN). Daripada lima kekosongan kerusi itu, tiga diadakan berikutan kematian wakil rakyat kawasan terbabit, iaitu Parlimen Kuala Terengganu pada Januari lalu, Parlimen Bukit Gantang dan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Air di Sarawak, kedua-duanya baru diadakan. Namun, pilihan raya kecil kerusi DUN Bukit Selambau yang juga baru diadakan dan Parlimen Permatang Pauh pada Ogos 2008, diadakan kerana wakil rakyatnya meletak jawatan. Kebetulan dua kerusi itu disandang Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan calon pengganti, Datuk Seri Anwar Ibrahim (Permatang Pauh) dan S Manikumar (Bukit Selambau) menang dalam pilihan raya kecil berkenaan. Kelmarin, seorang lagi wakil rakyat PKR, iaitu bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin mengosongkan kerusi DUN Penanti, yang kebetulan dalam kawasan Parlimen Permatang Pauh di Pulau Pinang. Pilihan Raya Umum Ke-12 baru 13 bulan berlalu dan ini bermakna masa masih panjang, iaitu sekitar empat tahun atau kurang untuk Pilihan Raya Umum Ke-13. Jika trend sekarang berterusan, entah berapa banyak lagi pilihan raya kecil perlu diadakan sebelum pilihan raya umum akan datang. Kita boleh menerima kekosongan sesuatu kerusi Parlimen atau DUN jika wakil rakyatnya meninggal dunia, tetapi bukan kerana meletak jawatan sewenang-wenangnya.

Sudah tiba masanya bagi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengkaji kemungkinan hanya mengadakan pilihan raya kecil jika wakil rakyatnya meninggal dunia atau kedudukannya terbatal akibat keputusan mahkamah. SPR sebenarnya mempunyai kuasa untuk mengisytiharkan sama ada berlaku kekosongan bagi sesuatu kerusi tertentu dan ini bermakna, kerajaan boleh meminda akta suruhanjaya untuk tidak perlu mengadakan pilihan raya kecil jika wakil rakyat meletak jawatan tanpa sebab munasabah. Jika wakil rakyat itu dikatakan lemah atau bermasalah, biar pengurusan tertinggi partinya mengambil alih tugas wakil rakyat sehingga pilihan raya umum diadakan. Pilihan raya kecil bukan saja membuang banyak masa, tenaga dan wang ringgit, malah boleh mencetuskan ketegangan, gara-gara kempen terlalu agresif. Dalam kes Mohammad Fairus, apakah perlu beliau meletak jawatan dan apa alasannya? Sehari sebelum Ibu Pejabat PKR mengeluarkan kenyataan mengenai peletakan jawatan itu, beliau dalam satu temu ramah dengan akhbar Nanyang Siang Pau mendakwa berlaku plot untuk menjatuhkannya dan memberi parti itu dua minggu untuk membersihkan namanya atau beliau akan mendedahkan masalah dalaman PKR dan kerajaan Pulau Pinang. Malah, beliau mendakwa menjalankan tugas dengan baik, cuma tidak diberi publisiti, termasuk oleh Suara Keadilan sendiri menyebabkannya kelihatan 'tidak buat kerja.' Turut menghairankan ialah mengapa PKR tidak mahu Adun Bukit Lanjan, Elizabeth Wong meletak jawatan, sebaliknya terus menyambung tugas Exco Selangor, kelmarin selepas tercetus isu gambar separuh bogelnya. Semua ini menggambarkan amalan 'double standard' PKR. Apapun, ada juga kemungkinan pilihan raya kecil itu sengaja dirancang untuk meneruskan 'gelombang sokongan' kepada Pakatan Rakyat sehingga pilihan raya umum akan datang.

sumber - Berita Harian(Minda Pengarang - Rencana), 19 April 09

1Malaysia kesinambungan konsep dua bekas PM

KUANTAN: Datuk Seri Najib Razak berkata, konsep '1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Prestasi Diutamakan' adalah kesinambungan daripada dua konsep yang diperkenalkan Perdana Menteri terdahulu dalam agenda membangun dan memajukan negara ini.

Perdana Menteri berkata, ia juga aspirasinya untuk menterjemah dan meneruskan formula pentadbiran untuk mencapai status negara maju menerusi Wawasan 2020 oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dan menjadi lebih cemerlang, gemilang dan terbilang yang diperjuangkan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

"Konsep ini adalah ramuan dan pelengkap bagaimana kita mahu sampai kepada matlamat kita... nak sampai pada destinasi, tidak lain dan tidak bukan ialah menerusi '1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Prestasi Diutamakan'.

Sumber - Berita Harian, 19 April 2009

Friday, April 17, 2009

Rakyat Juga Sependapat

Najib says country does not need another by-election
By Debra Chong


KLANG, April 17 — Newly-minted Prime Minister Datuk Seri Najib Razak is weary of by-elections and just wants to move forward with his job: fixing the limp economy and taking Malaysia to a higher level, all in the name of taking care of the public’s best interests, he says.

“Too much time, energy and ringgit are being spent on by-elections that are actually unnecessary,” he told reporters today after opening the 63rd annual general meeting of the Associated Chinese Chambers of Commerce and Industry of Malaysia (ACCCIM).

Najib looked visibly tired when asked to comment on the likely by-election awaiting Penang voters in Penanti, a state seat within the mainland Permatang Pauh parliamentary constituency.

Permatang Pauh voters also went to the polls last August, in which Najib led the Barisan Nasional campaign that resulted in a return to Parliament of his arch-rival Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Najib noted there had been too much “politicking in our country when right now we should focus on recovering our economy and taking care of the people’s interests and to move forward for the sake of our country and take Malaysia to a higher level of success”.

“This resignation is a political decision and can be likened to a political game for certain purposes,” he said, referring to Penanti assemblyman and former Penang Deputy Chief Minister I Mohammad Fairus Khairuddin, who resigned yesterday amid a flurry of corruption allegations just over a year after being elected to the seat on a PKR ticket.

“The rakyat generally do not like by-elections that are deliberately held,” he added.

sumber : http://m.themalaysianinsider.com

Wednesday, April 15, 2009

Renungan Bersama

Satu Malaysia: Perspektif orang muda
Oleh KHAIRUDDIN MOHD ZAIN


TERDAPAT ramai di kalangan rakan penulis, yang masih lagi ragu dan belum berasa tuntas dengan konsep sebenar 'Satu Malaysia' yang diangkat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak minggu lalu.
Sebagai sekumpulan anak muda, spektrum pandangan adalah pelbagai dan rencam, sekali gus banyak bergantung kepada 'proses sosialisasi dan pendidikan' yang diterima sebagai latar belakang pandangan masing-masing.
Penulis sendiri disapa oleh rakan sekolah rendah yang kini berada nun jauh di bumi Amerika Syarikat. Ina (bukan nama sebenar) adalah seorang anak kampung biasa, yang berjaya melanjutkan pelajaran sehingga ke AS melalui biaya siswa kerajaan.
Keprihatinan Ina berkenaan suasana ekonomi negara pada ketika ini amat melegakan. Jika ramai anak muda, tidak kira di dalam atau luar negara, punya fikrah sedemikian rupa, kita mungkin berada di landasan yang tepat.
Ina cukup teruja dengan konsep 'Satu Malaysia'. Sebagai seorang anak muda yang jauh di perantauan sana, membaca akhbar online sudah cukup memberikannya 'gambaran' yang tidak terlalu positif; sekiranya kita terus-terusan berada dalam arus ekstremisme dan politik dendam. Keprihatinan Ina punya asas yang bukan remeh.
'Satu Malaysia' - bukanlah suatu 'nyanyian perang' (battle cry). Ia juga bukannya suatu pernyataan slogan politik yang kosong. Kita mesti sama-sama menghayati kepentingan 'Satu Malaysia' dalam keadaan dan perkaitannya dengan suasana sedia ada.
Tidak ada, waima satu bangsa hebat di dunia pun yang mampu mencapai klimaks kehebatan, dengan bangsanya yang terpecah-pecah dan tidak ampuh. Ini fakta sejarah yang tidak mungkin mampu dinafi. Susur sahaja kehebatan tamadun dunia apa sekalipun, ia bermula dengan 'cita-cita kebernegaraan' yang dikongsi bersama.
Hakikatnya, akhir-akhir ini 'cita-cita negara' seakan-akan diganti dengan pengaruh politik persepsi dan penting diri.
Ada kecenderungan untuk melakukan apa sahaja atas nama demokrasi total. Ada kecenderungan untuk meruntuhkan segala 'asas binaan sosial' lama - kononnya atas nama politik baru yang lebih adil dan saksama.
'Satu Malaysia' - menilai soal kebersamaan dalam wajah dan acuan yang jujur. Benar, kita mahukan suasana baru yang lebih 'adil' terhadap semua rakyat. Namun, nilai baru ini juga tidak menolak 'asas kemasyarakatan' yang sedia ada ampuh dalam Perlembagaan negara dan amalan berkerajaan selama ini. Hakikat ini jangan ditolak sama sekali.
Justeru, generasi muda Malaysia khususnya perlu membina 'fikrah Satu Malaysia' yang sejujur-jujurnya. Kita perlu banyak meninggalkan syak wasangka. Kita perlu meruntuh faham prejudis yang merosakkan. Kita perlu bersangka baik antara satu sama lain. Kita perlu mempunyai yakin diri bahawa tempat dan langit mereka juga ada di bumi bertuah Malaysia ini.
Yang penting, perasaan ini mestilah bersifat 'timbal balas'. Ia mestilah perasaan yang bersifat reciprocal dan berkait. Fikrah Satu Malaysia tidak akan wujud dengan pemahaman bahawa anda lebih perlu berkorban daripada saya atau sebaliknya. Satu Malaysia - sudah mengangkat parameter baru dalam kita hidup bermasyarakat.
Entah mengapa, filem Talentime, arahan Yasmin Ahmad amat bertepatan dengan cita-cita 'Satu Malaysia' ini. Yasmin mengupas isu kaum dan syak wasangka kemasyarakatan dalam ruang yang bersahaja tetapi mampu memukul emosi dan rasional.
Apakah perlu kita punya pelbagai ruang tanggap dan prejudis terhadap kaum lain? Sampai bila kita perlu punya persepsi yang begini? Apakah tidak ada pendekatan 'langkau politik' yang membolehkan kita hidup sebagai bangsa Malaysia?
Seorang rakan penulis juga, seorang aktivis kesatuan niaga - sama sekali menolak kemungkinan 'Satu Malaysia' itu sebagai 'Malaysian Malaysia'. Penulis bersetuju. Niatnya tidak sama. Hasratnya tidak sama. Cita asalnya juga tidak serupa. Beza antara kedua-duanya bagaikan langit dan bumi.
Malaysian Malaysia mahu menanggalkan terus 'asas binaan kemasyarakatan' yang wujud buat sekian lama. Takrif - keadilan diambil secara membuta tuli dengan menggunakan konsep kesamarataan versi total. Sedangkan, 'Satu Malaysia' lebih mampu mengharmoni cita-cita ini dalam ruang lingkup yang berbeza.
Ironinya, 'nyanyian kesamarataan' ini pun tidak berlaku seperti yang diharapkan dahulu. Waima di atas landasan 'meritokrasi' sekalipun, ada pihak yang dipinggir secara sistematik dan nyata.
Meritokrasi tidak menanggap, tidak menilai dan tidak 'peka' soal ketidakadilan sosial dan marginalisasi. Apakah ini model yang diharapkan?
Kita mestilah menjadi kalangan mereka yang ikhlas dan jujur, mengerti dan memahami bahawa perjalanan 'hebat' kita sebagai bangsa Malaysia masih jauh. Perlu banyak pemulihan dan intervensi dasar yang diperlukan bagi memastikan kita menuju ke destinasi kembara yang sama. Sikap saling tidak percaya, cepat berkecil hati dan tidak berjiwa besar mungkin menjadi hambatan nyata kepada 'Satu Malaysia'.
'Satu Malaysia' memerlukan pengamalan politik yang matang dan luar biasa. Matang dalam menilai isu dan suasana. Matang dalam mewujudkan penyesuaian dengan 'faktor semasa' dan tidak meminta-minta di atas garis lama yang semakin kabur.
Kita juga tidak perlu terbuai dengan 'persona kuasa' yang semakin menjadi liabiliti, waima kepada bangsa yang kita sendiri wakili.
'Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan, Prestasi Diutamakan' - yang pastinya lebih daripada sebuah pernyataan polisi. Walaupun ia membuka ruang pendefinisian yang tidak habis, hakikatnya ini menjadi perlambangan penting seorang pemimpin yang berhemah dengan keperluan perubahan dan transformasi.
Ya, mungkin Najib meletakkan 'standard' atau piawaian yang amat tinggi kepada jentera kerajaan yang ada; ia juga menjadi amanah kepada rakyat untuk membina parameter 'politik matang' yang sebenar. Politik yang tidak bersandarkan pada dendam kesumat. Politik yang tidak berteraskan kepada 'persepsi'. Politik yang tidak berlandaskan 'faktor sejarah dan nilai akal budi'.
'Satu Malaysia' adalah suatu wacana rakyat yang menuntut pengorbanan semua pihak. Rakyat dan masyarakat umum juga perlu adil dalam membuat penilaian dan tidak terlalu pantas dalam melambakkan semua isu kepada lingkungan penyelesaian kerajaan. 'Satu Malaysia' juga menuntut kita meletakkan setiap individu dalam 'lingkungan capaian' penyelesaian masalah.
Jika asas statistik adalah benar, maka konsep 'Satu Malaysia' sangat menarik kepada golongan muda. Tarikan utamanya adalah kemungkinan mereka mengisi sendiri takrif yang mereka mahu - bersesuaian dengan wajah 'Malaysia' yang mereka mahu lihat, sedasawarsa dari sekarang.
Generasi muda profesional misalnya, sudah terbiasa dengan amalan nilaian berprestasi tinggi. Ini juga ditulis oleh Bruce Tulgan di dalam bukunya Not Everyone Gets a Trophy. Generasi Y dan Z, menjadi tidak karuan tanpa wujudnya Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang jelas.
Enam bulan akan datang, generasi muda Malaysia mampu 'menilai' para Menteri dengan nyata dan jelas. Ini ruang yang tidak pernah ada - saat segalanya begitu centralized sifatnya.
'Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan, Prestasi Diutamakan' - adalah suatu amalan berfikir dan bertindak yang perlu dimiliki oleh setiap rakyat Malaysia. Penulis tidak fikir, 'Satu Malaysia' sebagai gimik politik yang kosong dan tidak berisi. Hakikatnya, kitalah juga yang perlu mengisi tuntutan dan amanah ini. Jangan melihat kepada orang lain - kerana faham itu perlu wujud dalam benak fikir kita sendiri.
Generasi muda perlu menerima hakikat bahawa pandangan dan pendapat mereka sudah menjadi lebih 'inklusif' dengan Satu Malaysia ini. Kali ini, mereka boleh menjadi rakan kepada pembangunan; dan tidak lagi hanya menjadi pemegang saham jauh yang idealist dan revisionist. Sikap ideal itu perlu diberikan pengertian dalam kerangka - 'Satu Malaysia'.

sumber : Utusan Malaysia, 15 April 2009

Thursday, April 9, 2009

SENARAI KABINET BARU

PERDANA MENTERI : Datuk Seri Najib Tun Razak
TIMBALAN PERDANA MENTERI: Tan Sri Muhyiddin Yassin

PERDANA MENTERI:
Menteri:
1. Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (Hal Ehwal Perpaduan & Pengurusan Prestasi)
2. Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (Hal Ehwal Perundangan dan Parlimen)
3. Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (Unit Perancang Ekonomi)
4. Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom (Hal Ehwal Agama Islam)
Timbalan Menteri:
1. Datuk Liew Vui Keong
2. Datuk Dr. Mashitah Ibrahim
3. Datuk S.K. Devamany
4. Ahmad Maslan
5. T. Murugiah

KEMENTERIAN KEWANGAN:
Menteri
: Datuk Seri Najib Tun Razak
Menteri II: Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah
Timbalan Menteri:
1. Datuk Chor Chee Heung
2. Datuk Dr. Awang Adek Hussin

KEMENTERIAN PELAJARAN:
Menteri:
Tan Sri Muhyiddin Yassin
Timbalan Menteri:
1. Datuk Dr Wee Ka Siong
2. Dr. Mohd Puad Zarkashi

KEMENTERIAN PENGANGKUTAN:
Menteri:
Datuk Ong Tee Keat
Timbalan Menteri:
1. Datuk Abdul Rahim Bakri
2. Datuk Robert Lau Hoi Chew

KEMENTERIAN PERUSAHAAN, PERLADANGAN DAN KOMODITI:
Menteri:
Tan Sri Bernard Dompok
Timbalan Menteri: Datuk Hamzah Zainudin

KEMENTERIAN DALAM NEGERI:
Menteri
: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Timbalan Menteri:
1. Datuk Wira Abu Seman Yusop
2. Jelaing anak Mersat

KEMENTERIAN PENERANGAN, KOMUNIKASI, KESENIAN DAN KEBUDAYAAN:
Menteri:
Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim
Timbalan Menteri:
1. Datuk Joseph Salang Gandum
2. Senator Heng Seai Kie

KEMENTERIAN TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR:
Menteri:
Datuk Peter Chin Fah Kui
Timbalan Menteri: Noriah Kasnon

KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH:
Menteri: Datuk Seri Shafie Apdal
Timbalan Menteri:
1. Datuk Hassan Malek
2. Datuk Joseph Entulu anak Belaun

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI:
Menteri: Datuk Seri Mohd Khaled Nordin
Timbalan Menteri:
1. Datuk Dr. Hou Kok Chung
2. Datuk Saifuddin Abdullah

KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI:
Menteri:
Datuk Mustapa Mohamed
Timbalan Menteri:
1. Datuk Mukhriz Mahathir
2. Datuk Jacob Dungau Sagan

KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INNOVASI:
Menteri: Datuk Dr. Maximus Ongkili
Timbalan Menteri: Fadillah Yusof

KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR:
Menteri:
Datuk Douglas Uggah Embas
Timbalan Menteri: Tan Sri Joseph Kurup

KEMENTERIAN PELANCONGAN:
Menteri:
Datuk Ng Yen Yen
Timbalan Menteri: Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib

KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI:
Menteri: Datuk Noh Omar
Timbalan Menteri:
1. Datuk Johari Baharum
2. Datuk Rohani Abdul Karim

KEMENTERIAN PERTAHANAN:
Menteri: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan Menteri: Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad

KEMENTERIAN KERJA RAYA:
Menteri: Datuk Shaziman Abu Mansor
Timbalan Menteri: Datuk Yong Khoon Seng

KEMENTERIAN KESIHATAN:
Menteri:
Datuk Liow Tiong Lai
Timbalan Menteri: Datuk Rosnah Rashid Shirlin

KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN:
Menteri:
Datuk Ahmad Shabery Cheek
Timbalan Menteri:
1. Datuk Razali Ibrahim
2. Wee Jeck Seng

KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA:
Menteri:
Datuk Dr S.Subramaniam
Timbalan Menteri: Datuk Maznah Mazlan

KEMENTEIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA:
Menteri:
Datuk Ismail Sabri Yaakob
Timbalan Menteri: Datuk Tan Lian Hoe

KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN:
Menteri:
Datuk Kong Cho Ha
Timbalan Menteri: Datuk Lajim Ukin

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT:
Menteri
: Datuk Seri Sharizat Jalil
Timbalan Menteri: Datin Paduka Chew Mei Fun

KEMENTERIAN LUAR:
Menteri: Datuk Anifah Aman
Timbalan Menteri:
1. A. Kohilan Pillay
2. Datuk Lee Chee Leong

KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN:
Menteri: Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
Timbalan Menteri: Datuk M. Saravanan

Tuesday, April 7, 2009

Persenda Ayat Al-Quran

Kenapa biarkan ayat suci diperalat?

