Tuesday, August 12, 2008

Janji Tetap Janji

Kerajaan tetap berpegang dengan janji untuk menyelaraskan harga runcit petrol berdasarkan harga pasaran purata bulanan mulai 1 September ini ekoran trend penurunan harga bahan api itu di pasaran dunia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, sekiranya harga minyak berada pada kadar yang rendah hingga memerlukan harga bahan api itu di pasaran tempatan diturunkan, maka kerajaan pasti mengambil keputusan untuk menurunkan harganya.

‘‘Kita akan lakukan berasaskan apa yang telah dijanjikan dan diumumkan sebelum ini, jika harganya rendah dan boleh turunkan, sudah tentu ia akan diturunkan.

‘‘Janji yang telah kita buat, itulah yang akan kita patuhi mengikut kaedah-kaedah yang telah ditetapkan,”

Utusan Malaysia
12 Ogos 2008

No comments: