Thursday, March 18, 2010

Adakah GST Akan berAkhir??????

Kerajaan bercadang melaksanakan cukai tersebut seawal 2007 tetapi disebabkan penentangan dan protes oleh parti politik dan juga badan bukan kerajaan sejak 2004, ia terpaksa ditangguhkan.

kerajaan sekali lagi cuba mahu melaksanakan GST apabila membentang Rang Undang-Undang untuk bacaan pertama.Ia diluluskan semasa sidang Parlimen pada Disember 2009 dan pembentangan untuk bacaan kedua dijangka dilakukan pada sidang bermula 15 Mac 2010.
Namun diumumkan ditangguhkan lagi.

Pembangkang sudah merasakan momentum mereka mula menyengat apabila apa sahaja desakan mereka seolah-olah dituruti walaupun dinafikan oleh Kerajaan. pelaksanaan PPSMI, pengambilan mata pelajaran 10+2, menarik balik keputusan kenderaan berusia 15 tahun ke atas wajib membuat pemeriksaan tahunan di Puspakom sebagai syarat memperbaharui cukai jalan dan penstrukturan semula subsidi.

Jadi fikir-fikirkan lah..............

Wednesday, February 10, 2010

GST Menguntungkan ?

SeKaDaR BeRkOnGsI MaKlUmAt

Cadangan untuk mengganti sistem cukai jualan dan perkhidmatan kepada cukai konsumpsi yang digelar sebagai GST telah diumumkan pada pembentangan bajet 2005 oleh Perdana Menteri ketika itu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.


Awalnya ia dicadang untuk dikuatkuasakan bermula 1 hb Januari 2007. Dalam usaha untuk meningkatkan keberkesanan pengurusan kewangan kerajaan, Bajet 2005 mencadangkan penyusunan semula sistem percukaian negara termasuk mengkaji peruntukan yang disediakan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967. Ini katanya bertujuan untuk menjadikan sistem percukaian negara lebih berkesan dan berupaya menjana hasil negara.

GST akan menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan yang sedia ada. Pada masa ini cukai jualan dikenakan ke atas barangan ketika diimport atau di peringkat perkilangan. Cukai perkhidmatan pula dikenakan ke atas perkhidmatan tertentu termasuk profesional, hotel dan restoran.

GST didakwa sebagai sistem cukai yang lebih komprehensif , efisyen , telus dan efektif. Ia juga diduga akan menambahkan pendapatan cukai tahunan untuk kerajaan. Dalam sebuah reaksi seorang pensyarah perakaunan dari UiTM berpendapat GST tidak membebankan dan akan menambahkan hasil negara.

Pada 29 November 2009 Menteri Kewangan Kedua , Datuk Ahmad Husni Hanadzlah dalam kenyataannya telah mendakwa kerajaan akan memperoleh pendapatan cukai tahunan sebanyak RM 1 bilion dari GST. Beliau berkata sebanyak 143 buah negara telah melaksanakan GST. Dalam Asean hanya Malaysia, Brunei dan Myanmar yang belum memperkenalkannya.

Ditambah lagi , dikatakan GST akan dapat mengurangkan cukai korporat dan cukai pendapatan individual.

baca seterusnya http://kerabubersuara.blogspot.com/2010/02/gst-kesan-keatas-pengguna-dan-rakyat.html

Sunday, December 6, 2009

Biar Betol.......

Nik Aziz kata UMNO sedang lemas. MIC dan MCA turut bergelut. Jadi UMNO sedang lemas. le camna ni, Nik aziz tak iktiraf ikatan PAKATAN RAKYAT ke. PKR pun dalam dilema, banyak pemimpin dok lemas, tak buat kerja, DAP pun dok rasa takut, sampai kata 'ketuanan Melayu' menghalang perpaduan. lepas tu PAS pun banyak celaru, Kerajaan perpaduan lah, kes penyelewengan kat PMBK dan macam2 le. kalau tak percaya baca sendiri le http://bicararakyat.blogspot.com/2009/10/isu-isu-selangor-di-bawah-pakatan.html , http://www.anwaraidc.com/2009/11/kisah-penyelewengan-pmbk-tamat-nasib-menantu-tok-guru.html ,http://gomalaysian.blogspot.com/2009/01/hudud-bukan-isu-dap-tapi-karpal-seorang.html , http://dialograkyat.blogspot.com/2009/12/bertikam-lidah-isu-ketuanan-melayu.html

strategi Anwar mengalih perhatian

AnDa SeTuJu DeNgAN KeNyAtAaN InI

Oleh KU SEMAN KU HUSSAIN

penglibatan pemerhati bebas dari Australia memantau perjalanan Pilihan Raya Umum Ke- 13 (PRU13) akan datang.

Anwar sengaja menimbulkan keraguan terhadap sistem pilihan raya di negara ini dengan melontarkan syor yang beliau sendiri menjangka tidak akan dilaksanakan. Tetapi keuntungan politik bagi Anwar bukanlah syor itu dilaksanakan atau tidak. Sebaliknya syor yang diharapkan boleh mencetus kontroversi itu akan mengalih perhatian pelbagai pihak dalam dan luar negara terhadap kes mahkamah yang sedang dilaluinya dan juga pergolakan luar biasa dalam PKR.

Beliau sedang mendepani tuduhan meliwat pembantu peribadinya dan kes ini sudah tentu menjadi menu penting kepada media dalam dan juga di luar negara. Beliau percaya dengan melontarkan syor yang kontroversi, tumpuan kepada kes mahkamah dan pergolakan dalam PKR yang menunjukkan kegagalan kepimpinannya akan dilupakan.

Anwar sebenarnya tidak perlu menjawab atau mengulas pun sebab meminta pemerhati bebas dari Australia. Walaupun alasannya sistem pilihan raya negara ini didakwa tidak demokratik, tetapi ini bukanlah tuduhan baru selepas Anwar dipecat dari kerajaan dan menyertai pembangkang. Jadi, kenapa mempersoalkan demokrasi selepas pembangkang berjaya menguasai lima negeri dalam PRU12 yang lalu? Ini menunjukkan tidak demokratik bukanlah isu sebenar yang mahu diketengahkan ketika kes mahkamah dan kemelut PKR diperkatakan sana sini.seterusnya http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1206&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_06.htm

Friday, November 6, 2009

TePUK DaDA TANya SELEra

Sekolah satu aliran bukan sekali diutarakan. Bila diutarakan adalah suara-suara yang tak puas hati dan menyokong. biasale mana manusia boleh satu kepala, satu suara satu nada. tapi yang penting tujuan dan matlamat. jangan ada kepentingan tertentu.
Suke lah saya dengan pandangan ini. anda baca, anda nilai.......

Polemik sekolah satu aliran UM- 5/11/09

Oleh Dr. Firdaus Abdullah


JIKA belum sedia satu aliran
Sekolah wawasan perkasakanlah dulu
Angkuh dan sombong elok elakkan
Demi keselamatan anak dan cucu


SEORANG pensyarah kanan di sebuah universiti terkemuka berkata, sekolah satu aliran itu sudah pasti akan meningkatkan tahap permuafakatan di kalangan pelajar, tetapi adakah ia dipersetujui oleh penduduk bukan Melayu?

Itulah inti polemik sekolah satu aliran yang tercetus kembali berikutan saranan Profesor Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim yang kemudian bergema pada perbahasan di Dewan Rakyat.

Isu ini telah pun ditimbulkan lebih setengah abad lalu. Ertinya, sebelum merdeka, isu ini telah jadi perdebatan.

Perbezaan pendapat tentang masalah pendidikan pernah hampir melumpuhkan UMNO apabila parti itu diboikot oleh guru-guru Melayu yang menjadi tulang belakangnya pada akhir 1950-an. Begitu juga yang dialami oleh MCA. Penyelesaian dan kesepakatan pelbagai pihak tentang isu-isu pendidikan sebenarnya dirumuskan dalam Penyata Razak (1956) dan disemak serta diperhalusi dalam Penyata Rahman Talib (1960).

Sebenarnya sejak dua tiga tahun lalu, Kay Kim dan beberapa tokoh politik UMNO telah menimbulkan kembali isu sekolah satu aliran ini.

Antaranya, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin pada penghujung tahun 2008. Polemik ini muncul kembali apabila Datuk Mukhriz Mahathir menggesa pelaksanaannya semasa kempen merebut jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO awal tahun ini. Seruan itu disambut positif oleh beberapa tokoh termasuk Kay Kim sendiri dan Ketua Pengarang Berita Publishing Sdn. Bhd, Datuk A. Kadir Jasin.

Sewaktu merasmikan “Seminar Satu Malaysia: Kesinambungan Satu Perjuangan” pada Julai lalu, Menteri Pertahanan yang juga Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berhujah tentang keperluan sistem pendidikan disatu dan dipertemukan pada peringkat lebih tinggi sebagai pra syarat untuk mencapai matlamat 1Malaysia.

Ahmad Zahid merujuk Penyata Pelajaran Razak sebagai “roh penyatuan kepelbagaian” yang wajar dihormati dan dilaksanakan demi mencapai perpaduan kebangsaan.

Saranan dan seruan agar sekolah satu aliran dilaksanakan memang banyak. Dan suara yang menentang juga tidak kurang hebatnya.

Antara yang lantang menentang ialah MCA dan sejak akhir-akhir ini, MIC juga “tumpang sekaki”.

Mereka mendakwa sekolah pelbagai aliran sekarang tidak menghalang usaha mewujudkan perpaduan nasional. Lebih dari itu mereka mahu supaya kebebasan memilih dipertahankan dalam satu masyarakat yang majmuk.

Berdiri kuat di belakang MCA menentang konsep sekolah satu aliran ini ialah Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zhong) dan Gabungan Guru-guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zhong).

Tentu Perdana Menteri sangat mafhum dengan kecenderungan Dong Zhong dan Jiao Zhong yang selalu mengintip apa MCA buat. Pada hemat saya, kerana itulah maka Datuk Seri Najib Tun Razak sangat berhati-hati agar tidak terjebak atau terperangkap dalam “polemik” sekolah aliran.

Kerana itu, mungkin lebih baik jika untuk sementara waktu, konsep Sekolah Wawasan diperkasa dan pelaksanaannya diperluaskan. Untuk masa ini, rasanya itulah yang lebih praktikal.

KeKeliRUAN....????????

Saya tertarik dengan artikel ini. mentafsirkan apa yang tersirat, tidak bermaksud untuk menyakiti mana-mana pihak, namun menzahirkan apa yang sepatutnya dilakukan. Jika tidak agama bakal dijadikan 'bahan pertikaian'. Oh tidak, tentu anda semua tidak merelakan. Akhirnya mudah orang lain memperkotak katikkan Islam yang sememangnya telah dan sedang berlaku. Baca artikel ini


'Krisis' agama rugikan umat 5/11/09

Oleh MOHD. RADZI MOHD. ZIN


MELIHAT kepada apa yang berlaku antara Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan bekas Mufti Negeri Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin, boleh disimpulkan sebagai isu yang amat membimbangkan.

Sebabnya, polemik ini menambah sengsara umat Islam atau pun orang Melayu. Episod Melayu berpecah akibat perbezaan fahaman politik belum pun selesai, kini kita berhadapan dengan 'krisis' dalam bab agama.

Entahlah, apa lagi yang boleh menjadi 'payung' kepada umat Islam, kalau dalam bab agama yang suci ini pun kita bercelaru.

Dalam hal ini, yang pastinya gawat dan keliru adalah orang awam. Demikian juga golongan yang sedang 'mencari' agama melalui pengajian bukan secara formal di masjid, surau dan sebagainya.

Apa pun isunya, kegawatan ini perlu segera diselesaikan agar umat Islam tidak keliru sehingga membawa kepada perpecahan dan menjadikan umat Islam makin lemah.

Ingatlah firman Allah SWT: "Taatlah kamu kepada Allah dan Rasulnya dan janganlah kamu berbantah-bantahan, kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati, sesungguhnya Allah berserta orang yang sabar." (al-Anfaal: 46).

Pada masa yang sama, kita harus berlaku adil kepada JAIS dalam penguatkuasaan tauliah kepada penceramah agama di Selangor.

Yang pasti, tauliah itu berniat baik. Ia bagi memastikan penceramah berlandaskan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) dan bersandarkan kepada mazhab Imam Syafie.

Ini bertepatan dengan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 20 Mac 1996, Sidang Majlis Keselamatan Negara pada 17 Oktober 1996 dan mesyuarat Jawatankuasa Kemajuan Hal Ehwal Islam Malaysia Ke 27 pada 24 Jun 1997. Kesemua itu memutuskan bahawa hanya akidah ASWJ menjadi pegangan umat Islam di Malaysia. Mana-mana ajaran yang bercanggah dengan fahaman dan amalan ASWJ dilarang dan disekat penyebarannya.

ASWJ berpegang kepada empat sumber utama hukum dalam Islam iaitu al-Quran, sunnah, ijmak ulama dan qias. Pegangan tauhid di atas jalan Imam Abu Hassan al-Asyaari atau disebut fahaman al-Asya'irah.

Walaupun mazhab utama yang diamalkan adalah mengikut Imam Syafie tetapi penggunaan mazhab lain seperti Imam Hambali, Hanafi dan Maliki turut dibenarkan dalam keadaan tertentu.

Ini terkandung dalam Perkara 54 qaul muktamad yang diikuti dalam mengeluarkan fatwa dalam Undang-undang Negeri Selangor, Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Selangor) 2003.

Dalam mengeluarkan apa-apa fatwa di bawah Seksyen 48 atau memperakukan apa-apa pendapat di bawah Seksyen 53, Jawatankuasa Fatwa hendaklah pada lazimnya mengikut qaul muktamad Mazhab Shafie.

Bagaimanapun, jika berpendapat dengan mengikut qaul muktamad Mazhab Syafie suatu keadaan yang berlawanan dengan kepentingan awam akan terhasil, Jawatankuasa Fatwa boleh mengikut qaul muktamad Mazhab Hanafi, Maliki atau Hanbali.

Perkara berkaitan tauliah ini pula adalah di bawah perkenan Duli Yang Mulia Sultan sebagai Ketua Agama atau ulil amri negeri masing-masing. Dengan kata lain, mematuhi arahan tersebut juga bermakna kita mematuhi arahan pemerintah.

Dalam aspek yang lain, kita juga tidak mahu tradisi menuntut ilmu agama secara informal ini terbantut akibat 'krisis' yang berlaku ini.

Semenangnya, pengajian agama di Malaysia terutama di bandar-bandar utama seperti Kuala Lumpur kini semakin mendapat perhatian umat Islam.

Kuliah-kuliah sama ada pada waktu zuhur, maghrib, duha dan subuh Ahad sentiasa dipenuhi oleh para jemaah yang dahagakan ilmu.

Di sinilah pentingnya penceramah yang bertauliah supaya ilmu yang disampaikan itu bertepatan dan tidak bercanggah dengan ASWJ dan mazhab Syafie yang dominan di negara kita.

Kebimbangan paling besar adalah jika berlaku penyelewengan akidah terutama di kalangan mereka yang bergelar 'ustaz dan ustazah'. Sebabnya, penyelewengan oleh golongan 'agama' lebih buruk kesannya terhadap akidah dan amalan masyarakat berbanding kerosakan yang berlaku jika ia disampaikan oleh golongan bukan agamawan.

Pada masa yang sama, sebahagian besar jemaah yang mengikuti kuliah di masjid dan surau adalah orang awam. Justeru adalah penting memastikan kuliah tersebut mematuhi ASWJ terutama dalam membicarakan hal berkaitan ilmu tauhid.

Sehubungan itu, ada baiknya diadakan muzakarah atau seminar bagi menjelaskan kepada masyarakat awam di negara kita apakah itu fahaman ASWJ dan bentuk fahaman lain yang perlu ditolak.

Jangan dibiarkan masyarakat awam terus tertanya-tanya dan keliru apakah ajaran Islam sebenarnya yang perlu mereka ikuti.

Negara mempunyai ramai ulama dan cendekiawan Islam yang mampu merungkaikan permasalahan ini supaya isu ini tidak lagi menjadi barah dalam masyarakat.

Kita tidak mahu hanya gah pada bilangan atau kuantiti umat Islam sahaja tetapi tidak ada kualiti. Lihatlah apa yang berlaku kepada umat Islam di Palestin yang diganyang oleh zionis tetapi kita hanya mampu 'memandang'.

Jumlah umat Islam yang berbilion di seluruh dunia tidak cukup menggerunkan musuh-musuh Islam. Inilah yang digambarkan melalui hadis Nabi SAW: "Hampir tiba masanya kamu akan diserbu oleh bangsa-bangsa lain, sebagaimana orang-orang lapar mengadap hidangan di dalam jamuan". Sahabat bertanya, "apakah semua itu berlaku disebabkan oleh jumlah kami yang sedikit?"

Rasulullah SAW menjawab: "Bahkan ketika itu jumlah kamu amat ramai, tetapi ramainya kamu tidak lebih dari seumpama buih di permukaan banjir. Allah akan mencabut dari hati musuh-musuh kamu rasa gerun mereka terhadap dirimu, dan dimasukkan ke hatimu penyakit al-wahan". Seorang sahabat bertanya, "Ya Rasulullah, apakah al-wahan itu?" Jawab Rasulullah SAW: "Al-wahan ialah cinta dunia dan takut menghadapi maut." (riwayat Abu Daud daripada Sauban).

PENULIS ialah Pengarang Agama Utusan Malaysia.