Wednesday, November 3, 2010

Hukuman Mandatori.............


Sedih, sebak, pilu, geram, marah semua perasaan bercampur aduk apabila mendengar kemalangan bas sehingga meragut ramai nyawa manusia. Sungguhpun ia satu peristiwa yang tidak diingini atau 'malang tak berbau', namun ia mungkin boleh dielakkan sekiranya semua pihak terbabit akur dengan undang-undang yang sedia termaktub.


Adakalanya pihak-pihak terbabit lebih mementingkan keuntungan daripada nyawa manusia. Justeru langkah-langkah keselamatan tidak diambil kira malah dikerah asalkan boleh saja seperti mana yang berlaku pada pemandu bas yang membawa belia dari Baling Kedah. Beliau mengakui mengendalikan bas sejak lima tahun tanpa mempunyai lesen memandu yang sah. Akhirnya, bak kata perpatah sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua.
Justeru, pihak berkuasa perlu mengenakan hukuman yang lebih ketat dan tegas agar menjadi pengajaran kepada pihak lain seperti mengenakan hukuman mandatori kepada pengusaha bas atau pemandu yang bersalah seperti mana pernah dicadangkan kepada kes pembuangan bayi. Begitu juga pihak berkuasa boleh menyita dan melelong bas-bas pengusaha syarikat agar mereka tidak boleh beroperasi lagi.

Ingatlah, mencegah lebih baik daripada merawat!!!!!!

No comments: