Sunday, January 25, 2009

kelahiran semula

UMNO kini perlu mendapat semula kepercayaan daripada rakyat. Kehilangan dua pertiga dalam Parlimen pada Pilihan Raya Umum 8 Mac 2008, kemenangan Permatang Pauh dan Kuala Terengganu dengan majoriti besar jelas menunjukkan bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan rakyat sehingga menjadikan sokongan rakyat sebagai ‘cagaran’ yang amat besar untuk mengembalikan kedudukan UMNO/BN.

Profesor Politik dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Dr. Mohamed Mustafa Ishak, menyatakan bahawa BN masih mempunyai peluang untuk memperbaiki kelemahannya. beliau berpendapat, apa yang paling penting BN dan UMNO harus bersedia melakukan perubahan drastik dalam semua segi bagi membolehkan ia kembali diterima oleh rakyat. Beliau turut menyatakan ‘‘BN masih merupakan pentadbir terbaik justeru apa yang perlu mereka lakukan ialah melaksanakan perubahan melibatkan tiga aspek iaitu struktur, imej dan pendekatan,’’ (temuramah penuh dalam Mingguan Malaysia 25 Jan.2009)

Laporan oleh Zulkiflee Bakar dalam Utusan Malaysia bahawa gesaan Dato’ Seri Najib supaya BN segera bangkit melakukan perubahan dan kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa UMNO sudah hilang daya penarik seharusnya memberi keinsafan kepada puak-puak dalam parti itu bahawa mereka akan hilang segala-galanya jika terus mengekalkan stail lama.Terlalu banyak yang perlu dilakukan oleh BN jika mereka mahu kembali mendapat sokongan rakyat. Apa yang paling penting orang Melayu ingin melihat perubahan di dalam parti UMNO sendiri. Mereka sudah muak melihat sikap sesetengah pemimpin UMNO yang berebut jawatan, datang berkempen dengan menunjukkan kemewahan serta terlalu bergantung kepada parti untuk melakukan segala-galanya. (baca selanjutnya di Mingguan Malaysia -25 Jan. 2009)

No comments: