Saturday, November 6, 2010

Meniti PRU ke13


Ini antara komen pemimpin tertinggi BN apabila BN menang besar dalam PRK N.45 Galas dan P.185 batu Sapi

i) Tan Sri Muhyiddin Yassin - membuktikan bahawa rakyat masih yakin dan mempercayai agenda pembangunan kerajaan dan rakyat masih yakin dengan kepimpinan Perdana Menteri.

iii) Tengku Razaleigh Hamzah - hasil pendekatan baru yang dianjurkannya dalam kempen kali ini. Tiada rapat umum yang besar dijalankan BN, dan ia juga lebih aktif menggunakan media baru, termasuk salah satu media rasminya Umno Online.

iv) Datuk Seri Mustapa Mohamed - menganggap kemenangan besar BN di kawasan DUN Galas sebagai sesuatu di luar jangkaan yang memberikan petanda kebangkitan BN di Kelantan.

v) Datuk Seri S. Samy Vellu – semangat perpaduan yang kukuh dan sebagai petunjuk kekuatan parti semakin meningkat.

vi) Datuk Seri Liow Tiong Lai – bukti masyarakat Cina yakin dengan perkhidmatan BN dan Perdana Menteri


Ini pula komen pembangkang


i) Ketua Penerangan PAS Idris Ahmad - Kekalahan Pakatan Rakyat di Galas dan Batu Sapi adalah loceng amaran supaya gabungan pembangkang terus bangkit dan bermuhasabah terhadap kerja parti bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13.

ii) Penasihat jentera di Galas, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah - masalah akses kepada masyarakat Orang Asli. Sokongan merosot sehingga 13 peratus di enam kawasan Orang Asli.
Manakala majoriti Melayu, PAS kehilangan sehingga 8 peratus, lebih tinggi daripada yang dijangka sebelumnya.


Kenyataan daripada pemimpin-pemimpin BN dilihat agak senada. Semuanya berpendapat sokongan rakyat terhadap BN sudah kembali dan rakyat semakin menerima dasar-dasar yang dianjurkan atau dibawa oleh Kerajaan pada masa ini.

Sungguhpun demikian jenetra BN jangan cepat berpuas hati dengan perkembangan yang berlaku seperti mana jua yang diperkatakan oleh Muhyidin Yasin. PAS sudah tentu tidak akan berdiam diri dengan kemenangan besar yang dikecapi oleh BN. Lebih-lebih lagi apabila mereka turut merasakan PRK kali ini banyak tidak memihak kepada PR berbanding PRK selepas berlaku PRU 12. Negeri-negeri yang berjaya ditakluki sudah tentu akan diperlihara dan usaha akan dilipat gandakan untuk mengekalkan jajahan takluk mereka. Justeru PRU ke 13 merupakan medan peperangan besar dan bukti sebenar sama ada sokongan rakyat kini benar-benar kembali kepada BN.

Keputusan Penuh :-

Linda Tsen (BN-PBS) - 9,773
Yong Teck Lee (SAPP) - 2,031
Ansari Abdullah (PKR) - 3,414
Undi rosak - 372
Majoriti - 6,359

Abdul Aziz (BN-UMNO) - 5,324 undi mengalahkan calon PAS , yang mendapat 4,134 undi.
Dr Zulkefli Mohamad (PAS)- 4,134
Undi Rosak - 132
Majoriti 1,190

No comments: