Thursday, January 1, 2009

PPSMI Satu Impian Satu Harapan

Macam-macam dok dengar pasai PPSMI.........................

GAPENA dikatakan akan menyaman Kerajaan sekiranya melaksanakan dasar Pengajaran Bahasa Inggeris dalam Matematik dan Sains (PPSMI)

Majlis Permuafakatan Kesatuan/Persatuan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia, Jemale Paiman menyatakan atas tiket majlis tersebut kesemua 25 kesatuan dan persatuan yang mewakili kira-kira 350,000 guru di seluruh negara sebulat suara menolak pelaksanaan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) pada peringkat sekolah rendah

sebaliknya....

Presiden Kesatuan Guru-Guru Sarawak (STU), William Ghani Bina menyatakan pihaknya berpendirian teguh untuk meneruskan dasar PPSMI di peringkat sekolah rendah dan tidak pernah menyatakan tidak bersetuju meneruskan dasar tersebut.

Tokoh pendidik, Tan Sri Abdul Rahman Arshad berpendapat, kementerian wajar meletakkan matlamat dengan menumpu pada salah satu subjek sama ada bagi subjek Bahasa Inggeris atau Sains dan Matematik

Kesimpulannya sama ada nak laksanakan atau tidak dasar PPSMI, semuanya berkaitan dengan kemajuan dan masa depan anak bangsa. Bak kata pelawak kita Nabil 'fikirlah sendiri'...............

No comments: