Friday, September 26, 2008

Jangan ganggu lalu lalang

kebetulan saya ada hal kat masjid jamek tu, bila saya melintas nak ke seberang dalam kul 12.30 camtu, tengok ramai orang, polis pun ada, orang ramai duk bersidai kat stesen STAR tu, saya ingat ada kes kecemasan, rupa-rupanya adalah hamba Allah tu kata 'diaorang bantah pasai ISA'.

Le macam tu ke, dalam hati duk fikir, apele depa ni, ni kan suasana perayaan, bagile orang ramai nak shoping dengan selesa, nak beri tumpuan pada sambutan hari raya, buat ape nak buat bantahan sekarang, kat tenpat orang ramai plak tu, tempat jem pulak tu, masyaallah ganggu orang lalu lalang, ganggu kenderaan nak lalu. terfikir lagi aku kalau tak buat kat tempat orang ramai macam mana nak pengaruh orang, bijak!, bijak!.

hai rakan-rakan fikir-fikirkanlah, soryle tak boleh nak cite panjang nanti kena saman plak, lagipun saya tak ade masa depa mula2 dok buat bantahan

Wednesday, September 24, 2008

Rakyat Perlu Tahu

BADAN SAJA PAS - BAJU KEADILAN

-Azizi Hj Abdullah

Memang muakpun melihat ramai ahli-ahli Pas, terutama kalangan anak-anak muda, apabila berbadan Pas tetapi berbaju Keadilan. Sesekali semacam hendak menyindir betapa aqidah kepartian mereka sangat senang digoncang hinggut oleh pengaruh apa yang dianggap ‘reformasi’. Bagaimanapun maksud sedemikian tidak jadi apabila berpegang kepada seruan pemimpin tentang perlunya menafikan 2/3 BN. Pembangkang perlu disokong.Termasuklah saya pun, selalu tergila-gila menyertai ceramah KeAdilan, menyumbang sesuatu tetapi kerana badan sudah tua, kerja seperti Unit Amal saya tidak lakukan.

Jika mahu mengimbau kembali Pilihanraya Permatang Pauh 26hb Ogos 2008, sebenarnya telah kelihatan ramai ahli-ahli Pas semacam sudah menjadi ahli Keadilan, malah mereka lebih Keadilan dari Pas, mabuk rasa mabuk nama. Mereka seperti Mat Rempit menaiki motosikal dengan baju KeAdilan, lambang dan bendera KeAdilan lalu singgah di markas-markas KeAdilan dan Pas. Lagak mereka, mereka telah merengkuh habis berbakti kepada KeAdilan.Ketika berselisih dengan rakan-rakan (ketika ini sudah tidak ketahuan lagi yang mana Pas yang mana KeAdilan) sangat payah hendak membeza yang mana orang KeAdilan dan yang mana orang Pas. Mereka akan melaung dan menjerit ‘Reformasi’ dan bukan lagi ‘Allahu Akbar.’

Yang lebih mendukacitakan, ketika Pilihanraya ke 12 pada 8 Mac yang lalu, ada ahli-ahli Pas lebih menumpukan kerja buat, gerak amal, mencula undi dan tercongok di Pondok Panas KeAdilan lebih dari Pas, jika kawasannya calon Pas tetapi kawasan sempadannya calon KeAdilan.Yang lebih malang pula apabila seorang YB KeAdilan yang cuba memperjuangkan maruah Islam atas nama sebagai individu Islam, membantah kepada kumpulan yang hendak merosakkan perjalanan undang-undang Islam, lalu Parti KeAdilannya hendak mengambil tindakan, orang-orang Pas ini juga marah-marahkan kepada calon tersebut.Terakhir, dari mulut ke mulut mereka impikan peralihan kuasa melalui KeAdilan (PKR) dan apabila ada pemimpin Pas berceramah, mereka akan merungut dan membeber mulut jika pemimpin Pas mengupas soal Peperangan Kubra atau Nuzul Qur`an dalam kontek politik kini, kerana pemimpin Pas itu tidak mengulas dengan penuh semangat bagaimana peralihan kuasa dan kewibawaan Dato’ Seri Anwar menjadi pemimpin......seterusnya http://aziziabdullah.blogspot.com

Friday, September 19, 2008

Akta-Hasutan -Akta Hubungan Kaum - beri penjelasan

PUTRAJAYA 18 Sept. – Akta Hubungan Kaum akan diwujudkan dalam waktu terdekat dengan matlamat lebih menyeluruh untuk mengukuhkan perpaduan dan kesepakatan antara kaum di negara ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata, skop akta berkenaan lebih meluas berbanding Akta Hasutan sedia ada yang lebih bertujuan mengekang huru-hara dan ancaman ketenteraman awam.

Katanya, akta itu sedang dirangka oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KPKKW).

“Kita akan bawa perkara ini ke Kabinet. Saya fikir idea kewujudan akta ini adalah baik untuk mewujudkan suasana hubungan baik antara kaum berasaskan agama dan budaya yang berbeza-beza.

“Dua kementerian ini boleh bekerjasama dan KPKKW akan berperanan untuk memantapkan perpaduan dalam negara manakala KDN akan memastikan keselamatan dan kesejahteraan terjamin,” kata Syed Hamid selepas menghadiri majlis perhimpunan bulanan kementeriannya di sini hari ini.

Pada majlis itu, kementerian tersebut turut menerima anugerah pensijilan ISO 9001:2000 daripada SIRIM QAS International Sdn. Bhd. serta pensijilan tambahan daripada International Certification Network (QNet) yang diperoleh pada 15 Ogos lalu.

Mengulas lanjut, Syed Hamid berkata, skop pelaksanaan Akta Hubungan Kaum itu lebih terarah untuk membentuk sebuah masyarakat berbilang kaum dengan mengambil kira keadilan dan kesamarataan.

seterusnya http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0919&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm

bukan ape, tengokle nanti ada je orang nak condem............................

yang pasti kita menyokong apa sahaja yang boleh bawa kebaikan pada rakyat. HIDUP MALAYSIAAAAAAA




Macam-macam dah berlaku.............

SAPP dah keluaq BN?

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Dato' Seri Najib dah tukaq portfolio?

Teresa Kok dah dibebaskan dari tahanan ISA?

yang syoknya 16 Septemper tak muncul-muncul?

kita tunggu babak seterusnya yo..yo..yo...yo...

Wednesday, September 17, 2008

Apa Anwar Mahu Sebenarnya

Apa yang Anwar mahukan sebenarnya, beliau dilihat berjaya mencetuskan kerisauan malah kekeliruan terhadap rakyat tentang masa depan politik negara. Sehingga hari ini beliau dan orang-orang kanannya terus mendendangkan 'perubahan Kerajaan pasti berlaku'.

Kenapa tak umumkan lagi sape ahli-ahli Parlimen yang telah berpaling tadah. Sebagai Ahli Parlimen kita perlu bersikap profesional, jangan takut, berdepanlah dengan rakyat, sanggup terima apa saja kemungkinan yang berlaku dan yang pasti berpijaklah di bumi yang nyata kerana rakyat cukup letih dan terseksa dengan mainan politik.

Ya Allah, selamatkanlah Malaysia dari mereka yang mahu merosakkan kesejahteraan dan keamanan rakyat. Amin

Monday, September 15, 2008

Jangan kelirukan Rakyat.......Contohilah sikap ini

Polis harus memberi penjelasan mengenai rasional penahanan wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng, di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kelmarin, kata Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery.
Beliau dipetik Bernama sebagai berkata, adalah lebih baik sekiranya polis dapat memberi penjelasan mengenai penahanan Tan itu, dan bukannya ahli politik yang memberikan pelbagai ulasan mengenainya. “Adalah lebih baik dan sesuai sekiranya polis dapat memberi penjelasan (mengenai perkara itu),” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Karnival Tanglung di ibunegara malam tadi.Beliau mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar semalam bahawa penahanan Tan adalah sebahagian daripada langkah pantas polis bagi memastikan keselamatanya selepas wartawan itu menerima panggilan berbentuk ugutan. Syed Hamid berkata risikan polis mendapati nyawa wartawan itu terancam selepas beliau membuat laporan mengenai kenyataan ketua Umno Bukit Bendera Datuk Ahmad Ismail - yang telah digantung dan dilucutkan jawatannya - yang dikatakan mengandungi kenyataan berbentuk perkauman.
Bagaimanapun Tan dibebaskan oleh Ibu pejabat Polis kontinjen Pulau Pinang pada kira-kira jam 2.30 petang ini. Shabery yang menyuarakan rasa lega dengan pembebasan Tan berkata tindakan itu jelas menggambarkan bahawa penahanan di bawah ISA bukan berbentuk hukuman jangka panjang, dan menambah bahawa ia hanya bertujuan menghalang pihak tertentu daripada membuat kenyataan-kenyataan yang boleh mengancam keselamatan nasional.