Monday, November 1, 2010

Trend Politik Semasa..............


Adalah bertepatan apabila Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-222 di Istana Negara pada 13 dan 14 Oktober 2010 memandang berat berhubung trend politik semasa yang dilihat sedang meniup angin perkauman dan mencabar kedaulatan Perlembagaan Negara yang menyentuh agama Islam, kedudukan Raja-Raja Melayu, orang Melayu dan bahasa Melayu.

Kini seolah-olah negara tidak ada undang-undang yang kebal dapat mengambil tindakan terhadap mana-mana golongan yang mengeluarkan kenyataan yang 'persis' berunsur perkauman. Adakah mereka ini terlalu kebal untuk diambil tindakan????.

Kaum Melayu merasa terancam, begitu juga kaum Cina dan tidak terlepas kaum India kerana gagal untuk memahami Perlembagaan Negara dan kontrak sosial. Apabila mata pelajaran sejarah diumumkan sebagai subjek wajib lulus SPM, terdengarlah suara-suara tidak puas hati dan mempersoalkan tindakan itu.

Jika dilihat pelajar-pelajar sekolah tidak kira mana-mana kaum tidak mengetahui dan tidak ambil kisah dengan 'gong' oleh orang-orang dewasa. Justeru 'bapak-bapak' ini janganlah terlalu beremosi dikhuatiri anak-anak muda ni jadi keliru sape yang betul dan sapa yang salah. Akhirnya mereka ikut kata hati tanpa dibimbing. Oleh sebab itu, tidak mustahillah mengapa media baru kini menjadi pilihan utama anak-anak remaja untuk mendapatkan maklumat. Jika yang disalurkan itu baik, maka baiklah, jika sebaliknya, lu fikirlah sendiri...............

Justeru seruan Majlis Raja-Raja Melayu bukanlah sebagai satu 'omongan' kosong, sebaliknya satu peringatan penting untuk semua bangsa. Selagi kita berpijak di bumi Malaysia patuhilah Perlembagaan Negara yang menjadi tonggak utama negara.

No comments: