Tuesday, December 21, 2010

ISU-ISU DI DUN N5 TENANG


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengumumkan mengenai Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Tenang pada 24 Disember 2010. Parti yang bertanding sudah tentu mula mengatur strategi untuk memenangi hati masyarakat DUN Tenang.

Kawasan DUN Tenang mempunyai 50 peratus kaum Melayu dan 50 peratus kaum bukan Melayu. Kebanyakan orang Melayu adalah peneroka yang tinggal di kawasan Felda, kaum Cina sekitar 38 peratus kebanyakan tinggal di pekan Labis. Manakala India adalah 12 peratus.

Isu utama yang dijangka akan dimainkan adalah isu Felda. Terdapat tiga buah kawasan tanah rancangan Felda di DUN Tenang iaitu Felda Chemplak, Felda Chemplak Barat dan Felda Tenang yang mempunyai 4,000 pengundi daripada 14,511 yang berdaftar.

Mazlan Aliman merupakan antara nama yang disebut sebagai calon PAS di DUN Tenang. Beliau merupakan AJK PAS Pusat, Ketua Penerangan PAS Johor dan Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK).

Mazlan Aliman merupakan individu yang dianggap banyak memperjuangkan nasib peneroka Felda. Mungkin ini dilihat akan menjadi ‘advantage’ kepada beliau untuk mempengaruhi peneroka-peneroka Felda menyokong calon PAS.

Perlu diingat dalam tahun 2010, Felda telah kalah dalam kes saman peneroka terhadap agensi tersebut. Pada bulan Ogos 2010 Felda diperintah membayar ganti rugi RM 11 juta kepada 354 peneroka Felda Kemahang Tiga, di Kelantan selepas gagal dalam permohonan semakan di Mahkamah Persekutuan. Manakala pada bulan September 2010 Mahkamah Tinggi Kuantan memutuskan peneroka Felda berhak mendapat bayaran tanam semula sebanyak RM1,700 seekar dari Felda walaupun mereka tidak menanam semula ladang mereka melalui badan berkanun. Felda turut dikatakan akan berdepan dengan banyak saman lagi setelah kejayaan yang diperoleh oleh peneroka-peneroka tersebut.

Datuk Chua Jui Meng juga disebut bakal calon bagi mendapatkan sokongan masyarakat Cina. Chua Tee Yong merupakan Ahli Parlimen Labis. Bapanya, Datuk Chua Soi Lek suatu ketika dulu berdepan dengan kes video lucah. Ini dilihat akan dijadikan modal untuk memberi undi pada Chua Jui Meng. Namun nama Chua Jui Meng tidaklah sehebat Mazlan Aliman.

Isu kredibiliti Parlimen, Speaker Dewan Rakyat yang tidak adil dan APCO dijangka akan digunakan dalam kempen PRK DUNTenang ekoran empat Ahli Parlimen Pakatan Rakyat digantung selama enam bulan dari menghadiri Dewan Rakyat.

Isu-isu lain yang disebut akan dimainkan adalah isu kenaikan harga petrol, isu kenaikan harga barang keperluan dan isu kenaikan sara hidup.

Rujukan : anwaribrahim, malaysia insider dan umnoonline

No comments: