Monday, May 9, 2011

Harga Petrol, Malaysia Mahal atau Sebaliknya?


JIKA dibandingkan dengan tujuh buah negara jiran di Asia Tenggara, harga petrol di Malaysia ialah yang kedua termurah. Negara Asia Tenggara yang mempunyai harga petrol paling mahal ialah Singapura dengan harga RM5.14 (S$2.12) seliter bagi RON 95, diikuti Thailand (RM3.91), Filipina (RM3.90), Indonesia (RM3.18), Vietnam (RM3.14) dan yang paling murah ialah Brunei (RM1.28 untuk RON 97).
Sesetengah orang tidak suka menukar harga-harga petrol negara jiran kepada mata wang ringgit untuk tujuan perbandingan. Namun begitu, walaupun mata wang tidak ditukar, harga petrol di Malaysia masih juga antara yang termurah.

Sebagai contoh, seorang rakyat Singapura yang berpendapatan S$3,000 sebulan masih perlu membayar S$2.12 untuk seliter petrol RON 95, sedangkan seorang rakyat Malaysia yang berpendapatan RM3,000 sebulan hanya perlu membayar RM1.90 untuk kuantiti dan gred petrol yang sama.

Bagaimanapun, harga petrol di Malaysia tidaklah semurah di Brunei kerana negara berkenaan mampu memberikan subsidi yang lebih untuk petrol. Tidak seperti Malaysia, hampir keseluruhan pendapatan Brunei diperolehi daripada hasil pengeluaran minyak. Brunei juga memiliki populasi kecil yang tidak sampai pun jumlah populasi bandar Seremban, iaitu hanya 407,000. Malaysia sebaliknya memiliki populasi seramai 27.57 juta orang.

Baca seterusnya di Utusan Malaysia

Wednesday, April 20, 2011

23 inisiatif untuk mewujudkan kekayaan baru dan membangunkan ekosistem negara untuk menarik pelaburan berbilion ringgit yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri:-

1. Menukar sisa buangan kelapa sawit kepada kepada produk margin tinggi;
2. Menaik taraf tingkap sedia ada kepada panel yang mampu menjana tenaga;
3. Menghasilkan perisian yang mampu memantau corak penggunaan tenaga sekali gus
membantu menjimatkan tenaga;
4. Menghasilkan revolusi dalam landskap pembayaran melalui kerjasama unik dengan
Pemodalan Sejahtera Sdn. Bhd. untuk menawarkan perkhidmatan transaksi kewangan
kecil-kecilan dijalankan melalui kad kredit;
5. Menghasilkan teknologi terkini dalam industri diod pancaran cahaya (LED);
6. Bekerjasama dengan Universiti Sains Malaysia (USM) untuk menghasilkan enjin
carian internet yang sangat tepat;
7. Penghasilan produk gentian karbon oleh SIRIM;
8. Penghasilan cat yang mampu membunuh serangga;
9. Teknologireaksi rantai polimerase yang membantu menyalin dan mengamplikasi asid
deoksiribonukleik (DNA;
10.Penghasilan pengikat pelvis oleh UKM yang bertujuan untuk mengurangkan pendarahan
dalaman pesakit trauma;
11. Penghasilan antena rata oleh UTM yang lebih efisien;
12. Penghasilan ubat semula jadi oleh UPM untuk mengubat kanser serviks;
13. Penghasilan kit diagnostik oleh UM yang boleh mengesahkan penyakit denggi dalam
empat jam;
14. Kerjasama Unik dan Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) untuk membangunkan
pogram yang boleh menggerakkan inovasi dan memenuhi keperluan syarikat swasta
yang besar;
15. Unik Inovasi Khas (Unik) berkerjasama dengan Dyson Manufacturing untuk
membangunkan program-program
yang dapat meningkatkan inovasi pelajar;
16. Unik bekerjasama dengan Univeristi Taylor mewujudkan pemecut (accelerator)
makanan dan nutrisi inovasi bagi menghasilkan kerjasama antarabangsa antara
golongan akademik, Kerajaan dan industri dalam bidang penyelidikan makanan dan
pemakanan;
17. Kerjasama dengan Steinbeis dari Jerman untuk merapatkan jurang antara kumpulan
akademik dan industri;
18. Bekerjasama dengan agensi inovasi Sweden, Vinnova untuk menghasilkan inisiatif
dalam mempromosikan inovasi dalam komuniti pendidikan dan perniagaan di
Malaysia.
19. Usaha untuk menaik taraf MARA dalam rantai nilai melalui cara inovasi;
20. Bekerjasama dengan kampus Sunway, Universiti Monash membangunkan pemecut inovasi
MyMAP untuk melakukan penyelidikan dalam bidang ubatan dan tumbuhan beraroma;
21. Melaksanakan program Alam Lab Inovasi Masjid (AKLIM) untuk mewujudkan
pembelajaran berasaskan kandungan dan video di masjid-masjid tempatan;
22. Inisiatif pembelajaran berasaskan projek yang mengajar kemahiran berfikir secara
kritikal, kreatif dan membina di kalangan pelajar sekolah rendah;dan
23. Unik bekerjasama dengan Universiti UCSI untuk mengamalkan strategi lautan biru
dalam projek yang amat penting bagi mewujudkan ekosistem inovasi.

Renung-renungkanlah manfaatnye kepada negara dan rakyat Malaysia.

Tuesday, April 19, 2011

Sedihnye Anak Tak Sah Taraf


Laporan akhbar Berita Harian 19 April 2011 (m/s 18) bahawa statistik Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mendedahkan jumlah anak tidak sah taraf mencecah 234,647 orang dalam tempoh empat tahun (2006-2010)begitu menakutkan. Jumlah itu membabitkan 89,979 atau 34.5 peratus ibu beragama Islam dan mewakili sembilan peratus daripada keseluruhan 2,481,276 kelahiran dalam tempoh berkenaan.
Antara punca yang disebut adalah remaja mudah mendapat maklumat berkenaan seks dengan melayari internet. Maka dengan itu peranan ibu bapa adalah penting untuk memantau aktiviti anak-anak mereka. Lantaran pendidikan agama merupakan proses pendekatan berkesan untuk menanamkan rasa takut melakukan perbuatan tersebut.
Persoalannya walaupun perkara ini banyak disebut oleh pelbagai pihak dan langkah-langkah untuk menanganinya, namun kelahiran anak tak saf taraf terus menjadi-jadi malah dilihat seperti budaya. Apa-apa pun kita kembali kepada budaya, adat dan agama masing-masing yang menolak perbuatan hina itu.'tepuk dada tanya minda', jangan ikut selera je.

Friday, December 24, 2010

Bermakna 1Malaysia Diterima Rakyat??????




Bergantung kepada rakyat untuk menerima atau sebaliknya konsep 1Malaysia itu. Kenapa perlu melarang menggunakan logo itu. Ini bermakna mereka sudah merasai rakyat sudah menerima konsep tersebut. Seharusnya membuktikan dengan lebih baik konsep Negara kebajikan yang diilhamkan oleh mereka semasa Pilihan Raya Umum ke-12.Inilah masanya mereka membuktikan kepada rakyat bahawa mereka mampu memenangi dan menjaga kepentingan rakyat. Dengan menghalang menggunakan logo tersebut menunjukkan mereka sebenarnya tewas tanpa berjuang dan membuktikan mereka tidak mampu menyaingi Kerajaan Barisan Nasional daripada Pakatan Rakyat. Ayoh bangkitlah pemimpin-pemimpin Selangor, jangan gentar dan perlu berjuang. PRU ke-13 kelak yang sebenarnya menentukan kemampuan anda bukannya logo 1Malaysia itu.

