Friday, August 8, 2008

Pas membantah keras keputusan Majlis Peguam untuk meneruskan penganjuran forum awam bertajuk Memeluk Islam kerana jelas ia boleh mencetuskan ketegangan agama dan kaum di negara ini.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, usaha Majlis Peguam itu yang hanya bersumberkan kepada fahaman sekular sudah tentu akan terseleweng daripada pemahaman sebenar mengenai Islam.

Keadaan tersebut jika dibiarkan, katanya, akan merugikan negara dan oleh itu demi kestabilan hubungan agama serta kaum, Pas menggesa pihak Majlis Peguam membatalkan forum berkenaan.

Utusan Malaysia
8 Ogos 2008

No comments: