Friday, September 19, 2008

Akta-Hasutan -Akta Hubungan Kaum - beri penjelasan

PUTRAJAYA 18 Sept. – Akta Hubungan Kaum akan diwujudkan dalam waktu terdekat dengan matlamat lebih menyeluruh untuk mengukuhkan perpaduan dan kesepakatan antara kaum di negara ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata, skop akta berkenaan lebih meluas berbanding Akta Hasutan sedia ada yang lebih bertujuan mengekang huru-hara dan ancaman ketenteraman awam.

Katanya, akta itu sedang dirangka oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KPKKW).

“Kita akan bawa perkara ini ke Kabinet. Saya fikir idea kewujudan akta ini adalah baik untuk mewujudkan suasana hubungan baik antara kaum berasaskan agama dan budaya yang berbeza-beza.

“Dua kementerian ini boleh bekerjasama dan KPKKW akan berperanan untuk memantapkan perpaduan dalam negara manakala KDN akan memastikan keselamatan dan kesejahteraan terjamin,” kata Syed Hamid selepas menghadiri majlis perhimpunan bulanan kementeriannya di sini hari ini.

Pada majlis itu, kementerian tersebut turut menerima anugerah pensijilan ISO 9001:2000 daripada SIRIM QAS International Sdn. Bhd. serta pensijilan tambahan daripada International Certification Network (QNet) yang diperoleh pada 15 Ogos lalu.

Mengulas lanjut, Syed Hamid berkata, skop pelaksanaan Akta Hubungan Kaum itu lebih terarah untuk membentuk sebuah masyarakat berbilang kaum dengan mengambil kira keadilan dan kesamarataan.

seterusnya http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0919&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm

bukan ape, tengokle nanti ada je orang nak condem............................

yang pasti kita menyokong apa sahaja yang boleh bawa kebaikan pada rakyat. HIDUP MALAYSIAAAAAAA




No comments: