Friday, December 24, 2010

Bermakna 1Malaysia Diterima Rakyat??????




Bergantung kepada rakyat untuk menerima atau sebaliknya konsep 1Malaysia itu. Kenapa perlu melarang menggunakan logo itu. Ini bermakna mereka sudah merasai rakyat sudah menerima konsep tersebut. Seharusnya membuktikan dengan lebih baik konsep Negara kebajikan yang diilhamkan oleh mereka semasa Pilihan Raya Umum ke-12.Inilah masanya mereka membuktikan kepada rakyat bahawa mereka mampu memenangi dan menjaga kepentingan rakyat. Dengan menghalang menggunakan logo tersebut menunjukkan mereka sebenarnya tewas tanpa berjuang dan membuktikan mereka tidak mampu menyaingi Kerajaan Barisan Nasional daripada Pakatan Rakyat. Ayoh bangkitlah pemimpin-pemimpin Selangor, jangan gentar dan perlu berjuang. PRU ke-13 kelak yang sebenarnya menentukan kemampuan anda bukannya logo 1Malaysia itu.

Rujukan – BERNAMA

Thursday, December 23, 2010

Kongsi bersama..... ambik pengajaran

Buat baik berpada-pada. Buat jahat jangan sekali. Ungkapan itu perlu dilihat sebaliknya. Adakala orang berbuat baik ada maksud tertentu. manakala orang yang buat jahat belum tentu jahatnya.

Ini boleh diambik pengajaran kerana kita manusia pelu beringat dan perpada-pada.Selagi kita hidup selagi itulah perjuangan kita akan berterusan dan perlu hadapi.
Mungkin ini boleh dijadikan pengajaran.....

Rujukan - Utusan Malaysia

Tuesday, December 21, 2010

Menarik untuk dikongsi


Mahu atau tidak mahu, Malaysia perlu mengharungi arus globalisasi dan meneroka maklumat tanpa sempadan. Sungguhpun demikian, kita perlu menerima kemudahan itu menurut acuan negara kita. Jangan jadikan saluran itu untuk mengkritik, mengaib, menipu dan manakutkan orang lain. Harus digunakan sebaik mungkin kerana agama tidak melarang kita menuntut ilmu asalkan ia mendatangkan kebaikan dan tidak memberi kemudaratan kepada mana-mana pihak.

baca seterusnya di waksabblogspot

Kronologi nahas bas 2010


Sedih, menyayat hati. malang tak berbau atau salah siapa???

16 Disember – Empat kakitangan Jabatan Penjara Tawau terbunuh apabila bas jabatan itu terbabas lalu terjatuh dalam gaung di Kampung Moyog, 35 kilometer dari Penampang dekat Kota Kinabalu.

14 Disember – 14 pekerja kilang cedera apabila bas kilang terbabas dan terbalik di KM 156.2 Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Nibong Tebal, Pulau Pinang, selepas bergesel dengan sebuah treler yang turut terhumban dalam parit.

11 Disember – Tiga pelajar Institut Kemahiran Mara Jasin, Melaka parah apabila bas ekspres terbabas dan terbalik di Kilometer 304.5 Lebuh Raya Utara-Selatan, dekat Gopeng, Perak.

4 November – Seorang maut dan dua cedera parah selepas bas ekspres terbabas sebelum terbalik dalam sebuah tali air
di Kampung Sungai Miang, di Kilometer 20 Jalan Pekan-Nenasi, Pahang.

29 Oktober – Tujuh penumpang maut dan 39 cedera, termasuk 17 parah dalam kemalangan di KM36 Lebuhraya Karak ke Kuala Lumpur.

10 Oktober – 13 penumpang maut dan 40 cedera apabila bas ekspres terbabit dalam kemalangan di Km 223 Lebuh Raya Utara-Selatan menghala utara berhampiran Plaza Tol Simpang Ampat-Rembau.

2 September – Lapan belas cedera apabila bas persiaran terbabas dan terbalik di Kilometer 35.1 Lebuhraya Karak-Kuala Lumpur.

27 Ogos – Seorang pemandu bas ekspres terbunuh, manakala tiga cedera parah dan enam cedera ringan dalam kemalangan di KM306.2 Lebuh Raya Utara-Selatan.

17 April – Seorang penumpang patah tulang rusuk, manakala enam cedera ringan apabila bas ekspres dari Johor Baharu ke ibu negara terbabas di KM32 Lebuh Raya Utara-Selatan, dekat Kulai Jaya, Johor.

20 Mac – 40 penumpang sebuah bas ekspres nyaris maut apabila terbabas dan terperosok ke dalam tali air di KM42 Jalan Kuantan-Kemaman.

4 Februari – 15 penumpang bas Ekspres Konsortium dalam perjalanan ke Kuala Lumpur nyaris maut selepas bas melanggar dua kenderaan lain di Plaza Tol Sungai Dua, Pulau Pinang.

sumber : Berita Harian

ISU-ISU DI DUN N5 TENANG


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengumumkan mengenai Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Tenang pada 24 Disember 2010. Parti yang bertanding sudah tentu mula mengatur strategi untuk memenangi hati masyarakat DUN Tenang.

Kawasan DUN Tenang mempunyai 50 peratus kaum Melayu dan 50 peratus kaum bukan Melayu. Kebanyakan orang Melayu adalah peneroka yang tinggal di kawasan Felda, kaum Cina sekitar 38 peratus kebanyakan tinggal di pekan Labis. Manakala India adalah 12 peratus.

Isu utama yang dijangka akan dimainkan adalah isu Felda. Terdapat tiga buah kawasan tanah rancangan Felda di DUN Tenang iaitu Felda Chemplak, Felda Chemplak Barat dan Felda Tenang yang mempunyai 4,000 pengundi daripada 14,511 yang berdaftar.

Mazlan Aliman merupakan antara nama yang disebut sebagai calon PAS di DUN Tenang. Beliau merupakan AJK PAS Pusat, Ketua Penerangan PAS Johor dan Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK).

Mazlan Aliman merupakan individu yang dianggap banyak memperjuangkan nasib peneroka Felda. Mungkin ini dilihat akan menjadi ‘advantage’ kepada beliau untuk mempengaruhi peneroka-peneroka Felda menyokong calon PAS.

Perlu diingat dalam tahun 2010, Felda telah kalah dalam kes saman peneroka terhadap agensi tersebut. Pada bulan Ogos 2010 Felda diperintah membayar ganti rugi RM 11 juta kepada 354 peneroka Felda Kemahang Tiga, di Kelantan selepas gagal dalam permohonan semakan di Mahkamah Persekutuan. Manakala pada bulan September 2010 Mahkamah Tinggi Kuantan memutuskan peneroka Felda berhak mendapat bayaran tanam semula sebanyak RM1,700 seekar dari Felda walaupun mereka tidak menanam semula ladang mereka melalui badan berkanun. Felda turut dikatakan akan berdepan dengan banyak saman lagi setelah kejayaan yang diperoleh oleh peneroka-peneroka tersebut.

Datuk Chua Jui Meng juga disebut bakal calon bagi mendapatkan sokongan masyarakat Cina. Chua Tee Yong merupakan Ahli Parlimen Labis. Bapanya, Datuk Chua Soi Lek suatu ketika dulu berdepan dengan kes video lucah. Ini dilihat akan dijadikan modal untuk memberi undi pada Chua Jui Meng. Namun nama Chua Jui Meng tidaklah sehebat Mazlan Aliman.

Isu kredibiliti Parlimen, Speaker Dewan Rakyat yang tidak adil dan APCO dijangka akan digunakan dalam kempen PRK DUNTenang ekoran empat Ahli Parlimen Pakatan Rakyat digantung selama enam bulan dari menghadiri Dewan Rakyat.

Isu-isu lain yang disebut akan dimainkan adalah isu kenaikan harga petrol, isu kenaikan harga barang keperluan dan isu kenaikan sara hidup.

Rujukan : anwaribrahim, malaysia insider dan umnoonline

Wednesday, December 8, 2010

Wanita Pertama Tokoh Maal Hijrah


Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, 63 tahun merupakan wanita pertama dipilih sebagai penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah tahun 2010. Bapa beliau, Prof Diraja Ungku Aziz,juga pernah menjadi penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah 1418H/1997.

Pengiktirafan tersebut amat dibanggakan dan menjadi pendorong kepada wanita-wanita di luar sana untuk menunjukkan kemampuan seiring dengan kaum lelaki.

Menunjukkan juga negara mengiktiraf wanita sebagai agenda pemangkin negara. Memang benar kata pepatah, 'tangan yang mengayun buaian mampu mengoncang dunia'.

Baca seterusnya di Berita Harian

Tuesday, December 7, 2010

Kerajaan tentu ada jawapan

Tun Dr. Mahathir kata rizab antarabangsa Malaysia yang besar jumlahnya boleh digerakkan.
Kita ada rizab berjumlah lebih AS$100 bilion, yang boleh menampung lapan bulan import tertangguh,” katanya.

Negara hanya memerlukan rizab bagi hingga tiga atau empat bulan import tertanggu, katanya dalam ucapannya pada acara “Revisiting Vision 2020” anjuran Institut Pemasaran Malaysia di sini hari ini.

“Daripada AS$100 bilion itu, kita sebenarnya boleh menggerakkan AS$50 bilion, yang akan membantu kerajaan. Kerajaan berkata ia tidak ada wang untuk berbuat itu dan ini, tiada wang untuk memberi subsidi. Jadi, kenapa tidak gunakan wang ini,” kata beliau.

Semasa krisis kewangan Asia 1997/98, rizab luar negara Malaysia berjumlah hanya AS$17 bilion dan semasa pemulihan jumlahnya ialah AS$30 bilion, katanya.

Baca seterusnya di Malaysiainsider

perlu jadi iktibar

Rakyat Malaysia diseru supaya tidak meruntuhkan perpaduan yang dibina hanya kerana memenuhi tuntutan segelintir pihak yang ekstrem dan rakus meraih keuntungan untuk kelompok sendiri.



Menurut baginda lagi, adalah menjadi tanggungjawab bersama bagi memastikan negara dalam keadaan aman dan berjaya untuk diwarisi oleh anak-anak kita nanti,
Bagi umat Islam, binalah ummah dan negara yang tercinta ini atas dasar iman dan ukhuwah yang erat. Ambillah pengajaran daripada peristiwa hijrah ini dengan penuh keinsafan dan mengharapkan keredaan Allah Subhanahu wata’ala
Baginda juga berharap rakyat Malaysia dapat sentiasa berusaha mengekalkan perpaduan di negara ini, dan bagi umat Islam turut menghayati tema sambutan Ma’al Hijrah tahun ini iaitu “1 Malaysia, 1 Ummah. Itulah titah dan amanat baginda pada sambutan Ma’al Hijrah 1432 peringkat kebangsaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.