Showing posts with label melaka. Show all posts
Showing posts with label melaka. Show all posts

Tuesday, December 21, 2010

Kronologi nahas bas 2010


Sedih, menyayat hati. malang tak berbau atau salah siapa???

16 Disember – Empat kakitangan Jabatan Penjara Tawau terbunuh apabila bas jabatan itu terbabas lalu terjatuh dalam gaung di Kampung Moyog, 35 kilometer dari Penampang dekat Kota Kinabalu.

14 Disember – 14 pekerja kilang cedera apabila bas kilang terbabas dan terbalik di KM 156.2 Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Nibong Tebal, Pulau Pinang, selepas bergesel dengan sebuah treler yang turut terhumban dalam parit.

11 Disember – Tiga pelajar Institut Kemahiran Mara Jasin, Melaka parah apabila bas ekspres terbabas dan terbalik di Kilometer 304.5 Lebuh Raya Utara-Selatan, dekat Gopeng, Perak.

4 November – Seorang maut dan dua cedera parah selepas bas ekspres terbabas sebelum terbalik dalam sebuah tali air
di Kampung Sungai Miang, di Kilometer 20 Jalan Pekan-Nenasi, Pahang.

29 Oktober – Tujuh penumpang maut dan 39 cedera, termasuk 17 parah dalam kemalangan di KM36 Lebuhraya Karak ke Kuala Lumpur.

10 Oktober – 13 penumpang maut dan 40 cedera apabila bas ekspres terbabit dalam kemalangan di Km 223 Lebuh Raya Utara-Selatan menghala utara berhampiran Plaza Tol Simpang Ampat-Rembau.

2 September – Lapan belas cedera apabila bas persiaran terbabas dan terbalik di Kilometer 35.1 Lebuhraya Karak-Kuala Lumpur.

27 Ogos – Seorang pemandu bas ekspres terbunuh, manakala tiga cedera parah dan enam cedera ringan dalam kemalangan di KM306.2 Lebuh Raya Utara-Selatan.

17 April – Seorang penumpang patah tulang rusuk, manakala enam cedera ringan apabila bas ekspres dari Johor Baharu ke ibu negara terbabas di KM32 Lebuh Raya Utara-Selatan, dekat Kulai Jaya, Johor.

20 Mac – 40 penumpang sebuah bas ekspres nyaris maut apabila terbabas dan terperosok ke dalam tali air di KM42 Jalan Kuantan-Kemaman.

4 Februari – 15 penumpang bas Ekspres Konsortium dalam perjalanan ke Kuala Lumpur nyaris maut selepas bas melanggar dua kenderaan lain di Plaza Tol Sungai Dua, Pulau Pinang.

sumber : Berita Harian