Thursday, September 8, 2011

KENALI MAT INDERA

Menteri Besar, Abdul Ghani Othman menegaskan bahawa Ahmad bin Indera atau Mat Indera bukan seorang ‘pejuang’ kemerdekaan negara dan kekal sebagai pengganas walaupun artikel mengenai individu itu terkandung di dalam buku Pengukir Nama. Baca seterusnya di Utusan Malaysia dan Berita Harian - 8 September 2011 Johor.

Kenali Pejuang Negara

pix_gal0Banyak sangat artikel dan kenyataan berhubung pejuang negara Mat Indera. Ini boleh mengelirukan rakyat. Biarlah yang buat kenyataan itu mereka yang benar2 faham tentang sejarah. Harus ingat sejarah adalah sejarah dan tidak boleh diubah.

Kini forum berhubung isu ni akan diadakan. sebelum ini di Dewan Perhimpunan Cina Selangor - 7 Sept. 2011 dan dilaporkan akan dibuat di Auditorium Bandaraya Ipoh pula.



Friday, June 24, 2011

Nak Bersih Malaysia atau Nak Cemarkan Malaysia



fikirlah secara waras rakyat Malaysia, kenapa kita mesti mencemarkan nama Malaysia. Disini kita mencari makan, rezeki yang halal, keluarga kita hidup dengan aman damai tanpa gangguan. boleh pergi mana yang kita suka. tiba-tiba kita nak hilangkan kegembiraan itu dengan perbuatan yang boleh mencemarkan tanah air kita. janganlah kita terpengaruh dek kerana emosi yang dipengaruhi oleh unsur-unsur negatif.
Bayangkanlah jika sesuatu berlaku pada kita, bagaimanalah anak isteri kita hidup. janganlah pula salahkan orang lain. kalau anak isteri tak dapat pembelaan sedangkan kita yang dipertanggungjawabkan sebagai ketua keluarga membuat perkara yang melanggar norma-norma masyarakat.
Tak dapat biasiswa kita merungut. tapi bila dah dapat nak buat demonstrasi pula. burukkan nama Malaysia di luar negara.
Kenapa kita mahu hilangkan keyakinan pelabur dan rasa kagum serta hormat negara lain terhadap Malaysia. Seharusnya kita menonjol Malaysia yang kaya budi bahasa, bertolak ansur dengan adanya pelbagai kaum untuk ditauladani negara lain. Dialog Antarabangsa Langkawi baru saja berakhir. Betapa negara-negara Afrika mengagumi Malaysia dalam menguruskan kewangan negara.
Jadi fikir-fikirkanlah bagaimana untuk menjadi rakyat yang prihatin, mengenang budi dan tahu membawa diri ketika berada di perantauan.

Monday, May 9, 2011

Harga Petrol, Malaysia Mahal atau Sebaliknya?


JIKA dibandingkan dengan tujuh buah negara jiran di Asia Tenggara, harga petrol di Malaysia ialah yang kedua termurah. Negara Asia Tenggara yang mempunyai harga petrol paling mahal ialah Singapura dengan harga RM5.14 (S$2.12) seliter bagi RON 95, diikuti Thailand (RM3.91), Filipina (RM3.90), Indonesia (RM3.18), Vietnam (RM3.14) dan yang paling murah ialah Brunei (RM1.28 untuk RON 97).
Sesetengah orang tidak suka menukar harga-harga petrol negara jiran kepada mata wang ringgit untuk tujuan perbandingan. Namun begitu, walaupun mata wang tidak ditukar, harga petrol di Malaysia masih juga antara yang termurah.

Sebagai contoh, seorang rakyat Singapura yang berpendapatan S$3,000 sebulan masih perlu membayar S$2.12 untuk seliter petrol RON 95, sedangkan seorang rakyat Malaysia yang berpendapatan RM3,000 sebulan hanya perlu membayar RM1.90 untuk kuantiti dan gred petrol yang sama.

Bagaimanapun, harga petrol di Malaysia tidaklah semurah di Brunei kerana negara berkenaan mampu memberikan subsidi yang lebih untuk petrol. Tidak seperti Malaysia, hampir keseluruhan pendapatan Brunei diperolehi daripada hasil pengeluaran minyak. Brunei juga memiliki populasi kecil yang tidak sampai pun jumlah populasi bandar Seremban, iaitu hanya 407,000. Malaysia sebaliknya memiliki populasi seramai 27.57 juta orang.

Baca seterusnya di Utusan Malaysia

Wednesday, April 20, 2011

23 inisiatif untuk mewujudkan kekayaan baru dan membangunkan ekosistem negara untuk menarik pelaburan berbilion ringgit yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri:-

1. Menukar sisa buangan kelapa sawit kepada kepada produk margin tinggi;
2. Menaik taraf tingkap sedia ada kepada panel yang mampu menjana tenaga;
3. Menghasilkan perisian yang mampu memantau corak penggunaan tenaga sekali gus
membantu menjimatkan tenaga;
4. Menghasilkan revolusi dalam landskap pembayaran melalui kerjasama unik dengan
Pemodalan Sejahtera Sdn. Bhd. untuk menawarkan perkhidmatan transaksi kewangan
kecil-kecilan dijalankan melalui kad kredit;
5. Menghasilkan teknologi terkini dalam industri diod pancaran cahaya (LED);
6. Bekerjasama dengan Universiti Sains Malaysia (USM) untuk menghasilkan enjin
carian internet yang sangat tepat;
7. Penghasilan produk gentian karbon oleh SIRIM;
8. Penghasilan cat yang mampu membunuh serangga;
9. Teknologireaksi rantai polimerase yang membantu menyalin dan mengamplikasi asid
deoksiribonukleik (DNA;
10.Penghasilan pengikat pelvis oleh UKM yang bertujuan untuk mengurangkan pendarahan
dalaman pesakit trauma;
11. Penghasilan antena rata oleh UTM yang lebih efisien;
12. Penghasilan ubat semula jadi oleh UPM untuk mengubat kanser serviks;
13. Penghasilan kit diagnostik oleh UM yang boleh mengesahkan penyakit denggi dalam
empat jam;
14. Kerjasama Unik dan Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) untuk membangunkan
pogram yang boleh menggerakkan inovasi dan memenuhi keperluan syarikat swasta
yang besar;
15. Unik Inovasi Khas (Unik) berkerjasama dengan Dyson Manufacturing untuk
membangunkan program-program
yang dapat meningkatkan inovasi pelajar;
16. Unik bekerjasama dengan Univeristi Taylor mewujudkan pemecut (accelerator)
makanan dan nutrisi inovasi bagi menghasilkan kerjasama antarabangsa antara
golongan akademik, Kerajaan dan industri dalam bidang penyelidikan makanan dan
pemakanan;
17. Kerjasama dengan Steinbeis dari Jerman untuk merapatkan jurang antara kumpulan
akademik dan industri;
18. Bekerjasama dengan agensi inovasi Sweden, Vinnova untuk menghasilkan inisiatif
dalam mempromosikan inovasi dalam komuniti pendidikan dan perniagaan di
Malaysia.
19. Usaha untuk menaik taraf MARA dalam rantai nilai melalui cara inovasi;
20. Bekerjasama dengan kampus Sunway, Universiti Monash membangunkan pemecut inovasi
MyMAP untuk melakukan penyelidikan dalam bidang ubatan dan tumbuhan beraroma;
21. Melaksanakan program Alam Lab Inovasi Masjid (AKLIM) untuk mewujudkan
pembelajaran berasaskan kandungan dan video di masjid-masjid tempatan;
22. Inisiatif pembelajaran berasaskan projek yang mengajar kemahiran berfikir secara
kritikal, kreatif dan membina di kalangan pelajar sekolah rendah;dan
23. Unik bekerjasama dengan Universiti UCSI untuk mengamalkan strategi lautan biru
dalam projek yang amat penting bagi mewujudkan ekosistem inovasi.

Renung-renungkanlah manfaatnye kepada negara dan rakyat Malaysia.

Tuesday, April 19, 2011

Sedihnye Anak Tak Sah Taraf


Laporan akhbar Berita Harian 19 April 2011 (m/s 18) bahawa statistik Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mendedahkan jumlah anak tidak sah taraf mencecah 234,647 orang dalam tempoh empat tahun (2006-2010)begitu menakutkan. Jumlah itu membabitkan 89,979 atau 34.5 peratus ibu beragama Islam dan mewakili sembilan peratus daripada keseluruhan 2,481,276 kelahiran dalam tempoh berkenaan.
Antara punca yang disebut adalah remaja mudah mendapat maklumat berkenaan seks dengan melayari internet. Maka dengan itu peranan ibu bapa adalah penting untuk memantau aktiviti anak-anak mereka. Lantaran pendidikan agama merupakan proses pendekatan berkesan untuk menanamkan rasa takut melakukan perbuatan tersebut.
Persoalannya walaupun perkara ini banyak disebut oleh pelbagai pihak dan langkah-langkah untuk menanganinya, namun kelahiran anak tak saf taraf terus menjadi-jadi malah dilihat seperti budaya. Apa-apa pun kita kembali kepada budaya, adat dan agama masing-masing yang menolak perbuatan hina itu.'tepuk dada tanya minda', jangan ikut selera je.

Friday, December 24, 2010

Bermakna 1Malaysia Diterima Rakyat??????




Bergantung kepada rakyat untuk menerima atau sebaliknya konsep 1Malaysia itu. Kenapa perlu melarang menggunakan logo itu. Ini bermakna mereka sudah merasai rakyat sudah menerima konsep tersebut. Seharusnya membuktikan dengan lebih baik konsep Negara kebajikan yang diilhamkan oleh mereka semasa Pilihan Raya Umum ke-12.Inilah masanya mereka membuktikan kepada rakyat bahawa mereka mampu memenangi dan menjaga kepentingan rakyat. Dengan menghalang menggunakan logo tersebut menunjukkan mereka sebenarnya tewas tanpa berjuang dan membuktikan mereka tidak mampu menyaingi Kerajaan Barisan Nasional daripada Pakatan Rakyat. Ayoh bangkitlah pemimpin-pemimpin Selangor, jangan gentar dan perlu berjuang. PRU ke-13 kelak yang sebenarnya menentukan kemampuan anda bukannya logo 1Malaysia itu.

Rujukan – BERNAMA

Thursday, December 23, 2010

Kongsi bersama..... ambik pengajaran

Buat baik berpada-pada. Buat jahat jangan sekali. Ungkapan itu perlu dilihat sebaliknya. Adakala orang berbuat baik ada maksud tertentu. manakala orang yang buat jahat belum tentu jahatnya.

Ini boleh diambik pengajaran kerana kita manusia pelu beringat dan perpada-pada.Selagi kita hidup selagi itulah perjuangan kita akan berterusan dan perlu hadapi.
Mungkin ini boleh dijadikan pengajaran.....

Rujukan - Utusan Malaysia

Tuesday, December 21, 2010

Menarik untuk dikongsi


Mahu atau tidak mahu, Malaysia perlu mengharungi arus globalisasi dan meneroka maklumat tanpa sempadan. Sungguhpun demikian, kita perlu menerima kemudahan itu menurut acuan negara kita. Jangan jadikan saluran itu untuk mengkritik, mengaib, menipu dan manakutkan orang lain. Harus digunakan sebaik mungkin kerana agama tidak melarang kita menuntut ilmu asalkan ia mendatangkan kebaikan dan tidak memberi kemudaratan kepada mana-mana pihak.

baca seterusnya di waksabblogspot

Kronologi nahas bas 2010


Sedih, menyayat hati. malang tak berbau atau salah siapa???

16 Disember – Empat kakitangan Jabatan Penjara Tawau terbunuh apabila bas jabatan itu terbabas lalu terjatuh dalam gaung di Kampung Moyog, 35 kilometer dari Penampang dekat Kota Kinabalu.

14 Disember – 14 pekerja kilang cedera apabila bas kilang terbabas dan terbalik di KM 156.2 Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Nibong Tebal, Pulau Pinang, selepas bergesel dengan sebuah treler yang turut terhumban dalam parit.

11 Disember – Tiga pelajar Institut Kemahiran Mara Jasin, Melaka parah apabila bas ekspres terbabas dan terbalik di Kilometer 304.5 Lebuh Raya Utara-Selatan, dekat Gopeng, Perak.

4 November – Seorang maut dan dua cedera parah selepas bas ekspres terbabas sebelum terbalik dalam sebuah tali air
di Kampung Sungai Miang, di Kilometer 20 Jalan Pekan-Nenasi, Pahang.

29 Oktober – Tujuh penumpang maut dan 39 cedera, termasuk 17 parah dalam kemalangan di KM36 Lebuhraya Karak ke Kuala Lumpur.

10 Oktober – 13 penumpang maut dan 40 cedera apabila bas ekspres terbabit dalam kemalangan di Km 223 Lebuh Raya Utara-Selatan menghala utara berhampiran Plaza Tol Simpang Ampat-Rembau.

2 September – Lapan belas cedera apabila bas persiaran terbabas dan terbalik di Kilometer 35.1 Lebuhraya Karak-Kuala Lumpur.

27 Ogos – Seorang pemandu bas ekspres terbunuh, manakala tiga cedera parah dan enam cedera ringan dalam kemalangan di KM306.2 Lebuh Raya Utara-Selatan.

17 April – Seorang penumpang patah tulang rusuk, manakala enam cedera ringan apabila bas ekspres dari Johor Baharu ke ibu negara terbabas di KM32 Lebuh Raya Utara-Selatan, dekat Kulai Jaya, Johor.

20 Mac – 40 penumpang sebuah bas ekspres nyaris maut apabila terbabas dan terperosok ke dalam tali air di KM42 Jalan Kuantan-Kemaman.

4 Februari – 15 penumpang bas Ekspres Konsortium dalam perjalanan ke Kuala Lumpur nyaris maut selepas bas melanggar dua kenderaan lain di Plaza Tol Sungai Dua, Pulau Pinang.

sumber : Berita Harian

ISU-ISU DI DUN N5 TENANG


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengumumkan mengenai Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Tenang pada 24 Disember 2010. Parti yang bertanding sudah tentu mula mengatur strategi untuk memenangi hati masyarakat DUN Tenang.

Kawasan DUN Tenang mempunyai 50 peratus kaum Melayu dan 50 peratus kaum bukan Melayu. Kebanyakan orang Melayu adalah peneroka yang tinggal di kawasan Felda, kaum Cina sekitar 38 peratus kebanyakan tinggal di pekan Labis. Manakala India adalah 12 peratus.

Isu utama yang dijangka akan dimainkan adalah isu Felda. Terdapat tiga buah kawasan tanah rancangan Felda di DUN Tenang iaitu Felda Chemplak, Felda Chemplak Barat dan Felda Tenang yang mempunyai 4,000 pengundi daripada 14,511 yang berdaftar.

Mazlan Aliman merupakan antara nama yang disebut sebagai calon PAS di DUN Tenang. Beliau merupakan AJK PAS Pusat, Ketua Penerangan PAS Johor dan Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK).

Mazlan Aliman merupakan individu yang dianggap banyak memperjuangkan nasib peneroka Felda. Mungkin ini dilihat akan menjadi ‘advantage’ kepada beliau untuk mempengaruhi peneroka-peneroka Felda menyokong calon PAS.

Perlu diingat dalam tahun 2010, Felda telah kalah dalam kes saman peneroka terhadap agensi tersebut. Pada bulan Ogos 2010 Felda diperintah membayar ganti rugi RM 11 juta kepada 354 peneroka Felda Kemahang Tiga, di Kelantan selepas gagal dalam permohonan semakan di Mahkamah Persekutuan. Manakala pada bulan September 2010 Mahkamah Tinggi Kuantan memutuskan peneroka Felda berhak mendapat bayaran tanam semula sebanyak RM1,700 seekar dari Felda walaupun mereka tidak menanam semula ladang mereka melalui badan berkanun. Felda turut dikatakan akan berdepan dengan banyak saman lagi setelah kejayaan yang diperoleh oleh peneroka-peneroka tersebut.

Datuk Chua Jui Meng juga disebut bakal calon bagi mendapatkan sokongan masyarakat Cina. Chua Tee Yong merupakan Ahli Parlimen Labis. Bapanya, Datuk Chua Soi Lek suatu ketika dulu berdepan dengan kes video lucah. Ini dilihat akan dijadikan modal untuk memberi undi pada Chua Jui Meng. Namun nama Chua Jui Meng tidaklah sehebat Mazlan Aliman.

Isu kredibiliti Parlimen, Speaker Dewan Rakyat yang tidak adil dan APCO dijangka akan digunakan dalam kempen PRK DUNTenang ekoran empat Ahli Parlimen Pakatan Rakyat digantung selama enam bulan dari menghadiri Dewan Rakyat.

Isu-isu lain yang disebut akan dimainkan adalah isu kenaikan harga petrol, isu kenaikan harga barang keperluan dan isu kenaikan sara hidup.

Rujukan : anwaribrahim, malaysia insider dan umnoonline

Wednesday, December 8, 2010

Wanita Pertama Tokoh Maal Hijrah


Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, 63 tahun merupakan wanita pertama dipilih sebagai penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah tahun 2010. Bapa beliau, Prof Diraja Ungku Aziz,juga pernah menjadi penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah 1418H/1997.

Pengiktirafan tersebut amat dibanggakan dan menjadi pendorong kepada wanita-wanita di luar sana untuk menunjukkan kemampuan seiring dengan kaum lelaki.

Menunjukkan juga negara mengiktiraf wanita sebagai agenda pemangkin negara. Memang benar kata pepatah, 'tangan yang mengayun buaian mampu mengoncang dunia'.

Baca seterusnya di Berita Harian

Tuesday, December 7, 2010

Kerajaan tentu ada jawapan

Tun Dr. Mahathir kata rizab antarabangsa Malaysia yang besar jumlahnya boleh digerakkan.
Kita ada rizab berjumlah lebih AS$100 bilion, yang boleh menampung lapan bulan import tertangguh,” katanya.

Negara hanya memerlukan rizab bagi hingga tiga atau empat bulan import tertanggu, katanya dalam ucapannya pada acara “Revisiting Vision 2020” anjuran Institut Pemasaran Malaysia di sini hari ini.

“Daripada AS$100 bilion itu, kita sebenarnya boleh menggerakkan AS$50 bilion, yang akan membantu kerajaan. Kerajaan berkata ia tidak ada wang untuk berbuat itu dan ini, tiada wang untuk memberi subsidi. Jadi, kenapa tidak gunakan wang ini,” kata beliau.

Semasa krisis kewangan Asia 1997/98, rizab luar negara Malaysia berjumlah hanya AS$17 bilion dan semasa pemulihan jumlahnya ialah AS$30 bilion, katanya.

Baca seterusnya di Malaysiainsider

perlu jadi iktibar

Rakyat Malaysia diseru supaya tidak meruntuhkan perpaduan yang dibina hanya kerana memenuhi tuntutan segelintir pihak yang ekstrem dan rakus meraih keuntungan untuk kelompok sendiri.



Menurut baginda lagi, adalah menjadi tanggungjawab bersama bagi memastikan negara dalam keadaan aman dan berjaya untuk diwarisi oleh anak-anak kita nanti,
Bagi umat Islam, binalah ummah dan negara yang tercinta ini atas dasar iman dan ukhuwah yang erat. Ambillah pengajaran daripada peristiwa hijrah ini dengan penuh keinsafan dan mengharapkan keredaan Allah Subhanahu wata’ala
Baginda juga berharap rakyat Malaysia dapat sentiasa berusaha mengekalkan perpaduan di negara ini, dan bagi umat Islam turut menghayati tema sambutan Ma’al Hijrah tahun ini iaitu “1 Malaysia, 1 Ummah. Itulah titah dan amanat baginda pada sambutan Ma’al Hijrah 1432 peringkat kebangsaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.

Monday, November 29, 2010

Naik Taraf Perkhidmatan Awam



Perkhidmatan teksi yang tidak memuaskan berbanding negara Jakarta, Singapura, Kemboja dan Bangkok terus diperkatakan. Mengapa ini harus terjadi? Adakah pihak Kerajaan tidak boleh berbuat apa-apa atau sememangnya mereka ini golongan yang 'tak makan saman'.

Amat memalukan kepada pelancong-pelancong asing yang sering melancong ke Malaysia. Sudah tentu mereka disajikan dengan keindahan yang terdapat di Malaysia. Malangnya perkhidmatan teksi telah mencacatkan tanggapan mereka.

Mungkin LPKP perlu terus memperkemaskan undang-undang yang boleh memberi kesan terhadap jatidiri dan disiplin pemandu teksi.

Ketuanan Melayu


Sultan Selangor dukacita institusi raja Melayu dipertikai

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dukacita dengan sikap orang Melayu yang mempertikaikan kerelevanan institusi raja Melayu dan peranannya dalam sistem pemerintahan negara.

Baginda mendedahkan, matlamat golongan berkenaan adalah agar sistem Raja Berperlembagaan disemak dan dikaji semula.

Sedangkan, titah baginda, alasan golongan terbabit bahawa ia perlu dilakukan kerana negara telah menjalani arus pemodenan dan sistem yang diamalkan sekarang sudah tidak bersesuaian adalah amat tidak tepat.

Ketuanan Melayu juga perlu dipertahankan dan ini perlu dipertegaskan agar tidak ada pihak sewenang-wenangnya mempertikaikannya. Yang sedihnye orang yang bercakap tu juga Melayu. Apalah nasib Melayu. Jadi tak salah le Tun Mahathir pernah mengungkap 'Melayu Mudah Lupa'.......

Thursday, November 25, 2010

MAHA



Sebanyak 25,000 produk berasaskan pertanian akan dipamerkan sempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Antarabangsa (MAHA) 2010 yang berlangsung mulai 26 Disember hingga 5 Disember 2010.

Ini menunjukkan Malaysia mampu bersaing di peringkat antarabangsa. Lantaran itu usaha itu sekaligus membuka ruang kepada rakyat Malaysia yang mahu berjinak-jinak dalam bidang pertanian. Hadir dan manfaatlah sepenuhnya peluang yang diberi dan di buka. Segala-galanya ada di sana. Hadirrrrrrrrr...........

Tuesday, November 16, 2010

Mengenali Pakatan Rakyat

Pandangan saya ...... PAS dikenali sebagai parti yang mahu memperjuangkan Islam. PKR pula sebuah parti yang liberal (pemimpin Cina, India dan Melayu), DAP pula??????. baca ini. Sekadar ingin tahu....

Monday, November 15, 2010

Wajib Baca Al-Quran


Setiap pelajar Muslim di Terengganu dikehendaki memulakan sesi persekolahan harian mereka dengan membaca al-Quran selama 10 minit mulai tahun depan.

Kenyataan itu telah dikeluarkan oleh Pengarah Jabatan Pelajaran negeri, Razali Daud. Tujuannya adalah untuk memberi penekanan serius kepada pembangunan sahsiah dan akhlak yang mantap sekaligus membendung masalah disiplin peljaar di sekolah.

Tindakan murni tersebut wajib disokong oleh semua pihak.lemah dan rapuhnya moral di kalangan pelajar kini telah mendedahkan mereka dengan anasir-anasir buruk seperti
kes buli, pelajar sekolah dicabul oleh rakan sendiri, merokok, ponteng kelas dan sebagainya

janganlah ini dianggap satu beban sebaliknya pemupukan budaya ini patut dipuji dan diperluaskan lagi penggunaanya di beberapa sesi persekolahan. Misalnya perhimpunan mingguan atau bulanan yang sering diadakan boleh dimulakan dengan bacaan Al-Quran atau hadis-hadis yang sahih untuk memberi gambaran kepada pelajar akan kebaikan dan sikap tauladan yang patut dicontohi.

Diharapkan juga bukan sahaja di Terengganu malah di sekolah negeri-negeri lain akan turut berbuat demikian.

Bancian: 47.6% tidak yakin dengan ETP Najib


Sebahagian besar perserta undian di laman web Utusan Malaysia tidak yakin bahawa Program Transformasi Ekonomi (ETP) akan meletakkan Malaysia di landasan yang betul ke arah menjadi negara berpendapatan tinggi.

Daripada 1,611 peserta yang mengundi, sebanyak 47.6 peratus mengakui tidak yakin dengan porgram yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak

Persoalannya i) adakah dengan mengambil kira hanya 1,611 orang boleh merumuskan bahawa semua rakyat Malaysia tidak yakin dengan ETP. Mungkin beratus ribu lagi memahami ETP.ii) Golongan manakah yang menyatakan tidak tahu ETP itu. perlu ada fakta sekurangnya-kurangnya mudahlah intervensi yang boleh diambil Kerajaan.