Saturday, March 21, 2009

Kerajaan Perpaduan

Hasrat Kerajaan Perpaduan (Unity Goverment) adalah cadangan yang dikemukakan oleh Tengku Razaleigh Hamzah apabila bertemu dengan Tuan Guru Haji Hadi dan beberapa pemimpin lain termasuk di kalangan pemimpin UMNO (Siasah, 15-21 Mac 2009). Namun, dalam kenyataan balas mengenai Kerajaan Perpaduan tidak ada yang memfokuskan cadangan tersebut adalah daripada Tengku Razaleigh tetapi ia lebih menggambarkan Dato’ Seri Haji Hadi yang membawa ‘idea’ tersebut. Realitinya Dato’ Seri Haji Hadi mula mempopularkan cadangan tersebut malah beliau tidak menolak langsung kritikan dan maklum balas daripada pelbagai pihak termasuk di kalangan pemimpin Pakatan Rakyat seolah-olah idea Kerajaan Perpaduan adalah cetusan beliau.

Kerajaan Perpaduan yang diuar-uarkan itu adalah Kerajaan Gabungan antara BN dan PR yang masing-masing adalah Kerajaan dan tiada pembangkang buat seketika. Pendekatan ini diambil ekoran suasana politik yang semakin tegang dan ketidakstabilan ekonomi.

Tengku Razaleigh telah menggariskan beberapa gagasan ke arah pembentukan Kerajaan Perpaduan iaitu menstabilkan Kerajaan Pusat dan Negeri, memberikan ruang kebebasan untuk media, memperteguhkan ekonomi dengan melaksanakan projek yang boleh menggerakkan ekonomi ke arah lebih baik dan membebaskan para cendekiawan di universiti dari kongkongan Akta Universiti dan Kolej (AUKU).
Kerajaan Perpaduan yang disebut oleh Dato’ Seri Haji Hadi Awang tetapi telah dipopularkan sebagai Kerajaan Campuran (Gabungan BN dan Pakatan Rakyat) oleh pemimpin-pemimpin UMNO termasuk Pakatan Rakyat (PR) sebenarnya juga adalah inti pati pergabungan kedua-dua parti. Hakikatnya Kerajaan Perpaduan yang dimaksudkan itu juga adalah satu Kerajaan Campuran yang akan bernaung di bawah satu bumbung untuk memastikan keadilan, kesaksamaan dan titik noktah bagi mencapai satu matlamat untuk mengatasi isu-isu rakyat dan negara. Inilah juga yang dirasai oleh segelintir pemimpin-pemimpin PR dan pemimpin-pemimpin UMNO apabila memberi reaksi terus menolak idea tersebut. Realitinya adalah mustahil untuk dilakukan kerana sejarah pernah menunjukkan pembentukan tersebut amat ‘perit’ seperti mana yang dikatakan oleh Dato’ Nik Aziz Nik Mat malah Tun Dr. Mahathir menyatakan PAS bertindak untuk diri sendiri.

Dewan Pemuda PAS bersetuju dengan hasrat Dato’ Seri Haji Hadi Awang dan Tan Sri Dato’ Muhyiddin Yassin secara peribadi turut menyokong cadangan tersebut demi mengembalikan keamanan dan ketenteraman rakyat. Sebaliknya Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mahukan penjelasan daripada Dato’ Seri Haji Hadi Awang mengenai cadangan tersebut seolah-olah beliau tidak mempunyai keyakinan langsung terhadap pentadbiran yang berasaskan kestabilan dan perpaduan.

Cadangan Dato’ Seri Haji Hadi Awang membawa signifikan dan maksud tersendiri. Bukan usaha ini tidak pernah cuba diusahakan iaitu konsep muqabalah antara PAS dan UMNO. Tetapi agak hairan mengapa PAS sahaja yang begitu beria-ia menunjukkan keikhlasan dan kesungguhan untuk mewujudkan penyatuan dengan UMNO tidak PKR dan DAP. Apakah PAS sebenarnya tidak mampu bekerjasama dengan DAP dan PKR kerana prinsip perjuangan berbeza seperti mana golongan tersebut menyatakan kejatuhan Perak adalah sama dengan idea ‘Pencerahan’ dan ‘Revolusioner’ di Eropah (Malaysiakini-25 Februari 2009 – Hishamuddin Rais). Penulis ini dikatakan adalah pengikut setia Anwar Ibrahim, dan Anwar adalah pemimpin yang ingin menyambung ideanya.

Dipetik kenyataan penulis blog http://pochongmenulis.blogspot.com bahawa “membandingkan idea pencerahan dengan apa yang berlaku di Perak adalah tidak wajar sama sekali, kerana pencerahan di Eropah lebih kepada usaha Martin Luther yang ingin mereformasi agama Kristian setelah berlakunya penyalahgunaan gereja di kalangan golongan bangsawan. Adakah situasi di Malaysia penyalahgunaan agama setara dengan apa yang dialami oleh orang Kristian sewaktu zaman Renaisance, hingga perlu kepada pentafsiran semua kitab Al-Quran ini yang menjadi tanda tanya kita”.
“Soalnya adakah kesemua orang dalam PKR mempunyai pandangan yang sama dengan pandangan penulis tersebut? jika benar maka tidak mustahil sekali lagi para ulama akan diperlekehkan dan kitab Al-Quran akan terpaksa dikaji semula seperti yang dialami oleh agama Kristian sewaktu zaman Renaisance. Adakah sebegitu hina teruk ulama dan kita pada golongan ini, sedangkan dalam Islam para ulama/umara' mempunyai kedudukan yang penting. Begitu juga dengan Al-Quran kekal relevan sepanjang hayat dan tidak perlu pentafsiran semula”.
“Pada saya tidak seharusnya apa yang berlaku di Perak dibandingkan dengan apa yang berlaku di zaman Renaisance Eropah. Tidak adakah lagi contoh yang paling baik dalam dunia Islam untuk diambil contoh? sedangkan sejarah mengatakan Islam terlebih dahulu mencipta Tamadun berbanding dunia barat”.

Ironisnya bagaimanakah Kerajaan Perpaduan yang bakal wujud mampu menyatukan Kabinet di kalangan pemimpin PR dan BN. Adakah tiada jaminan berlaku perebutan kedua-dua pihak?. Yang jelasnya unsur tersebut tetap berlaku. Misalnya di Perak – perebutan jawatan Menteri Besar di Perak (PAS vs DAP) dan Terengganu(UMNO vs UMNO) dan Karpal Singh pula lantang menyuarakan bahawa DSAI tidak layak memimpin PR kerana mempromosi budaya lompat parti dan meminta agar PAS tidak memasang angan-angan untuk menunjangi Pakatan Rakyat kerana khuatir akan menegakkan negara Islam.

Hakikatnya idea Kerajaan Perpaduan masih lagi samar di kalangan pemimpin UMNO dan Pakatan Rakyat sehingga ada pihak yang menggesa Dato’ Seri Haji Hadi Awang untuk memberi penjelasan. Sekiranya

No comments: