Wednesday, November 26, 2008

Kenapa kita nak kelirukan rakyat

Ketua Pembangkang Pakatan Rakyat Anwar Ibrahim mahu Kerajaan BN menjelaskan mengapa pelaburan di negara ini semakin berkurangan berbanding dengan negara Asia lain.
Anwar, yang juga Ketua Umum KeADILan berkata Kerajaan dan kementerian terbabit perlu memberikan penjelasan kepada rakyat mengapa kesan kemasukan pelaburan asing di negara ini begitu parah terutamnya di kalangan antara negara Asean.
Beliau berkata, mengikut laporan terbaru United Nations Conference on Trade and Development World Investment Report 2008 (UNCTAD)mengenai pengaliran keluar pelaburan langsung asing (FDI) yang mencecah RM38 bilion berbanding kemasukan hanya RM29 bilion untuk 2007 menyebabkan negara mengalami negatif sebanyak RM9 bilion.
baca selanjutnya di http://www.suarakeadilan.com/sk/

Sebaliknya

Tiada pelabur asing keluar ekoran krisis kewangan

KUALA LUMPUR 26 Nov. - Orang ramai diminta tidak terpengaruh dengan dakyah pembangkang yang mendakwa kononnya, banyak pelabur asing telah meninggalkan negara ini berikutan krisis kewangan dunia.
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Liew Vui Keong berkata, dakwaan pembangkang itu berikutan mereka tersalah tafsir Laporan Persidangan Pembangunan Pelaburan Dagang Dunia 2008 yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) baru-baru ini.
``Pembangkang mendakwa pelaburan RM38 bilion telah mengalir keluar pada tahun 2007 dan ini tidak benar kerana angka berkenaan merujuk kepada jumlah pelaburan yang dibuat syarikat Malaysia di luar negara.
``Saya anggap pihak pembangkang tidak faham laporan agensi PBB. Ini kerana pelaburan syarikat Malaysia yang melangkaui sempadan adalah satu perkembangan positif kepada negara,'' katanya menjawab soalan Teo Nie Ching (DAP-Serdang) pada sidang Dewan Rakyat hari ini. - Utusan.

No comments: