Sunday, February 8, 2009

Panjatkan kesyukuran

Tentu ramai yang tersenyum dan mengucapkan kesyukuran apabila Menteri Kementerian Tenaga Air dan Komunikasi menyatakan akan mengumumkan kadar baru tarif eletrik pada 1 Mac 2009. Penurunan tersebut adalah dipengaruhi harga pasaran minyak setong yang kini RM43 berbanding RM140 setong sebelumnya.(utusan malaysia, 8 Februari 2009)

Jelas menunjukkan bahawa pemimpin kita sentiasa prihatin terhadap kebajikan dan kesejahteraan rakyat. Dalam keadaan rakyat menghadapi kesan kelembapan ekonomi pada masa ini, dikalangan rakyat kita yang kehilangan kerja, kos sara hidup yang meningkat, pengumuman ini sedikit sebanyak akan mengurangkan bebanan rakyat.

apa yang penting rakyat Malaysia perlu memahami bahawa bukan mudah untuk negara membuat keputusan dan mencari pelbagai alternatif untuk meringkankan bebanan rakyat dan kita jangan hanya cepat menuding jari apabila sesuatu perkara membabitkan kepentingan kita tidak dihiraukan sebaliknya ada pihak yang mencaturkan sesuatu untuk mengurangkan bebanan kita.

itulah lumrah kehidupan, yang baik jadikan tauladan yang jahat jadikan sempadan

Sunday, February 1, 2009

nampaknye, berkampung lagi yop

Dua Adun Perak Daripada PKR Letak JawatanBy: Ramjit-->
IPOH, 1 Feb (Bernama) -- Dua Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Perak daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang "hilang" sejak Isnin lepas hari ini mengumumkan peletakan jawatan serta-merta.Yang Dipertua DUN Perak V. Sivakumar berkata Adun Behrang Jamaluddin Mat Radzi dan Adun Changkat Jering Mohd Osman Jailu menyerahkan surat peletakan jawatan itu di rumah beliau pada 5.45 petang Ahad.Dalam kenyataannya yang difakskan ke pejabat media di sini, Sivakumar berkata beliau akan memaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mengadakan pilihan raya kecil dalam tempoh 60 hari."Surat peletakan jawatan kedua-dua Ahli Dewan Undangan Negeri telah diterima oleh saya berasaskan Artikel XXXV Undang-Undang Tubuh Negeri Perak Darul Ridzuan."Oleh yang demikian saya sebagai Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri mengisytiharkan kekosongan kedua-dua kerusi N14 Changkat Jering dan N59 Behrang dengan segera," katanya.Sivakumar berkata beliau akan menghubungi SPR esok untuk mengadakan pilihan raya kecil dalam tempoh 60 hari seperti yang termaktub dalam Artikel XXXVI (5) Undang-Undang Tubuh Negeri Perak.Kedua-dua Adun berkenaan tidak dapat dihubungi oleh kerajaan negeri dan keluarga mereka sejak Isnin lepas dan Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin pagi tadi telah meminta kedua-dua Adun berkenaan supaya mengisytiharkan segera pendirian jika telah keluar daripada kerajaan negeri Pakatan Rakyat Perak.Beliau berkata kerajaan negeri telah bersedia untuk membuat persiapan dan strategi mengikut peraturan yang ada bagi menghadapi sebarang kemungkinan.Bercakap pada sidang akhbar selepas mesyuarat dengan pimpinan PAS, DAP dan PKR Perak, Mohammad Nizar berkata kerajaan negeri mungkin akan membuat laporan polis berhubung kehilangan dua anggota Exco itu selepas berbincang dengan keluarga mereka.Jamaluddin, 52, adalah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Koperasi, Pertanian dan Perladangan manakala Osman, 57, adalah Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Insan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan.Kedua-dua mereka menghadapi tuduhan rasuah melibatkan kelulusan sebuah projek pembangunan bernilai RM180 juta di Seri Iskandar dan perbicaraan kes berkenaan akan didengar di Mahkamah Sesyen di sini pada 10 Feb ini.Dengan kekosongan dua kerusi berkenaan, kerajaan Pakatan Rakyat Perak yang dianggotai PAS, DAP dan PKR kini mempunyai 30 kerusi, 18 DAP, 6 PKR dan 6 PAS, manakala Barisan Nasional 27 kerusi.Pada pilihan raya umum Mac 2008, BN menang 28 kerusi tetapi Adun Bota Datuk Nasaruddin Hashim menyertai PKR minggu lepas.Mohammad Nizar berkata kerajaan negeri Pakatan Rakyat di Perak masih kukuh walaupun dalam keadaan sekarang kerana semua Adun yang lain masih bersamanya.Pada pilihan raya lepas, Jamaluddin menerima 6,771 undi untuk menewaskan calon BN Datuk M. Ramasamy yang mendapat 5,744 undi.Mohd Osman pula menang dengan majoriti 1,102 undi bagi merampas kerusi Dun Changkat Jering. Beliau memperoleh 9,411 mengalahkan penyandang dari BN yang juga Yang Dipertua DUN Perak sebelum itu Datuk Mat Isa Ismail yang mengumpul 8,309 undi.-- BERNAMA

Macam-macam boleh berlaku

ADUN Perak dijangka sertai BN
01/02/2009 12:21pm - Mingguan Malaysia
KUALA LUMPUR 1 Feb. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak menolak kemungkinan terdapat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada pembangkang di negeri Perak akan menyertai Barisan Nasional (BN).
Perdana Menteri bagaimanapun enggan mengesahkan identiti serta bilangan wakil rakyat pembangkang yang dijangka berbuat demikian.
``Insya-Allah betul,’’ katanya ketika menjawab soalan pemberita yang meminta beliau mengesahkan laporan terdapat dua ADUN Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Perak akan menyertai BN.

KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA–Ipoh, 31 Januari 2009 (Tranungkite)
Kami ingin memaklumkan dua orang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak dari Parti Keadilan Rakyat; YB Jamaluddin Mat Radzi dan YB Osman Bin Jailu tidak dapat dihubungi sejak empat hari yang lalu, bukan sahaja oleh parti tetapi juga oleh ahli keluarga mereka.
Kami percaya kehilangan mereka ada hubungan rapat dengan pertuduhan kes rasuah yang sedang mereka hadapi dan perbicaraan kes tersebut akan bermula pada 10hb Februari 2009.
Dari awal lagi kami amat yakin pertuduhan dalam kes tersebut adalah satu pertuduhan palsu yang direkacipta oleh UMNO dan BN sebagai satu ugutan politik.
Kami percaya ada usaha dari Barisan Nasional untuk memujuk kedua-dua Exco ini bagi menyertai BN dan sebagai imbuhan terdesak Dato’ Seri Najib termasuk menggugurkan kes rasuah mereka.
Namun kami berharap kedua-dua pemimpin ini berada dalam keadaan selamat dan berpegang teguh kepada prinsip perjuangan parti selama ini dan tidak terperangkap dengan muslihat UMNO-BN yang kononnya inginkan penyertaan mereka untuk membela nasib Melayu.
HAJI OSMAN ABDUL RAHMANPengerusi Perhubungan PKR Negeri Perak

siapa yang kena, tunggu..................................

Sunday, January 25, 2009

kelahiran semula

UMNO kini perlu mendapat semula kepercayaan daripada rakyat. Kehilangan dua pertiga dalam Parlimen pada Pilihan Raya Umum 8 Mac 2008, kemenangan Permatang Pauh dan Kuala Terengganu dengan majoriti besar jelas menunjukkan bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan rakyat sehingga menjadikan sokongan rakyat sebagai ‘cagaran’ yang amat besar untuk mengembalikan kedudukan UMNO/BN.

Profesor Politik dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Dr. Mohamed Mustafa Ishak, menyatakan bahawa BN masih mempunyai peluang untuk memperbaiki kelemahannya. beliau berpendapat, apa yang paling penting BN dan UMNO harus bersedia melakukan perubahan drastik dalam semua segi bagi membolehkan ia kembali diterima oleh rakyat. Beliau turut menyatakan ‘‘BN masih merupakan pentadbir terbaik justeru apa yang perlu mereka lakukan ialah melaksanakan perubahan melibatkan tiga aspek iaitu struktur, imej dan pendekatan,’’ (temuramah penuh dalam Mingguan Malaysia 25 Jan.2009)

Laporan oleh Zulkiflee Bakar dalam Utusan Malaysia bahawa gesaan Dato’ Seri Najib supaya BN segera bangkit melakukan perubahan dan kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa UMNO sudah hilang daya penarik seharusnya memberi keinsafan kepada puak-puak dalam parti itu bahawa mereka akan hilang segala-galanya jika terus mengekalkan stail lama.Terlalu banyak yang perlu dilakukan oleh BN jika mereka mahu kembali mendapat sokongan rakyat. Apa yang paling penting orang Melayu ingin melihat perubahan di dalam parti UMNO sendiri. Mereka sudah muak melihat sikap sesetengah pemimpin UMNO yang berebut jawatan, datang berkempen dengan menunjukkan kemewahan serta terlalu bergantung kepada parti untuk melakukan segala-galanya. (baca selanjutnya di Mingguan Malaysia -25 Jan. 2009)

Apakah makna semua ini


Nampaknya pihak pembangkang ghairah melaporkan ADUN Kawasan Bota keluar BN. Adakah ura-ura bahawa pemimpin-pemimpin UMNO akan melompat parti akan mula berkumandang semula?????????

ADUN Bota keluar BN
25/01/2009 4:54pm
IPOH 25 Jan. - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Bota, Datuk Nasaruddin Hashim hari ini mengisytiharkan keluar daripada Barisan Nasional (BN) dan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Tindakan itu disahkan oleh beliau sendiri melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada wartawan Utusan Malaysia.
``Ya betul, terima kasih,'' katanya dalam SMS tersebut.
Nasharuddin sebelum ini merupakan Ahli Parlimen Parit dan bertanding kerusi DUN Bota pada pilihan raya umum lalu.
Dalam pilihan raya umum pada 8 Mac lalu, beliau menewaskan calon PKR, Usaili Alias dengan majoriti 2,068 undi selepas memperoleh 6,556 undi.
Perak kini diterajui pakatan pembangkang Pas, DAP dan PKR dengan menguasai 31 kerusi DUN manakala BN 28 kerusi.(Utusan Malaysia 25 Jan. 2009)

Bantahan PPSMI

Sejak akhir-akhir ini, beberapa pihak termasuk golongan akademik dan cendiakwan membantah PPSMI malah membuat ugutan terhadap Kerajaan untuk mengenakan tindakan Mahkamah sekiranya Kerajaan tidak memansuhkan PPSMI. Perkembangan yang berlaku ini adakah menunjukkan bahawa sistem pendidikan sukar diperbaiki atau Kerajaan tidak manyanjungi Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan. Dimanakah kebenaran kata bahawa “Allah tidak akan mangubah nasib sesuatu bangsa itu, sekiranya mereka yang mengubahnya sendiri. Jadi, sama-samalah kita renungkan. Antara bantahan terhadap PPSMI akhir-akhir ini:-

1. Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) mengumumkan tarikh himpunan raksasa bagi membantah PPSMI adalah pada 7 Mac 2009 (sabtu)- kononnya seperti himpunan Bersih (
http://tranungkite.net – 25 Jan. 09)
2. Kerajaan juga mungkin berdepan dengan satu "perarakan keranda" Februari berhubung isu PPSMI oleh sebuah badan bahasa, Gabungan Penulis Nasional (Gapena). Perarakan sambil mengusung keranda sebagai simbol kematian bahasa Melayu - dinamakan Keranda 152 - akan menjadi sebuah lagi tindakan, selain tindakan mahkamah, selepas tuntutan mereka supaya kerajaan memansuhkan PPSMI tidak diendahkan.(Malaysiakini-8 Jan. 2009)
3. Perarakan sambil mengusung keranda sebagai simbol kematian bahasa Melayu - dinamakan Keranda 152 - akan menjadi sebuah lagi tindakan, selain tindakan mahkamah, selepas tuntutan mereka supaya kerajaan memansuhkan PPSMI tidak diendahkan. (http://kerajaanrakyat.blogspot.com – 16 Jan. 2009)
4. Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena) memberi tempoh sehingga 31 Disember ini untuk kerajaan memutuskan sama ada mahu meneruskan pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik (PPSMI) ke Bahasa Inggeris atau sebaliknya. (Utusan Malaysia – 24 Disember 2008).
5. Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena) tidak menolak kemungkinan mengambil tindakan undang-undang terhadap Kementerian Pelajaran sekiranya Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) diteruskan.Ketua Satunya, Profesor Emeritus Tan Sri Ismail Hussein berkata, ini kerana PPSMI secara jelas mencabul Fasal 152, Perlembagaan Persekutuan yang telah termaktub berhubung status bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. (Utusan Malaysia – 22 Disember 2008)

Saturday, January 24, 2009

RENUNGAN BERSAMA


Semua petunjuk menandakan Umo akan hancur
Dr Mahathir Mohamad Fri Jan 23, 09 10:40:38 pm MYT
Rencana ini telah ditulis semasa pilihanraya sedang berjalan. Saya pilih untuk tidak menyiarkannya pada masa itu supaya tidak dituduh mencuba mempengaruhi keputusan. Saya telah dikritik oleh seorang ahli Umno kerana rencana saya berkenaan dilema pengundi. Rencana ini adalah sebagai jawapan kepada pengkritik saya.

Saya telah nyatakan pendirian saya dalam pilihan raya kecil ini iaitu saya tidak memihak kepada sesiapa.
Bahawa bagi sesetengah ahli Umno pilihan raya ini penting, itu adalah pendapat mereka. Bagi saya pilihan raya kecil ini penting kepada Umno jika ahli-ahli dan pemimpinnya dapat faham dan mengambil iktibar dari keputusannya. Saya tidak yakin mereka akan faham. Mereka akan nafi segala kesalahan mereka seperti dengan prestasi buruk pilihan raya Mac 2008.
Saya adalah bekas ahli Umno dan saya amat sayang kepada Umno yang ditubuh oleh pejuang-pejuang kebangsaan dahulu. Tetapi parti yang ada sekarang bukan Umno dari segi semangat dan perjuangannya. Yang ada ialah parti yang utamakan kepentingan diri, terutama pemimpin-pemimpinnya.
Kata pepatah Melayu, "Sayang isteri tinggal-tinggalkan, sayang anak tangan-tangankan."
Sayang yang buta tuli bukan sahaja tidak baik bagi yang sayang tetapi juga yang disayangi.
Umno di bawah pemimpin Dato' Seri Abdullah sudah menyimpang jauh dari jalan yang lurus, dan perjuangan Umno yang sebenar.
Dengan itu ahli-ahli Umno pun tidak lagi pegang kepada matlamat perjuangan Umno untuk bangsa, agama dan negara.
Majoriti ahli Umno setia dan patuh kepada pemimpin tanpa mengambilkira apa yang dilakukan olehnya. Pepatah Melayu sekali lagi memberi pengajaran. "Raja adil Raja disembah, Raja zalim Raja disanggah". Kesetiaan rakyat pada Raja ada batasannya. Demikian juga kesetiaan ahli pada pemimpin harus mempunyai batasan.
Sesungguhnya banyak kesalahan dan dosa yang telah dilakukan oleh pucuk pimpinan Umno dan konco-konconya.
Saya boleh senaraikan semua kesalahan yang dilakukan oleh Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, Presiden Umno dan Perdana Menteri. Tetapi ia terlalu panjang. Memadai jika saya sebut beberapa sahaja yang menyebabkan saya tolak Umno sekarang:
a) Sanggup meletak wilayah negara sendiri dibawah kuasa Singapura apabila mendakwa pembangunan dalam wilayah Malaysia perlu dapat persetujuan Kerajaan Singapura.
b) Memberi kuasa kepada anak dan menantu dalam urusan parti dan Kerajaan sehingga calon-calon PRU 12 ditentukan oleh mereka. Hampir semua dari mereka ini kalah.
c) Penglibatan anak menantu dalam perniagaan yang dikuasai oleh Kerajaan. Bantuan Kerajaan kepada perniagaan mereka. Umpamanya pengambilalihan Avenue Asset oleh ECM Libra.
d) Kegiatan beberapa pembantu khas yang ditempatkan di tingkat 4. Mereka lebih berkuasa dari Kabinet.
e) Penjualan M.V. Agusta yang dibeli dengan harga RM300 juta, tetapi dijual dengan harga RM4.00. Pembeli M.V. Agusta ini kemudian menjualnya dengan harga RM500 juta - untung RM499,999.96 juta.
f) Mengguna wang secara terbuka untuk mendapat sokongan dari cawangan-cawangan Umno. Apabila didakwa oleh ketua bahagian, ia digantung. Laporan polis dan BPR yang dibuat oleh veteran Umno tidak dipedulikan.
Kesan dari kepimpinan yang rasuah dan tidak bermoral ialah perkembangan menyeluruh politik wang semasa pencalonan oleh bahagian-bahagian.
Orang yang diketahui umum terlibat dengan rasuah berjaya mendapat cukup bilangan undi untuk jadi calon dalam pemilihan yang akan diadakan pada Mac. Sekaligus ternampak jelas yang ahli-ahli Umno utamakan duit dan bukan perjuangan untuk bangsa, agama dan Negara.
Besar kemungkinan orang yang guna wang ini yang akan dipilih dalam pemilihan bulan Mac oleh wakil-wakil yang telah disogok.
Sudah tentu mereka ini akan mengetuai Kerajaan kemudian.
Kita akan dapat Kerajaan Umno yang tidak bermoral dan rasuah.
Umno di bawah pimpinan Abdullah telah jadi begitu lemah sehingga dikecam sewenang-wenangnya oleh kaum-kaum lain dan parti mereka.
Apabila dikecam pemimpin Umno pohon maaf dan tunduk kepada pengecam. Sebaliknya jika orang Umno mengecam parti lain, mereka digantung.
Semua isyarat menunjuk bahawa Umno akan ditewas dan hancur dalam Pilihan Raya Umum ke-13.
Saya akui saya yang pilih Dato Abdullah, Mr Clean. Saya akui juga saya tidak pandai pilih. Lihat sahaja Tun Musa Hitam, Anwar Ibrahim dan ramai dari Menteri-Menteri yang mengutuk saya apabila sahaja saya tidak jadi PM lagi.
Memilih semasa saya tidak tahu perangai seseorang adalah tidak bijak. Tetapi meneruskan sokongan apabila saya sudah tahu keburukan yang dilakukan oleh orang pilihan saya adalah perbuatan yang tidak bertanggungjawab.
Saya tidak cari untuk saya disukai ramai. Saya bertindak atas pendirian yang pada hemat saya adalah baik walaupun saya akan jadi tidak popular.
Hanya kerana saya dahulu menjadi pemimpin Umno tidak bermakna saya mesti terus menyokong Umno setelah Umno menyimpang dari perjuangan asalnya dan sudah jadi parti milik perasuah yang hanya utamakan kepentingan diri masing-masing, yang hanya menyertai Umno untuk dapat duit sogokan, mendapat peluang perniagaan, menjadi Menteri dan Perdana Menteri.
Percayalah, apabila dalam Mesyuarat Agong Mac ini calon-calon yang diketahui menyogok wang kepada wakil ke mesyuarat agong menang, Umno akan dipandang jijik oleh rakyat semua kaum dan Umno akan kalah pada PRU 13. Selepas itu Umno akan terkubur dan mereka yang membawa kehancuran pada Umno kerana wang dan keuntungan bagi diri sendiri akan dikutuk oleh orang Melayu turun temurun.
Biarlah kekalahan Umno di Kuala Terengganu menjadi pengajaran pada Umno. Janji-janji memberi wang untuk pembangunan tidak lagi berkesan kepada pengundi umum. Sesungguhnya rakyat termasuk orang Melayu meluat melihat sikap ahli dan pemimpin Umno. - chedet.co.cc/chedetblog ,dipetik_http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=19014&Itemid=1

anda bagaimana???????????