Tuesday, March 17, 2009

Mesti ada sebab musabab

Bapa tak mengaku salah campak bayi hingga mati
Oleh Amin Ridzuan Ishak
aminridzuan@bharian.com.my

GEORGETOWN: Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Syesen di sini, semalam atas tuduhan menyebabkan kematian dan mendera bayinya, Nurul Ain Amirah yang berusia empat bulan, baru-baru ini.Mohamad Nasir Sulaiman, 34, didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di No 100A, Blok D Mukim 12, Kampung Masjid, Sungai Ara, Bayan Lepas dekat sini, jam 9 malam, pada 7 Mac lalu.Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa mencampak Nurul Ain Amirah ke atas tilam sehingga menyebabkan pendarahan pada selaput otak dan mengakibatkan kematiannya.Bagi pertuduhan itu, Mohammad Nasir didakwa mengikut Seksyen 304 (a) Kanun keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan denda jika disabitkan kesalahan.Bagi tuduhan kedua pula, dia didakwa melakukan penderaan dengan memegang kaki di atas dan kepala di bawah ke atas Nurul Ain Amirah pada tarikh, tempat serta masa sama.Dia didakwa mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali.Tertuduh mengangguk faham dan meminta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di depan Hakim Roslan Hamid.Pendakwaan dilakukan Pendakwa Raya, Shariza Ismail, yang memohon mahkamah tidak memberikan ikat jamin ke atas tertuduh berikutan kesalahan dilakukan membabitkan hukuman berat. Bagaimanapun, Mohamad Nasir yang belum melantik peguam merayu kepada mahkamah supaya membenarkan dia diikat jamin.Roslan menetapkan 23 Mac ini untuk sebutan semula kes bagi menentukan sama ada tertuduh boleh diikat jamin atau tidak.

No comments: