Showing posts with label rakyat prihatin. Show all posts
Showing posts with label rakyat prihatin. Show all posts

Friday, March 19, 2010

TERHARU...............



MUNGKIN ADA LAGI YG BLM DIDEDAHKAN

Seorang ibu tunggal bertekad untuk meneruskan kehidupan dengan tabah walaupun menghadapi segala kepayahan dan kedaifan bersama empat anaknya yang terencat akal.

Habshah Said, 82, yang kematian suaminya sejak 20 tahun lalu kini terpaksa bergantung kepada ihsan jiran-jiran di Kampung Belakang Masjid Sungai Kob, Karangan, dekat sini.

Lebih menyedihkan, beliau yang kabur penglihatan juga terpaksa menguruskan empat anaknya dalam keadaan serba kekurangan.

Habshah memberitahu, dia tidak dapat bekerja kerana faktor usia, di samping penyakit rabun mata yang dihadapinya sejak beberapa tahun lalu.

Katanya, kesempitan hidupnya juga menyebabkan dia tidak mampu membeli makanan dan ubat-ubatan untuk merawat diri sendiri.

"Bantuan kewangan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) hanyalah RM300 sebulan.

Namun ia tidak cukup kerana terpaksa menanggung makan minum.

"Kadang-kadang kena minta dari jiran sekampung. Walaupun malu tapi saya bersyukurlah kerana mereka semua sudi membantu," katanya.

Habshah berkata, selepas mendirikan rumah tangga dengan suaminya, Abu Bakar Din, kira-kira 60 tahun lalu, mereka dikurniakan enam anak.

Bagaimanapun katanya, seorang daripada anaknya meninggal dunia manakala seorang lagi telah mendirikan rumah tangga.

"Sementara empat lagi anak saya iaitu Mat Nayan Abu Bakar 62; Othman, 57; Ahmad, 55 dan Rahimin, 50, terencat akal sejak mereka diserang penyakit sawan masa kecil," katanya.

Tambah Habshah, selepas kematian suaminya, dia terpaksa hidup berpindah-randah dengan bekerja mengambil upah sekitar ladang kelapa sawit di Karangan.

Bagaimanapun, disebabkan usia lanjut dan keadaan kurang mengizinkan, dia kemudian mengambil keputusan pulang ke kampung suaminya di Kampung Belakang Masjid Sungai Kob.

"Walaupun terencat akal, dengan bantuan anak-anak saya yang bekerja sambilan mengambil upah daripada penduduk kampung, saya dapat bina rumah ini untuk dijadikan tempat berteduh," katanya.

SUMBER http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0319&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_06.htm

Tuesday, December 2, 2008

Macam Ada Yang Tak Kena Je?????????

Amat-amatilah

PAS ingatkan kerajaan Pakatan Rakyat tunaikan manifesto
Saidah Hairan Mon Dec 01, 08 4:26:23 pm MYT


KUALA LUMPUR, 1 Dis (Hrkh) - Ketua Muslimat PAS Negeri Selangor, Wan Hasrina Wan Hassan menyeru pimpinan Pakatan Rakyat supaya menunaikan manifesto terhadap rakyat sebagaimana yang dijanjikan ketika kempen pilihan raya dahulu.
Jika pimpinan Pakatan Rakyat tidak dapat melaksanakan segala janji dalam manifesto beliau yakin rakyat akan menyamakan kerajaan Pakatan Rakyat dengan Umno-BN.
Ini kerana katanya, selama ini Umno-BN hanya pandai menabur janji terutama dalam setiap kali kempen pilihan raya dengan tujuan memancing undi.
Memandangkan pimpinan Pakatan Rakyat masih baru dan belum sampai setahun mentadbir kerajaan mereka perlu jelaskan kepada rakyat mengapa manifesto tersebut masih belum dapat ditunaikan.
"Rakyat sudah fobia dengan pimpinan Umno-BN, jika pimpinan Pakatan Rakyat menempuh jalan yang sama dengan BN sudah tentu rakyat hilang kepercayaan terhadap kerajaan Pakatan Rakyat," tegasnya.
Beliau berkata, jika dalam setahun kerajaan Pakatan Rakyat masih belum dapat menunaikan manifesto PAS akan menegur dengan memberi pandangan dan kritikan walaupun dalam kerajaan sendiri...selanjutnya di http://www.harakahdaily.net