Utusan Malaysia - 7 April 2009

Oleh AMIZUL TUNIZAR AHMAD TERMIZIpengarang@utusan.com.my

TAIPING 6 April - Seperti dijangka, Pas yang mengamalkan fahaman 'halalku wa harammu' merelakan orang bukan Islam berkempen menggunakan ayat suci al-Quran walaupun perbuatan tersebut disifatkan sebagai satu penghinaan kepada umat dan ajaran Islam oleh Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria.
Sikap Pas yang kononnya memperjuangkan Islam itu memang sudah dijangka kerana individu yang memperalatkan ayat suci al-Quran untuk meraih undi orang Melayu itu ialah di kalangan pemimpin DAP yang menjadi rakan kepada parti itu.
''Baguslah kalau dia boleh baca ayat al-Quran, itu menunjukkan dia menghormati agama Islam." Itulah pandangan Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Datuk Mustafa Ali terhadap tindakan Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming dan beberapa lagi pemimpin DAP yang kini dilihat semakin 'seronok' berkempen menggunakan ayat-ayat al-Quran walaupun sebutannya tunggang-langgang.
Malah, Mustafa dengan bangganya menyatakan apa yang berlaku itu merupakan kejayaan Pas mendedahkan Islam kepada DAP dalam tempoh singkat dua parti itu bergabung dalam pakatan pembangkang.
Katanya, walaupun BN sudah lama ditubuhkan, belum pernah ada seorang pun pemimpin bukan Islam dalam MCA dan MIC menggunakan ayat al-Quran apatah lagi memberikan ucapan salam 'assalamualaikum' kepada orang Islam.
Walaupun bunyinya macam menyokong, Pas enggan menyatakan sama ada parti itu menyokong trend baru yang digunakan oleh DAP untuk berkempen itu.
''Soal sokong atau tidak itu tidak timbul. Kita tidak arah mereka berkempen guna ayat al-Quran tetapi mereka (bukan Islam) mungkin rasa mereka faham tentang Islam." Itulah jawapan 'selamat' yang diberikan oleh Mustafa.
Keengganan Pas menyatakan sokongannya secara terang-terangan kepada tindakan pemimpin DAP itu memang difahami kerana mereka tidak mahu isu itu menjejaskan sokongan pengundi Melayu kepada parti itu.
Namun demikian, dengan berdiam diri dan menganggap apa yang dilakukan oleh Kor Ming itu bagus, ia merupakan satu mesej yang jelas bahawa Pas menyokong tindakan memperalatkan agama untuk kepentingan politik seperti yang dilakukan oleh Pas selama ini walaupun oleh golongan kafir.
Memang diakui dengan membaca petikan ayat suci al-Quran, ia satu taktik berpolitik yang sangat berkesan untuk orang bukan Islam menambat hati orang Islam untuk menyokong mereka.
Pendekatan seumpama itu pernah digunakan oleh Inggeris untuk menambat hati orang Melayu dengan petah bercakap dalam bahasa Melayu sehingga tanpa disedari negeri mereka sudah dijajah. Bagaimanapun, apa yang dilakukan oleh pemimpin DAP ini lebih teruk kerana menggunakan ayat al-Quran sedangkan mereka tidak beriman dengan kitab suci itu, apatah lagi mengakui Allah sebagai Tuhan Yang Esa.
Apa yang berlaku ini sangat menyedihkan kerana belum pernah ada orang bukan Islam di negara ini berani mempersendakan Islam selama ini tetapi banyak berlaku sekarang termasuk penggunaan istilah Allah untuk merujuk kepada Tuhan penganut Kristian serta penghinaan ke atas Sultan dan Mufti Perak.
Itulah pendekatan yang digunakan oleh Pas untuk meracuni pemikiran orang Islam untuk 'menghalalkan' apa saja yang dilakukan oleh parti itu dan rakannya demi survival politik mereka