Monday, November 8, 2010

Pentingnya Baju Keselamatan....


Pantang maut sebelum ajal, begitulah ungkapan yang boleh dibuat pada 16 penumpang bot di Pulau Tenggol Terengganu. Selama 18 jam juga mereka bertarung maut dengan terapung di lautan dalam keadaan cuaca buruk. Itupun disebabkan adanya baju keselamatan, jika tidak wallahualam....

Dalam keadaan itu juga, mereka bersama-sama bergilir-gilir mengapungkan anak kecil Mohd Aiman yang masih tidak tahu apa-apa lagi. syahdu sungguh aku dengan kejadian itu.

Pengajaran daripada kejadian ini dapat saya simpulkan bahawa betapa pentingnya jaket keselamatan apabila kita berada dilautan. Walaupun tempat yang kita nak menyeberangi itu tidak memakan masa berjam-jam tetapi hanya 1/2 jam atau 15 minit, maka pemakaian jaket keselamatan itu perlu dititikberatkan.

Dengan itu saya menyarankan Pihak berkuasa perlu mengetatkan undang-undang pemakaian jaket keselamatan. Mana-mana bot atau kapal yang memberi perkhidmatan membawa penumpang, mereka perlu memastikan baju keselamatan dipakai sebaik perjalanan bermula sehingga sampai ke destinasi.

No comments: