Showing posts with label belia. Show all posts
Showing posts with label belia. Show all posts

Monday, November 8, 2010

Pemandu Tak MAu Ambik Pengajaran


Pemandu bas tidak ambil tahu kes kemalangan

Dalam tempoh 24 jam di Pekan dan Kuala Lipis berlaku kemalangan melibatkan bas iaitu sebuah bas ekspres yang dinaiki 33 penumpang terbabas ke dalam tali air dekat Sungai Miang, Pekan akibat dipandu laju sehingga mengorbankan seorang penumpangnya. Manakala sebuah bas ekspres yang membawa 31 penumpang terbabas mengakibatkan tiga cedera parah termasuk seorang putus kaki kiri di Kilometer 12, Jalan Lipis-Merapoh dekat Kuala Lipis.
Sebelum ini pada 31 Oktober 2010 sebuah bas ekspres telah mengalami kemalangan ketika menuruni jalan Genting Higland ketika membawa rombongan remaja dari kampung Baru, Mukim Siong, Baling Kedah sehingga menyebabkan 6 kematian. Seterusnya pada 10Oktober 2010, bas ekspres Delima yang dipandu laju dari Melaka ke Kuala Lumpur kemalangan, menyebabkan 12 orang maut. Kajian menunjukkan pemandu membawa bas tersebut dengan kelajuan 120 km.

Dalam dua insiden tersebut dikenal pasti, pemandu memang memandu dengan laju. Jadi mengapa kumpulan ini tidak mahu mengambil pengajaran.

Persoalannya.... SIAPA LAGI NAk DIPERSALAHKAN. ORANG RAMAI TENTU MUAK DENGAN KEJADIAN SEPERTI INI SEHINGGA MENGANCAM NYAWA MANUSIA. MALANG MEMANGLAH TAK BERBAU, TAPI KALAU DAH SELALU, MACAM ADA YANG TAK KENA JE???????

Kepada pemandu yang mengamalkan pemanduan berhemah, terima kasih banyak-banyakleh. Tolongle sedarkan rakan-rakan yang dikenal pasti sering berkelakuan negatif itu...

Saturday, May 16, 2009

Betapa Luasnya Konsep 1 Malaysia

1Belia, 1Malaysia perlu diterap dalam pergerakan

MELAKA: Datuk Seri Najib Razak berkata, pendekatan 1Belia, 1Malaysia adalah satu konsep penting yang perlu diterapkan dalam pergerakan belia di negara ini.


Perdana Menteri berkata, beliau percaya konsep 1Malaysia akan menjadi lebih bermakna sekiranya golongan muda turut mengambil konsep 1Belia, 1Malaysia.


“Langkah yang seribu itu bermula dengan yang satu, Malaysia tidak akan menjadi satu sekiranya belianya tidak berpadu.


"Dari itu, terletak di jemala golongan belia satu amanah sebagai pewaris yang sewajarnya meneruskan perjalanan mulia ini dengan memupuk dan menyuburkan perpaduan nasional. Jika tidak, segala apa yang kita bangunkan, akan hancur dan ranap begitu sahaja," katanya.


Beliau berkata demikian dalam perutusan khas sempena Hari Belia Negara 2009 yang disiarkan pada Perhimpunan Hari Belia Negara 2009 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh, dekat sini, semalam.


Perhimpunan yang dihadiri kira-kira 15,000 pemimpin dan wakil belia itu dirasmikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Hadir sama Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam; Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek serta Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Datuk Shamsul Anuar Nasarah.


Dalam perutusan kira-kira 20 minit itu, Najib juga berkata, belia perlu sedar bahawa kerukunan yang dicapai negara selama ini bukan sesuatu yang mudah tetapi, dirintis oleh mereka terdahulu dengan segala jerih dan kepayahan.


Katanya, sebagai golongan yang dilahirkan pascamerdeka, umur belia nampak paling subur untuk merealisasikan konsep 1Malaysia.


"Ingatlah bahawa di mana bumi dipijak, di situlah langit dijunjung, lantaran itu saudara saudari sekalian harus melihat antara satu sama lain dengan pandangan 1Malaysia,” katanya.

sumber : Berita Harian, 16 Mei 2009