Showing posts with label Indonesia. Show all posts
Showing posts with label Indonesia. Show all posts

Monday, November 29, 2010

Naik Taraf Perkhidmatan Awam



Perkhidmatan teksi yang tidak memuaskan berbanding negara Jakarta, Singapura, Kemboja dan Bangkok terus diperkatakan. Mengapa ini harus terjadi? Adakah pihak Kerajaan tidak boleh berbuat apa-apa atau sememangnya mereka ini golongan yang 'tak makan saman'.

Amat memalukan kepada pelancong-pelancong asing yang sering melancong ke Malaysia. Sudah tentu mereka disajikan dengan keindahan yang terdapat di Malaysia. Malangnya perkhidmatan teksi telah mencacatkan tanggapan mereka.

Mungkin LPKP perlu terus memperkemaskan undang-undang yang boleh memberi kesan terhadap jatidiri dan disiplin pemandu teksi.

Monday, November 8, 2010

Perluaskan Akta Anti Pemerdagangan Orang


Sindiket sasar 500,000 pekerja wanita Indonesia

Sindiket penjualan bayi negara ini dipercayai menyasarkan kira-kira 500,000 wanita warga Indonesia yang bekerja di sini dan mengandung anak luar nikah sebagai sumber untuk mengaut keuntungan.

Laporan tersebut sedikit sebanyak mencetuskan persoalan. Apakah mudah warganegara Indonesia sanggup berbuat demikian dan adakah dalang di sebalik kegiatan tersebut adalah orang kita (Malaysia).

Ini bermakna lambakan warga asing dalam negara menguntungkan sebahagian pihak. Justeru masalah ini tidak boleh dipandang enteng. Pertama sekali mencari siapakah dalam di sebalik kegiatan tersebut. Adakah mereka ini juga yang membawa masuk PATI secara haram demi menjayakan kegiatan mereka.