Rujukan – BERNAMA

Thursday, December 23, 2010

Kongsi bersama..... ambik pengajaran

Buat baik berpada-pada. Buat jahat jangan sekali. Ungkapan itu perlu dilihat sebaliknya. Adakala orang berbuat baik ada maksud tertentu. manakala orang yang buat jahat belum tentu jahatnya.

Ini boleh diambik pengajaran kerana kita manusia pelu beringat dan perpada-pada.Selagi kita hidup selagi itulah perjuangan kita akan berterusan dan perlu hadapi.
Mungkin ini boleh dijadikan pengajaran.....

Rujukan - Utusan Malaysia

Tuesday, December 21, 2010

Menarik untuk dikongsi


Mahu atau tidak mahu, Malaysia perlu mengharungi arus globalisasi dan meneroka maklumat tanpa sempadan. Sungguhpun demikian, kita perlu menerima kemudahan itu menurut acuan negara kita. Jangan jadikan saluran itu untuk mengkritik, mengaib, menipu dan manakutkan orang lain. Harus digunakan sebaik mungkin kerana agama tidak melarang kita menuntut ilmu asalkan ia mendatangkan kebaikan dan tidak memberi kemudaratan kepada mana-mana pihak.

baca seterusnya di waksabblogspot

Kronologi nahas bas 2010


Sedih, menyayat hati. malang tak berbau atau salah siapa???

16 Disember – Empat kakitangan Jabatan Penjara Tawau terbunuh apabila bas jabatan itu terbabas lalu terjatuh dalam gaung di Kampung Moyog, 35 kilometer dari Penampang dekat Kota Kinabalu.

14 Disember – 14 pekerja kilang cedera apabila bas kilang terbabas dan terbalik di KM 156.2 Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Nibong Tebal, Pulau Pinang, selepas bergesel dengan sebuah treler yang turut terhumban dalam parit.

11 Disember – Tiga pelajar Institut Kemahiran Mara Jasin, Melaka parah apabila bas ekspres terbabas dan terbalik di Kilometer 304.5 Lebuh Raya Utara-Selatan, dekat Gopeng, Perak.

4 November – Seorang maut dan dua cedera parah selepas bas ekspres terbabas sebelum terbalik dalam sebuah tali air
di Kampung Sungai Miang, di Kilometer 20 Jalan Pekan-Nenasi, Pahang.

29 Oktober – Tujuh penumpang maut dan 39 cedera, termasuk 17 parah dalam kemalangan di KM36 Lebuhraya Karak ke Kuala Lumpur.

10 Oktober – 13 penumpang maut dan 40 cedera apabila bas ekspres terbabit dalam kemalangan di Km 223 Lebuh Raya Utara-Selatan menghala utara berhampiran Plaza Tol Simpang Ampat-Rembau.

2 September – Lapan belas cedera apabila bas persiaran terbabas dan terbalik di Kilometer 35.1 Lebuhraya Karak-Kuala Lumpur.

27 Ogos – Seorang pemandu bas ekspres terbunuh, manakala tiga cedera parah dan enam cedera ringan dalam kemalangan di KM306.2 Lebuh Raya Utara-Selatan.

17 April – Seorang penumpang patah tulang rusuk, manakala enam cedera ringan apabila bas ekspres dari Johor Baharu ke ibu negara terbabas di KM32 Lebuh Raya Utara-Selatan, dekat Kulai Jaya, Johor.

20 Mac – 40 penumpang sebuah bas ekspres nyaris maut apabila terbabas dan terperosok ke dalam tali air di KM42 Jalan Kuantan-Kemaman.

4 Februari – 15 penumpang bas Ekspres Konsortium dalam perjalanan ke Kuala Lumpur nyaris maut selepas bas melanggar dua kenderaan lain di Plaza Tol Sungai Dua, Pulau Pinang.

sumber : Berita Harian